Ziana Zain lahir anak kembar

Penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain selamat melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan menerusi pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, pagi semalam.

Pengurus Ziana, Lisa Aryanty Tahir, berkata bayi lelaki seberat 2.1 kilogram dilahirkan pada jam 10 pagi disusuli bayi perempuan dengan berat 1.7 kilogram.

Lisa berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis itu pada awalnya dijangka melahirkan anak pertengahan Ogos depan.

Bagaimanapun, dia dinasihatkan doktor supaya segera menjalani pembedahan apabila tekanan darahnya tidak menentu sejak beberapa hari lalu dan dimasukkan ke hospital jam 10 malam, kelmarin.

“Alhamdulillah, semua mereka berada dalam keadaan sihat. Tiada sebarang komplikasi dihadapi biarpun Ziana melahirkan anak kembarnya terlebih awal,” katanya.

- BERITA HARIAN Ziana Zain lahir anak kembar

2 comments.. read them below or add one

LuVidA^^ LuVidA^^ Jumaat, 24 Julai 2009 pada 11:16:00 PG SGT
wah twin..besnye.
so..anak kak ziana 4 laki la kn?
:D

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.