Isnin, Mei 04, 2009

FBI peralat pelajar Islam di Amerika Syarikat

Para penuntut sebuah kolej Michigan terkejut apabila pelajar Islam di kampus berkenaan menghantar e-mel kepada agen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk bertukar-tukar maklumat dengan mesra.

"Saya sangat marah bila menerima e-mel tersebut. Saya terkejut... dan saya tidak mahu menerimanya lagi." kata pelajar yang tidak mahu memperkenalkan diri kerana berstatus pendatang kepada AFP.

"Pada mulanya kami berhubungan kerana mahu membina hubungan lebih rapat. Tidak hairanlah komuniti Islam tidak mempercayai FBI," katanya.

Dalam satu salinan e-mel yang ditunjukkan kepada AFP, agensi FBI berkata, ia menghubungi pelajar berkenaan kerana 'mereka mahu memberi jaminan masa depan yang cerah'.

Pengalaman pelajar yang menetap di Amerika Syarikat sejak berusia empat tahun itu bukanlah sesuatu kes yang terasing.

Dalam serangan keganasan pada 11 September 2001, FBI menuduh institusi dan para pemimpin Islam dan menjadikan mereka sasaran atas segala bentuk aktiviti berbau jenayah dan keganasan.

Peguam Hak Asasi dan Imigresen Michigan, Nabih Ayad berkata, FBI sering menjadikan pendatang Islam sebagai sasaran.

Menurut kajian Forum Pew mengenai Kehidupan Awam dan Agama, kanak-kanak pendatang Islam kini mengusai dua pertiga atau 0.6 peratus daripada jumlah warga kanak-kanak di Amerika Syarikat.

"Pendatang memang selalu dan mudah menjadi sasaran serta alat FBI, kerana mereka tahu golongan berkenaan mengharapkan jaminan masa depan.

"Wujud pro dan kontra di mana masing-masing saling memerlukan satu sama lain demi mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing," katanya.

Menurutnya, sesuatu kejadian tidak akan berlaku hanya disebabkan oleh golongan pendatang sahaja.

Zakariya Reed, seorang warganegara Amerika Syarikat yang memeluk Islam lebih 10 tahun lalu berkata, dia turut diminta menjadi pengintip bagi masyarakat Islam ketika meminta pertolongan daripada FBI bagi melepasi sempadan semasa kembali dari Kanada satu ketika dulu.

"Ia merupakan salah satu umpanan dalam tugas mereka," kata Zakariya yang merupakan pejuang dan veteran dalam perang teluk pertama bersama Ohio Air National Guard.

- AFP

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.