Ahad, November 22, 2009

Dr. Faiz dedah soal jodoh

Angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed, 29, dikatakan sudah putus cinta dengan Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada.

Tapi sayang, tiada siapa yang mahu mengesahkan perkara itu sebaliknya kedua pasangan tersebut hanya menjelaskan mereka sekadar berkawan walaupun sebelum ini ada desas-desus mengatakan hubungan mereka ke arah yang lebih serius.

Tetapi apabila berbicara soal jodoh, Dr. Faiz menjelaskan sesebuah hubungan itu tidak ada ertinya jika tiada keserasian.

"Bagi saya secantik atau sekacak mana seseorang itu tidak membawa sebarang erti jika tidak serasi. Perangai atau karakter seseorang itu boleh mempengaruhi kisah cinta," katanya.

Faiz membuat pengakuan tersebut dalam majalah Wanita edisi khas sempena perkahwinan yang berada dipasaran sekarang.

Faiz juga mengaku dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk berumah tangga walaupun orang tuanya sering bertanya soal jodoh.

Dalam masa yang sama beliau juga mengakui menyukai seorang wanita yang mampu menyelesaikan masalah, memahami dan sedap mata memandang.

Selain kisah Faiz itu, majalah Wanita terbaru turut memuatkan fesyen-fesyen menarik bakal pengantin, hantaran perkahwinan dan juga sajian meja beradab. Keluaran khas Disember 2009 dijual dengan harga RM9.50.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts