Ahad, September 06, 2009

APABILA MALAYSIA MENJADI MALINGSIA

Oleh HAMBALI ABD LATIFF
http://hambali1.blogspot.com


MALAYSIA kini dipanggil MALINGSIA. Maling ialah pencuri dan Malingsia beerti pencuri besar.

Bukan nama negara sahaja di hina. Bendera UMNO dan Menara Petronas turut dipersenda. Apa mahu jadi dengan sebahagian rakyat Indonesia ini?

Hakikatnya apakah ada rakyat Malaysia yang membuat kacau di Indonesia seperti menduduki tanah haram kemudian membuat perkampungan, menipu identiti diri dengan memasuki negara berkenaan berkali-kali, menjadi pembunuh, penyamun dan perogol, menipu melalui sihir, menggunakan passport palsu, menyeludup rokok kretek, mengajar agama salah, memukau dan bermacam-macam lagi?

Apakah ada rakyat Malaysia di Indonesia yang berstatuskan pendatang tetapi menggunakan hospital kerajaan dengan jumlah bil berbilion ringgit, menggunakan kemudahan pendidikan, mendapat kebebasan ke sana ke mari untuk berkumpul setiap hujung minggu dan sebagainya dan sebagainya?

Yang banyak buat hal ialah rakyat Indonesia di Malaysia yang kebanyakannya asal pendatang tetapi kini menjadi warga negara dan ramai lagi yang berhajat sedemikian. Siapakah yang sebenarnya lebih membuat onar?

KAMI BUKAN CIPLAK KOK, CUMA MENCONTEK AJA !

Salam Kebangsaan Untuk Seluruh Pemuda-Pemudi Republik Indonesia dimanapun berada, baik yang sedang berada diantara Sabang Sampai Merauke atau yang sedang berada diManca Negara. Salam Persaudaraan, Jangan kita biarkan negara manapun untuk mengusik aset kebudayaan kita, karena bagaimanapun itu adalah milik negara kita yang harus kita pertahankan. Cinta Tanah Air Sebagian Dari Iman.... Satu Nusa Satu Bangsa Satu Bahasa Kita…

Inilah bunyi antara kempen anti-Malaysia di Indonesia. Pada ketika yang sama di Astro pula ada kempen supaya melawat Indonesia sempena Tahun Melawat Indonesia.

Ironinya kempen itu bagaikan mengajak rakyat Malaysia berbelanja dan berpesta di sana sempena kempen itu. Mana satu ni yang mahu diikut?

Eloklah…kepada yang suka ke Jakarta, Bandung dan sebagainya renungkanlah apa yang sedang diperkatakan oleh orang Indon terhadap kita.

Wang Malaysia mengalir ke Indonsia bukan hanya melalui pembantu rumah dan pekerja semata-mata tetapi juga melalui pelancong yang gemar ke Jakarta, Bandung, Bali, Medan, Padang, Surabaya dan banyak lagi.

Ini belum yang ada bini muda dan menanggung pelbagai kegiatan di sana seperti bisnes, pasantren dan sebagainya.

Yang sering ke Indonesia main golf kerana kedinya wanita genit dan montok tu fikirkanlah untuk bermain di lapang Malaysia. Biarpun tidak genit dan montok, kita berbelanja di sini.

Orang sudah benci kita. Buat apa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?

Ikutkan hati mahu hantar saja balik pembantu rumah. Tetapi selepas beberapa tahun mendapat pertolongannya (gaji tidak pernah dibayar malah ada kalanya advance pun), saya kesian kerana dia merayu jangan dihantar pulang. Anaknya bersekolah dan ibu bapanya susah.

Apa perasaan anda apabila negara kita disifatkan sebagai tidak beretika.

Hakikatnya biarlah dia berbangga dengan seni dan budayanya. Selama mana pulakah kita mahu dijadikan ‘little Indonesia’ dan sebagainya.


Saya masih ingat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendapat sanjungan daripada wartawan asing ketika Sidang Kemuncak NAM 1991 di Jakarta diberikan pengiktirafan sebagai “Sukarno Kecil”. Mereka tetap banggakan pemimpin mereka walaupun Dr Mahathir jauh lebih berpengaruh daripada Presiden Suharto pada persidangan itu.

Itulah orang Indonesia. Maaf keluarga saya bukan berasal dari Indon.

Kumpulan anti-Malaysia ini juga menyeru rakyatnya khususnya tenaga kerja supaya berbuat seperti berikut:

Malingsia Tidak Beretika

Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar

1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.

2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.

3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.

Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?


Bukan sekadar itu. Kini apakah membakar bendera Malaysia oleh pelajar Indonesia sebagai perbuatan biasa?

Selain itu, siapa ajar pelajar berkenaan untuk bertindak kurang ajar dengan menyerang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk.

Jika benar Malaysia menciplak lagu Terang Bulan, kenapa sekarang baru bantah?

Kenapa ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia, isu bendera ini tidak ditimbulkan?

Pemerintah Indonesia jangan pandang ringan perbuatan seperti ini. Bagaimana pula kalau pelajar Malaysia bertindak balas.

Nasib baik pelajar Malaysia tidak ‘gila’ dan tidak siuman seperti pelajar Indonesia berkenaan.
Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia.

Akan berakhir atau semakin panaskah gerakan anti-Malaysia dan membenci Malaysia ini?

- RAKYAT MALAYSIA
http://hambali1.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Salam,
    Rakyat Indonesia memang emosional dan ditambah pula dengan akal pendek para pemimpin mereka. Pemimpin Indonesia akan mensensasikan isu2 kecil begini untuk pendapat perhatian dan mengalih tumpuan umum daripada masalah sosial yang lain. Itu strategi politik. Inilah mentaliti negara kurang maju. Masih memikirkan perkara kecil yang tidak berfaedah. Banyak perkara yg di ungkitkan tidak mempunyai fakta yang kukuh. Lagu 'Terang Bulan' dicipta pada tahun 1956. Manakala lagu Negaraku dijadikan lugu kebangsaan Malaysia pd tahun 1957 yang diambil daripada lagu negeri Perak. Ini bermakna irama lagu Negaraku itu telah lama di Malaysia iaitu dizaman pemerintahan Sultan Idris (1887-1916).Dalam hal ini siapa menciplak siapa? Untuk maklumat lanjut sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Negaraku

    Bendera Indonesia pula sama spt bendera Poland. Adakah Indonesia mencuri bendera Poland? http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Indonesia

    Yang pasti, Singapura mempunyai bendera yang hampir sama seperti Indonesia, tetapi tidak pernah diungkitkan oleh rakyat Indonesia. Tetapi bendera Singapura lebih Islamic kerana memeliki ciri-ciri negara Islam iaitu 'bulan bintang' berbanding negara Indonesia.

    BalasPadam
  2. Bismillah...

    Assalamu'alaikum....

    Bukan hanya teriakkan "Malingsia" saja, mereka juga meneriakkan "Ganyang Malaysia" (berarti hancurkan Malaysia), menambah-nambah sebutan buruk untuk negara awak seperti Malon (Maling Bloon - berarti Pencuri tolol) dan (maaf) Malingshit (berarti pencuri kotor). Jujur sebagai warga Indonesia pun saya merasa malu dengan aksi-aksi pelajar bergaduh macam "Tikus Got" dan "Keledai" itu, menyebut negeri awak pencuri.

    Padahal bila saja awak ingin tahu mereka juga ada mental-mental pencuri, for example: "cheating on exam" (by copied what his/her friend's work or by asking the answer).

    Saya tak habis pikir, sampai hati menyebut Malaysia (negara awak) pencuri tetapi mereka sendiri ada sifat pencuri, bohong jika mereka tak pernah "cheating on exam". Mereka tak pernah bercermin dahulu sebelum memburuk-burukkan orang lain

    Salam Persaudaraan

    Aditya,
    http://mujahidin09.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam tuan,
    Bendera Indonesia sebenarnya diciplak dari bendera Poland. Jata negara mereka juga diciplak dari poland kelau tak percaya selidik sendiri. Saya pernah terbaca didalam blog mereka sendiri yang menunjukkan persamaan ini. Memang mereka sendiri bangsa maling. Itu disebab di Malaysia mereka menjadi Maling besar!

    BalasPadam
  4. salam semua.

    sebagaimana di indon begitu juga di malaysia.
    apabila kita tak berpuas hati, maka kita biasanya menyuarakan pendapat kita melalui maya.

    jika hujah2 kita bernas, maka ramai lah yg menyokong. namun kadang2 kita terhebak dalam pendapat & pandangan logik akal & emosi penulis.

    baik buruknya itu hak kita menggunakan akal utk berfikir.

    wassallam.

    BalasPadam
  5. Salam, ini wajib di baca oleh warga malaysia

    http://ardiz.blogspot.com/2009/09/malaysia-malingsia-of-nation-terror-for.html

    http://ardiz.blogspot.com/2009/09/kejahatan-malaysia-malingsia-terhadap.html

    http://ardiz.blogspot.com/2009/08/malaysia-malingsia-pencuri-seni-dan.html

    Mohon analisa secara detil artikel di atas...

    Salam dari Indonesia.

    BalasPadam
  6. salam.. kebaikan kita mereka tak pernah nampak.
    lepas kejadian baru ni, ALLAH taala beri mereka pengajaran, wallahualam.

    BalasPadam
  7. saya pikir saatnya kita sama-sama berpikir jernih dan lebih mendalam dalam menyikapi konflik ini..jangan saling terbawa emosi dengan artikel dan komentar-komentar yang ada..satu hal yang pasti : ADA YANG DIUNTUNGKAN DARI PERTIKAIAN INDONESIA-MALAYSIA..jadi menjadi tanggung jawab kita bersama untuk lebih memahami kasus ini lebih jernih!!!

    Pihak Ketiga dalam Konflik Indonesia Malaysia

    BalasPadam
  8. RAKTAT INDONESIA TAK FIKIR MASIH RAMAI WARGA MEREKA HIDUP SENANG DISINI....BANYAK KERAJAAN MALAYSIA LEBI KURANG DENGAN RAKYAT INDONESIA.SEKARANG NAK PERTIKAIKAN MACAM2 ..MALAYSIA DAH MERDEKA 53 TAHUN KENAPA BARU SKARANG NAK PERSOALKAN...WARGA INDON DULU LEBIH MENGHORMATI ORANG BERBANDING SEKARANG...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts