Isnin, April 13, 2009

Usul undi tak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu?


Gambar : Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu


Khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakyat Terengganu sejak hampir empat bulan lalu kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said semakin menjadi kenyataan.

Justeru, satu amaran 'keras' terpaksa dikeluarkan oleh MB Terengganu tersebut terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang berhasrat berbuat demikian.

Dato' Ahmad berkata mana-mana di kalangan Adun BN Terengganu yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya akan berdepan dengan tindakan disiplin termasuk dipecat.

"Ya, jika usul itu datang dari pihak pembangkang (PAS) kami (BN) dalam kerajaan akan menolaknya. Tetapi jika, ia (usul) dibawa (kemukakan) oleh wakil rakyat Barisan Nasional, dia (Adun) akan dipecat, itu biasalah.

"Jika usul (undi tidak percaya) itu dapat sokongan, kita (saya) akan bubar dewan (Dun Terengganu) itu sahaja. Kita (BN) terpaksa menerimanya kalau dia nak (hendak) buat..apa nak kata," tegasnya ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman, di Bukit Takal, 11 April lalu.

Dato' Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah satu perkara yang serius.

Selain itu, mengulas 'khabar angin' yang sama akan berlaku perubahan jawatan beberapa Menteri Besar termasuk di Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato' Ahmad Said enggan mengulas lanjut.

Beliau menjelaskan tidak mengetahui apa-apa tentang hal 'khabar angin' (cadangan) bakal berlaku pertukaran Menteri Besar tersebut dan terserah kepada Tuanku.

"Itu (tukar Menteri Besar) saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya dengan Tuanku sendirilah," ujarnya dengan menyelar pihak media yang sering kali menggembar-gemburkan isu yang tidak sahih dan 'khabar angin'.

Khabar angin di negeri ini semakin kuat mengatakan terdapat usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Adun Barisan Nasional (BN) pro-mantan MB Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh.

Usul tersebut dikatakan akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bermula Isnin (13 April) ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

- HARAKAH DAILY

7 ulasan:

  1. Loooo...bakpe jagi gitu gok.
    Bakpe mung dok takut sampai nok pecat orang.Kalau dah demokrasi wat le cara demokrasi jangan demo kuku besi hahaha
    HIDUP DEMOKRASI

    BalasPadam
  2. hahahha..biasa la,kalau tak sealiran dengan kita kenape kita kene duduk dengan org2 ini lagi..
    pecat je..ni lagi satu nak lawan sultan..

    tak sabau...tggu je la sampai pilihanraya ke 13 nanti..kalau rase kedudukan tergugat sebab ade main kotor,kene terima la.bende tak baik lama2 akan jadi tokak,nanah..busukkk.sume org akan bau juga.

    keadaan terengganu boleh di katakan aman dan tenteram wat mase ni..jgn kelirukan rakyat menjadikan suasana tak tenteram berlaku. akhirnya kerajaan juga yg rugi bile rakyat terengganu melihat masalah dalaman UMNO terengganu yg tidak berkesudahan.

    BalasPadam
  3. idris x puas hati sebab menang mt no 24 x de jawatan apa2 pun kabinet hatta su parlimen skalipun...memang idris n rosol perosak parti.. trg ok lagi..rakyat hidup aman damai.. cuma mgkn team idris xleh kaut ratus2 juta macam dulu..itu yang jadi camtu...jgn layan pm n tpm..buang karan je.. bubar dun,ada election.. pilihanraya kecil pun kalah..ni nak election satu negeri konon..ingat pm n tpm x pk ke semua..

    BalasPadam
  4. betul la anonymous..

    boleh di katakan kerajaan kita masih baru..blum betul2 pulih tapi memang ade peningkatan dari segi sokongan org melayu..jgn sampai buang sume air dalam kolah sebab nampak langit mendung..blum tentu hujan nak turun..adakan pilihanraya semula belum tentu kemenangan.kat trg ni penyokong UMNO dan PAS 50/50..tetapi pengundi atas pagar yg memainkan peranan bakal menentukan kemenangan sesuatu parti.

    bubar DUN bukan penyelesaian terbaik,merugikan banyak pihak terutamanya kepada kerajaan yg memerintah sekarang.jgn menang sorak kampung tergadai..kekalkan keamanan dan buat kerja masing2..

    BalasPadam
  5. Dengar crite salah sorang ni (rosol wahid,din adam, alias alor limbat) akan buat undi x caye, tp semalam rosol dah nafi, mungkin din adam atau alias tu kot.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts