Jumaat, Mac 06, 2009

Putera Charles paling segak di dunia

Putera Charles mengatasi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam senarai nama lelaki berpakaian paling bergaya di dunia kelolaan majalah Esquire.

"Beliau (Charles) kelihatan begitu segak bergaya dalam suit. Yang mengagumkan, beliau menyimpan pakaiannya menggunakan kaedah sewajarnya. Kami diberitahu bilik itu disusun seperti sebuah kedai pereka baju" kata majalah lelaki itu.

Putera Charles, 60, tidak berlebih-lebihan dalam berpakaian dan telah menggunakan pereka Sabille Row iaitu Gieves and Hawkes, lengkap dengan sapu tangan poket dan tali leher sutera, untuk bertahun lamanya.

Menurut Esquire lagi, Charles 'sentiasa berpakaian segak'.

Pewaris takhta diraja Britain itu mengatasi pencabar terdekatnya, Obama yang menduduki tempat keempat dalama senarai 10 lelaki paling kemas bergaya di dunia. Antara yang tersenarai ialah artis, Davis Hockney (ketujuh), pemain tenis Roger Federer (kelapan) dan penyanyi rap, Andre 3000 (kesepuluh).

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown disenaraikan antara lelaki ternama yang berpakaian paling selekeh di dunia.

- AFP

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.