Sabtu, Februari 07, 2009

MB Zambry hadir program rasmi pertama sebagai Menteri Besar Perak yang baru

Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir yang baru mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 semalam menjalankan tugas rasmi pertamanya hari ini dengan menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan negeri di Kampung Simee di Ipoh, Perak.

Beliau tiba di Pusat Perkhidmatan Parti Gerakan Kampung Simee di sini kira-kira pukul 10.40 pagi dan disambut meriah dengan persembahan tarian singa serta tepukan gemuruh daripada orang ramai.

``Saya bukan Menteri Besar untuk satu kaum sahaja dan bukan untuk satu kumpulan tertentu tetapi saya adalah Menteri Besar kepada semua rakyat di Perak.

``Saya mesti nyatakan ini kerana dengan suasana yang berlaku sekarang, mungkin ada beranggapan negeri ini akan kembali kepada satu kumpulan tertentu. Jawapannya, tidak dan tidak dan tidak,’’ tegasnya sambil disambut tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Turut hadir, Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Timbalannya, Datuk Chang Ko Youn; Pengerusi MIC, Datuk G. Rajoo dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Zambry meninggalkan majlis pada pukul 12.15 tengah hari selepas mengadakan sidang akhbar ringkas kepada pihak media.

- UTUSAN

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.