Pertandingan 5 penjuru di Kuala Terengganu?

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari ini dijangka menyaksikan pertarungan lima penjuru.

Selain bakal menemukan dua musuh tradisi iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas, pilihan raya berkenaan juga diramal akan turut disertai oleh dua calon Bebas dan seorang calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Hari ini di Kuala Terengganu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon BN.

Pengumuman mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman. Pertandingan 5 penjuru di Kuala Terengganu?

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.