Jumaat, Jun 18, 2010

Setem Khas Sempena Ulang Tahun Ke-125 KTMB


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melancarkan setem khas dan sampul surat hari pertama sempena ulang tahunnya yang ke-125, Isnin ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad Yasmin Ramli berkata iabertujuan membantu orang ramai mengetahui jenis keretapi yang telah digunakan KTMB selama 125 tahun.

"Pos Malaysia memperkenalkan lima jenis produk iaitu sampul surat haripertama, setem, lembaran mini, fail dan buku setem," katanya kepada pemberita di prebiu khas di sini, hari ini.

Setem yang memaparkan lima jenis keretapi dalam sejarah KTMB termasuklokomotif "56 Class" iaitu keretapi stim terakhir digunakan di Malaysia, akan mula dijual Selasa ini pada harga 30 sen, 50 sen dan RM1 di semua pejabat pos.

Selain itu pengumpul setem juga boleh membeli satu folder khas pada hargaRM5.50 tiap satu atau set lengkap pada harga RM50.20 tiap satu di pejabat pos terpilih.

Pengeluaran setem itu adalah hasil kerjasama antara Pos Malaysia dengan KTMB yang menyambut ulang tahun pada 1 Jun lepas.

- BERNAMA

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts