Selasa, Februari 24, 2009

Pemberian rebat petrol tidak diteruskan?


Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.

Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.

Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.

- KOSMO

3 ulasan:

  1. Pos Malaysia...

    pi mai pi mai dapat kat 'depa' gak :D

    BalasPadam
  2. Kalau ikutkan, dah tak perlu lagi beri rebat ni. Tujuan diberi dulu sebab harga minyak naik. Tapi la ni, harga minyak dah turun, so tak yah la kot. Ni la akibat dari keputusan ding dong.. Kalau masa naikkan harga minyak dulu tak dibuat secara mendadak, isu rebat ni pun tak akan timbul. Ni sapa yang rugi? kerajaan..sapa yang untung? LU PIKIR LA SENDIRI

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts