Isnin, Disember 21, 2009

Ribut salji landa Eropah


WARSAW - Ribut salji dan suhu beku melanda Eropah semalam dengan menyebabkan sebanyak 15 orang terbunuh di Poland selain menjejaskan pengembara yang menggunakan perkhidmatan kereta api, kapal terbang dan kereta menjelang Krismas.

Menurut polis Poland, 15 orang mati akibat terdedah pada suhu sejuk melampau terutamanya golongan yang tidak berumah dan kaki botol yang terperangkap di luar rumah akibat suhu mencatatkan - 20 darjah Celsius.

Sebanyak 40 penerbangan dibatalkan oleh pihak berkuasa penerbangan di dua lapangan terbang di Paris pada waktu tengah hari.

Di Britain, beberapa pegawai di Lapangan Terbang Manchester menyatakan satu-satunya landasan terbang terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pembersihan.

Tiga lapangan terbang terbesar di Belgium turut ditutup manakala pengembara di Lapangan Terbang Schiphol berdepan dengan pembatalan dan penangguhan penerbangan.

Perkhidmatan kereta api dari Belgium ke Itali tidak dapat mengelak daripada ditangguhkan berikutan landasan beku.

Di Jerman, suhu turun antara - 15 dan -20 darjah Celsius di kebanyakan tempat.

- Agensi

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts