Duda Arab Saudi dedah tabiat seksual

Seorang duda empat anak dari Arab Saudi mencetuskan kegemparan di negara yang dianggap paling konservatif itu, dengan pendedahan dalam sebuah rancangan televisyen tentang tabiat seksualnya.

Mazen Abdul-Jawad, 32, ketika ini sedang bersembunyi selepas dua minggu lalu dia muncul di rangkaian televisyen Lebanon, LBC, yang dimiliki oleh jutawan Arab Saud, Putera Alwaleed Talal.

Dia membuat pengakuan di depan kamera di dalam bilik tidurnya di bandar Jeddah mengenai bagaimana pasangan kekasih boleh menghangatkan lagi kehidupan seks mereka.

"Segala-galanya berlaku di dalam bilik ini," katanya dalam rancangan diberi nama 'Ahmar Bilkhat al-Areed' (Garisan Merah yang Lebar).

Mazen kemudian menerangkan dengan terperinci teknik-teknik berasmara dan muslihat untuk mengurat wanita di sekitar jalan raya Jeddah.

Petikan pengakuan dalam rancangan TV, yang boleh disaksikan melalui satelit di Arab Saudi, telah dilayari oleh hampir 1 juta orang di Youtube.

Arab Saudi yang mengamalkan sepenuhnya undang-undang Islam, mempunyai pasukan polis agama yang meronda di jalan raya untuk menguatkuasakan standard moral yang ketat.

Antaranya memastikan tiada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, tiada penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Hukuman pancung kerap dilakukan di hadapan umum bagi pelbagai kesalahan jenayah daripda membunuh hingga kepada merogol dan menghina Islam.

Bagaimanapun, kebanyakan golongan muda negara itu mula mencari jalan untuk berhubung antara satu sama lain sehingga mendorong golongan ulama di sana berusaha menghadkan penggunaan telefon bimbit dan teknologi lain.

- REUTERS Duda Arab Saudi dedah tabiat seksual

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.