Selasa, April 05, 2011

Telatah bayi kembar di Youtube tarik perhatian


LOS ANGELES 3 April – Sebuah video di laman Youtube yang semakin meluas tersebar merakamkan sepasang bayi kembar berusia 17 bulan saling bersembang dan ketawa, menyebabkan ramai membuat spekulasi bayi itu sedang berbincang sesuatu.

ABC News melaporkan pasangan kembar itu bercakap menggunakan ‘bahasa rahsia’ yang hanya difahami mereka berdua.

Namun, pakar perkembangan bahasa, Virginia Valian menafikan kembar tersebut menggunakan bahasa rahsia dengan menyatakan bahawa seperti bayi-bayi lain, ia merupakan cara mereka belajar berkomunikasi.

“Kembar yang menawan hati ini menunjukkan dengan cara berlebih-lebihan bagaimana kelakuan kebanyakan kanak-kanak lain.

“Pengulangan percakapan yang tidak jelas, seperti ‘da da da’ adalah sesuatu yang amat biasa.

“Mendengarnya daripada mereka adalah sesuatu yang biasa, walaupun kebanyakannya tidak melakukannya secara keterlaluan begitu,” ujarnya.

Katanya, pasangan kembar itu tidak menyampaikan apa-apa maklumat sebenar menerusi bahasa rahsia mereka itu.

Mereka hanya meniru cara perbualan dengan lebih terperinci dan struktur perbualan mereka juga dilihat agak terkahadapan.

“Jika dilihat, perbualan mereka hampir tidak saling menyampuk, jarang berlaku pertindihan dalam giliran bercakap,” kata Valian.

Tambahnya, perbualan adik beradik lelaki ini yang menyerupai orang dewasa daripada segi irama, intonasi dan tekanan perkataan digelar prosodi dan bayi selalunya mempelajarinya daripada perbualan ibu bapa mereka sejak di dalam rahim lagi.

– AGENSI

http://www.youtube.com/watch?v=GEXFMm1JNk4

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts