Isnin, Mei 18, 2009

Taman tema seks di China diroboh


Sebuah taman tema yang mempamerkan budaya seks di bandar raya Chongqing, China akhirnya dirobohkan sebelum sempat dibuka kepada orang ramai pada Oktober depan, kata seorang jurucakap kerajaan semalam.

Jurucakap itu yang dikenali sebagai Yang enggan memberikan punca taman tema seks itu dimusnahkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, gambar-gambar taman tema seks itu sudah disebarkan secara meluas di Internet sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk di bandar raya tersebut.

Pameran yang dipamerkan turut melibatkan struktur organ seks manusia dan penerangan berhubung topik hubungan seks yang berlaku di kalangan pelbagai bangsa.

Akhbar China Daily menganggap taman tema itu sebagai bengkel teknik seks.

Pelabur utama taman itu, Lu Xiaoqing pernah berkata, tujuan taman itu didirikan adalah untuk meningkatkan kesedaran seks dan meningkatkan kehidupan seks manusia.

– AP

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts