SimplySiti halal: Siti

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan setiap produk dikeluarkan syarikatnya, SimplySiti Sdn Bhd halal dan suci digunakan serta mematuhi segala prosedur yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Presiden SimplySiti Sdn Bhd itu juga memohon orang ramai tidak terpengaruh dengan dakwaan di laman sosial yang mendakwa produk keluaran syarikatnya itu menggunakan berus yang dibuat daripada bulu babi.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan menjatuhkan imej dan reputasi produk mereka, Siti berkata, pihaknya akan segera mendapatkan penjelasan JAKIM bagi merungkai segala keraguan yang dibangkitkan pengguna jenama berkenaan.

Siti berkata, selama ini mereka sentiasa menjalin kerjasama erat dengan JAKIM dalam memastikan segala penghasilan produk SimplySiti mematuhi prosedur yang ditetapkan sebelum diberi kelulusan halal.

“Produk SimplySiti serta berus di dalamnya sudah mendapat pengesahan halal JAKIM, malah tidak terbabit dengan dakwaan seperti dibangkitkan dalam blog itu.

“Kami menjamin produk SimplySiti adalah halal dan berus yang digunakan dalam produk kosmetik yang dipasarkan juga mematuhi piawaian halal seperti ditetapkan JAKIM,” katanya.

Penyanyi yang kembali hangat dengan lagu Falling In Love itu berkata, produk SimplySiti melalui proses pemeriksaan dan siasatan terperinci JAKIM.

- BERITA MINGGU SimplySiti halal: Siti

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.