Ahad, Jun 28, 2009

Ronaldo sah milik Real


Pemain sayap Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya melengkapkan perpindahan ke Real Madrid.

Awal pagi semalam, Ronaldo sah menjadi milik Real dengan rekod yuran perpindahan tertinggi di dunia, £80 juta (RM466 juta) bagi kontrak selama enam tahun.

"Real dan United telah menandatangani perjanjian terakhir untuk perpindahan ini bagi membolehkan Ronaldo menjadi milik Real berkuat kuasa 1 Julai depan.

"Ronaldo akan bersama Real untuk enam musim dan akan diperkenalkan di Stadium Bernabeu pada 6 Julai nanti," menurut kenya- taan Real semalam.

Terdahulu, Real dan wakil Ronaldo telah mengadakan rundingan bagi menyelesaikan beberapa syarat peribadi sejak United mengumumkan awal bulan ini bahawa mereka telah bersetuju dengan tawaran yang dibuat Real.

Tiada sebarang maklumat terperinci berhubung perjanjian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan Real tetapi media Sepanyol melaporkan, Ronaldo akan menerima gaji sekitar 13 juta euro (RM64.5 juta) semusim.

Kapten skuad kebangsaan Portugal itu menjadi pemain ketiga yang sah menyertai Real di bawah pimpinan presiden Real yang baru, Florentino Perez.

Sebelum ini, Perez telah membelanjakan 67 juta euro (RM332.6 juta) untuk membawa masuk pemain tengah AC Milan, Kaka dan pertahanan Valencia, Raul Albiol dengan yuran perpindahan bernilai 15 juta euro (RM74.5 juta).

- REUTERS
           

1 ulasan:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts