Ahad, Jun 14, 2009

Gay, artis songsang


“Selama lima tahun saya ‘mencuba’ pelbagai jenis manusia. Daripada pelajar universiti, eksekutif, penganggur hinggalah artis.

“Saya pernah mengadakan ‘hubungan songsang’ dengan dua pelakon yang masing-masing tidak saya sangka turut mempunyai naluri seperti saya,” demikian pengakuan seorang gay yang mahu dikenali sebagai Jack, 35.

Bapa tunggal ini mengakui semakin hanyut dalam dunia penuh noda dan dosa itu selepas terpengaruh dengan rakan. Dia sanggup meninggalkan isteri dan anak selepas tenggelam dalam keseronokan dunia songsang yang dipilihnya.

Menurut Jack, dia bukan jenis yang memberi tumpuan kepada individu tertentu kerana sesiapa saja yang menarik minatnya akan cuba didekati sehingga berjaya ditawan.

“Saya berpeluang ‘mencuba’ dua artis itu atas bantuan rakan. Sebenarnya, golongan seperti saya seolah-olah ada kumpulan tersendiri.

“Kebetulan dua artis itu termasuk dalam kumpulan rakan saya dan kami berkenalan sehingga ‘terlanjur’,” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui baru-baru ini.

Jack berkata, hubungannya dengan dua artis itu hanya berlangsung dalam jangkamasa singkat kerana masing-masing sibuk ‘memburu’ pasangan baru yang menepati citarasa mereka.

“Adalah dalam dua hingga tiga kali kami ‘bersama’. Selepas itu kami jarang berjumpa. Jika berjumpa sekalipun sekadar melepak bersama komuniti kami,” katanya.

Menurut Jack, sepanjang lima tahun bergelumang dalam dunia gay, dia pernah menemui beberapa artis yang memiliki nafsu songsang sepertinya.

“Selain dua pelakon yang pernah saya ‘tiduri’, sepanjang berkumpul dengan komuniti kami, ada saya terjumpa antara dua hingga tiga artis lain.

“Mereka ada pasangan sendiri dan yang dapat saya simpulkan, mereka bijak menyembunyikan sikap sebenar mereka pada mata masyarakat,” katanya.

Jack berkata, dia kini berpasangan dengan seorang penuntut universiti dan cuba mendekati seorang eksekutif yang baru dikenalinya beberapa minggu lalu.

“Asalkan pasangan saya mampu memenuhi kehendak saya, saya sanggup memberi apa yang diminta, tetapi bergantung kepada kemampuan saya. Kebiasaannya saya beri wang belanja dan tolong bayarkan sewa rumah,” katanya yang bekerja sendiri.

Menurut Jack, apa yang berlaku kepada dirinya umpama individu yang ketagihan dadah.

“Saya mengaku nafsu songsang saya buas. Setiap minggu saya ‘perlukannya’. Untuk lebih seronok, saya sanggup membawa pasangan saya ke pusat peranginan seperti ke Genting Highlands dan Port Dickson untuk bermalam di situ,” katanya.

Jack berkata, sehingga kini dia masih tercari-cari punca mengapa dia boleh terjebak dalam dunia songsang berkenaan.

“Saya jenis ‘kaki enjoy’. Satu hari seorang rakan mempelawa saya ke sebuah kelab di ibu kota untuk berhibur.

“Kami berhibur di kelab yang hanya dipenuhi lelaki. Pelbagai aksi kekasih sama jenis dapat saya lihat dan saya pula mendapat ramai kenalan baru di situ hinggalah selepas beberapa kali ke kelab itu saya ada pasangan sendiri dan sejak itu saya mula mengenali apa itu gay,” katanya.

Menurut Jack, dia mengakui pemahaman ilmu agama yang cetek membuatkan dia tidak ragu-ragu mencuba perkara baru dalam hidupnya.

“Saya seronok pula apabila mengamalkan gaya hidup songsang. Sekali mencuba, saya berasa seperti ada kelainan dan keseronokan. Saya seolah-olah masuk ke satu dunia baru yang belum pernah saya nikmati seumur hidup saya,” katanya.

Jack berkata, dalam tempoh dua bulan, dia mula mengabaikan isteri dan anaknya. Lebih dahsyat lagi, nafsunya terhadap isterinya semakin berkurangan.

“Dalam tempoh dua bulan, saya ada lima pasangan baru. Saya tidak balik ke rumah, sebaliknya lebih gemar tidur di rumah pasangan saya.

“Kesudahannya, isteri dan anak saya abaikan dan rumah tangga saya hancur,” katanya.

Jack berkata, selama lima tahun bergelumang dalam dunia gay, belum terdetik rasa insaf di dalam dirinya.

“Saya seronok begini. Selain ada pasangan sendiri, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad saya ke beberapa kelab di Jalan P Ramlee, Jalan Changkat, ‘Heritage Row’ dan Lorong Yap Kwan Seng untuk berhibur bersama golongan sama seperti saya dan pada masa sama mencari pasangan baru,” katanya.

- HARIAN METRO

2 ulasan:

  1. heritage row?
    situ bukan ker ade klab blue boy,,ish!x tau lamacam mn nak eja,,huhuhu

    BalasPadam
  2. dunia d ambang akhir
    zaman kian meruncing
    andai diimbau kembali kisah para nabi dahulu
    kaum luth lah yg paling hina dan dahsyat di timpa musibah,..
    bencinya Allah sehingga d terbalikkan kaum ini ke dalam bumi..
    golongan nabi lain mane ade...
    wallahu a'alm..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts