Isnin, Januari 25, 2010

Gaji awet mayat menyamai jurutera


TAIPEI - Seorang lulusan kolej yang mempunyai lesen mengawet mayat sebelum disemadikan mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$37,500 (RM127,425) setahun di Taiwan.

Pendapatan itu bersamaan dengan gaji seorang jurutera muda dan dua kali ganda daripada pendapatan kerja mendandan rambut.

Ekoran pendapatan yang lumayan, sebanyak 2,000 orang memohon untuk mengisi 10 jawatan mengawet mayat di negara itu, baru-baru ini.

"Pada masa lalu, ibu bapa anda akan pengsan jika mereka diberitahu anda mahu bekerja dalam industri pengebumian," kata seorang pengurus di rumah pengebumian di Taiwan.

"Kini ia (menghias mayat) dianggap sebagai satu pekerjaan yang baik walaupun tidak dihormati seperti guru atau jurutera," tambahnya.

Majlis pengebumian di negara itu dibuat secara besar-besaran dan kemewahan dengan melibatkan pancaragam, tarian dan sekumpulan orang yang diupah bagi menangis untuk simati.

Mengawet mayat itu melibatkan kerja-kerja mengurut tubuh mayat dengan minyak wangi dan mendandan pelbagai gaya rambut antaranya punk.

- AP

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.