Ahad, Oktober 23, 2011

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2011 (Separuh Akhir Kedua) - 22/10/2011 (Sabtu)


KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA - 22/10/2011 (SABTU)
Terengganu 2 - 1 Selangor (Aggregat 4 - 1)
Negeri Sembilan 2 - 1 T-Team (Aggregat 6 - 3)
* PERLAWANAN AKHIR : Terengganu lwn Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam pada 29/10/2011 (Sabtu)

TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

- KOSMO!

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts