Rabu, Jun 10, 2009

Shukery Hashim meninggal dunia akibat kanser pankreas


Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang sebelum disemadikan selepas Asar.

Arwah meninggalkan lima orang anak dan seorang balu, Faridah Md. Desa, 51.

Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.

Antara drama tempatan yang pernah dibintanginya ialah Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM.

Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).

- MSTAR

11 ulasan:

  1. semoga rohnya dicucuri rahmat...amin al-fatihah

    BalasPadam
  2. al fatihah.. smoga rohnya ditempatkan di klangan org2 mukmin.. amin

    BalasPadam
  3. AL-FATIHAH untuk arwah.
    Seorang pelakon yang serba boleh

    BalasPadam
  4. satu berita yang mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.

    BalasPadam
  5. Alfatihah..kita kehilangan seorang aktor yang berjiwa..

    BalasPadam
  6. Salam,
    Al-Fatihah... semoga rohnya ditempatkan bersama org2 mukmin yg soleh... Sememangnya Allah lebih menyayanginya... Industri tanah air kehilangan seorang bintang yg serba boleh...

    BalasPadam
  7. Satu berita yang mengejutkan dan merupakan satu kehilangan besar kepada industri seni tanah air.Al Fatihah.. Smoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 Mukmin.. amin

    BalasPadam
  8. Uiks??Da meninggal. Semoga roh dicucuri rahmat dan dtempatkan bersama org2 mukmin. Aamin...

    BalasPadam
  9. innalillah....
    terkejut gak tetiba jer kan dapat berita ni...
    semoga arwah ditempatkan bersama golongan almukminin

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.