Selasa, Januari 04, 2011

Cahaya ganjil dekat matahari


Satu cahaya (dalam bulatan) seperti bulan yang dirakamkan Jonathan Hudston dekat West Milton di Dorset.


DORCHESTER, Britain - Seorang lelaki merakamkan gambar cahaya ganjil dekat West Milton, Dorset pada 28 Disember lalu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki tersebut, Jonathan Hudston meminta pandangan orang ramai bagi menentukan sama ada cahaya yang dirakamkannya itu merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO) atau bulan.

Ada individu yang menghantar komen di akhbar dalam talian Real West Dorset bahawa cahaya itu bukannya bulan tetapi satu pantulan cahaya kerana ia dirakamkan semasa matahari terbenam.

Bagaimanapun, ada individu yang berpendapat bahawa cahaya itu memang merupakan UFO.

- Agensi

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.