Jumaat, Jun 18, 2010

7 Julai cuti umum Pulau Pinang

Setiap 7 Julai mulai tahun ini diisytiharkan sebagai cuti umum di Pulau Pinang sempena pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman, berkata tarikh berkenaan sudah diwartakan Kerajaan Pulau Pinang pada 17 Disember lalu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam, beliau berkata, cuti umum itu sebagai tindakan proaktif kerajaan negeri memberi peluang warga Pulau Pinang meraikan sambutan ulang tahun berkenaan.

Zainal berkata, pekeliling mengenai perkara itu sudah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, agensi persekutuan dan negeri dan parti politik.

Beliau berkata, pihaknya juga menghantar surat memaklumkan mengenai perkara itu kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

- BERITA HARIAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts