Pelajar maki hamun pengetua

Cukup biadab apabila seorang pelajar lelaki sanggup menghamburkan kata-kata kesat kepada pengetua sekolahnya sambil disaksikan puluhan rakan serta seorang guru yang sedang mengajar dalam kelas berkenaan di sebuah sekolah di Ampang, Selangor.

Tindakan kurang ajar itu dilakukan pelajar tingkatan tiga berkenaan sejurus pengetua berkenaan memberitahu mengenai tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadapnya.

Perbuatan spontan pelajar berusia 15 tahun itu dianggap keterlaluan kerana dia tanpa segan silu memaki-hamun pengetua wanita berusia 50-an itu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa lalu, pengetua berkenaan pergi berjumpa pelajar terbabit bagi memaklumkan dia akan dibuang sekolah kerana masalah disiplin serius.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum itu, pengetua berkenaan terserempak pelajar terbabit di pintu pagar sekolah lalu meminta dia datang ke pejabatnya bagi membincangkan hal berkenaan, tetapi tidak diendahkan sebaliknya remaja itu terus masuk ke kelas.

Menyedari keengganan pelajar itu berjumpanya, pengetua berkenaan mencari remaja lelaki itu di kelasnya.

Menurutnya, sebaik bertemu, pelajar terbabit tanpa menghiraukan pelajar lain dan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya terus menghamburkan kata-kata kesat serta memaki-hamun pengetua berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata ketegangan yang berlaku berikutan tindakan pelajar terbabit meninggikan suara memaki pengetua sekolahnya sedikit kendur apabila seorang anggota polis kebetulan lalu berhampiran kelas berkenaan.

Anggota polis berkenaan berada di sekolah itu untuk menguruskan hal persekolahan anaknya.

“Sebenarnya hal itu berpunca akibat salah faham kerana pelajar terbabit tidak dapat menerima kenyataan dia dibuang sekolah kerana masalah disiplin.

“Pelajar terbabit mula bersikap kurang ajar apabila memaki-hamun pengetuanya sejurus dimaklumkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian berkenaan dirujuk kepada pegawai polis yang dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ketika sesi perbincangan dengan pihak sekolah yang turut dihadiri ibu bapa pelajar terbabit.

Abdul Jalil berkata, hasil perbincangan, hal itu diselesaikan secara baik dan pelajar terbabit dibuang sekolah dengan persetujuan ibu bapanya.

- HARIAN METRO Pelajar maki hamun pengetua

{ 8 comments.. read them below or add one }

Tanpa NamaTanpa Nama Jumaat, 10 Julai 2009 pada 5:01:00 PTG SGT
bangang btol bdk yg maki pengetua tuh....
Azym Azizi Azym Azizi Jumaat, 10 Julai 2009 pada 5:37:00 PTG SGT
Kalau aku, aku sepak je budak tu..sengal..
MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) Jumaat, 10 Julai 2009 pada 6:51:00 PTG SGT
budak2 zaman sekarang ni
bukan setakat pengetua
mak ayah pun diaorg sanggup ugut
tak tahu la ape nak jadi
Unknown Unknown Jumaat, 10 Julai 2009 pada 8:08:00 PTG SGT
salah mak ayah la. adala tu tak pandai didik anak. what goes around comes around
Mohd. Rizal Mohd. Rizal Jumaat, 10 Julai 2009 pada 9:47:00 PTG SGT
Assalam wbt.

Salah siapa sehingga dia jadi sebegitu? Salah kerajaan ( sistem pendidikan ), salah pihak sekolah, salah guru, salah mak-bapak, salah masyarakat setempat - tok imam, jkkk, rakan2 & orang awam atau salah budak itu sendiri?.....tentulah semuanya bersalah ttp yg paling bersalah mestilah sipelajar itu yg telah menggelapkan masa depannya sendiri. Masih ada 'sinar harapan' buatnya kah? Beliau sendiri yg patut menjawabnya.....Wallahu'alam.
Senjaliza Senjaliza Jumaat, 10 Julai 2009 pada 10:45:00 PTG SGT
Orang gilapun ada cara dan pendekatan untuk menyelesaikan kes atau perbuatannya. Kaedah bagi menangani pelajar yang akan dibuang sekolah kena ada. Gunakan pendekatan professional terutama ke atas pelajar yang mempunyai masalah displin. Pelajar itu tak akan menghadapi masalah displin jika dia cukup ajar. Tapi "handling" pelajar yg kurang ajar kena ada supaya contoh yg buruk tidak terjadi di hadapan pelajar yg. lain. Shooting in school di negara barat terjadi. Ambil iktibar. Allhuwallam.
IEYNA IEYNA Jumaat, 10 Julai 2009 pada 10:55:00 PTG SGT
emmmm....sbgi guru pelajar skrg mmg terlalu biadap...xhormat guru n org yg lbh tua drpd mereka....sape yg bergelar guru mmg akan merasai semua ni...
Habang Habang Sabtu, 11 Julai 2009 pada 1:46:00 PG SGT
Mungkin pelajar tu bersikap camtu supaya hendak kelihatan seperti hero depan member-membernya yang lain. Apapun ibu bapa pelajar tersebut perlu mengambil berat hal nie,cari apa punca sebenar pelajar tersebut berani bertindak sedemikian rupa.

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.