Ahad, Mei 15, 2011

Manchester United sah juara EPL Kali ke-19

LONDON - Manchester United mengesahkan rekod kejuaraan Liga Perdana England ke-19 selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Blackburn di Ewood Park, sebentar tadi.

United hanya memerlukan satu mata untuk merampas gelaran tersebut daripada Chelsea dan mereka memperolehinya apabila penyerangnya, Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti pada 17 minit selepas penjaga gol lawan, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez.

Terdahulu, United dikejutkan dengan jaringan pembukaan Brett Emerton pada minit ke-20.

Keputusan itu membolehkan United berada tujuh mata di depan pencabar terdekatnya Chelsea dan tidak dapat dikejar dengan saingan berbaki dua perlawanan.

- AFP

1 ulasan:

  1. Tahniah Buat MU..

    Sedih juga rasanya sebab saya penyokong Chelsea.. Tapi menang kalah adat pertandingan.. Kalau semua nak menang, siapa pula yang sanggup menerima kekalahan..

    Takper Chelsea, boleh cuba lagi tahun depan..

    Entri Terkini Blog saya:
    Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menarik Trafik Ke Blog Anda??
    Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
    Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts