Rabu, Ogos 05, 2009

Makan, perempuan dan...


Di depan restoran, di belakang ‘jual’ perempuan.

Bagaimanapun, kelicikan pengusaha premis pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Brickfields di sini, yang cuba berselindung di sebalik restoran makanan laut bagi mengaburi pihak berkuasa sejak sebulan lalu, tidak bertahan lama apabila diserbu polis, malam kelmarin.

Difahamkan, premis yang menempatkan lapan bilik kecil dilengkapi katil dan pili air dalam setiap bilik itu turut mempunyai dua laluan rahsia yang menghubungkannya terus ke pintu belakang manakala satu lagi menuju ruang makan dalam restoran terbabit.

Berdasarkan intipan pihak berkuasa, pelacur terdiri daripada wanita dan pondan berusia 20-an hingga 30-an kebiasaannya berdiri di depan pintu bilik masing-masing di belakang restoran yang sering dikunjungi orang ramai.

Tindakan itu dipercayai untuk memudahkan lelaki hidung belang memilih mereka, manakala bayaran dikenakan sekitar RM20 hingga RM70 bagi satu perkhidmatan. Difahamkan, RM15 daripada jumlah itu diserahkan kepada bapa ayam.

Bagaimanapun, kegiatan haram terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu premis berkenaan, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan yang dilakukan hasil risikan selama beberapa minggu itu, seramai 12 individu berusia 20 hingga 50-an ditahan untuk tindakan lanjut iaitu masing-masing lapan pelacur termasuk seorang pondan, dua penjaga premis dan seorang pelanggan.

Sumber berkata, ketika serbuan, polis tidak mengalami sebarang kesukaran berikutan penjaga premis berkenaan memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila diketuk anggota polis.

“Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati lapan pelacur termasuk seorang pondan dan wanita warga China berada dalam premis berkenaan terkejut sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Seorang pelanggan sedang asyik melakukan hubungan seks dengan pelacur ketika diserbu.

“Selain pelacur dan pelanggan, polis menahan dua penjaga premis itu berusia 30 hingga 50 tahun untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut sumber, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama 129 kondom yang dirampas untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, antara yang ditahan ialah seorang wanita Melayu berusia 30-an yang baru tiga bulan melahirkan anak dan mempunyai dua anak luar nikah hasil hubungan seks dengan pelanggan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang tidak mengetahui siapa bapa bayi malang itu, memberitahu dia meninggalkan kanak-kanak itu kepada jiran rumah sewanya di sini, manakala seorang lagi diserahkan kepada keluarga di kampung halamannya di Johor.

Sementara itu, satu insiden agak melucukan berlaku ketika serbuan itu dilakukan apabila seorang pelacur warga China cuba mengaburi polis dengan berpura-pura kononnya mahu menjual cincin bagi mengelak ditahan.

- HARIAN METRO

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts