Mat Sabu 'tak kisah' tidak terpilih

Naib Presiden Pas Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari Pas.

"Nama calon belum umum lagi dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dah maklum calon Pas akan diumum pada 1 Januari ini dan kita tunggu la, tapi jika saya tak terpilih pun tak pa.

"Saya tak kisah kerana yang penting calon adalah dari Pas dan kita sokong siapa sahaja dari Pas", kata beliau kepada Bernama di sini.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN mengalahkan Mohamad dengan majoriti 648 undi.

Nama Mat Sabu sebagai calon Pas disebut oleh penasihat Dewan Ulama Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu Naib Presiden Pas itu diberi peluang bertanding di kawasan parlimen itu.

Mohamad berkata, kenyataan Nik Aziz itu adalah pandangan peribadi beliau dan kuasa untuk memilih calon adalah diputuskan oleh mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden.

Semalam Abdul Hadi berkata, Pas telah mengenal pasti bakal calon parti itu yang merupakan seorang profesional dan disukai rakyat. Desas-desus mengatakan kenyataan Hadi seolah-olah merujuk kepada calon tempatan dan Mat Sabu bukan calon pilihan.

- Bernama Mat Sabu 'tak kisah' tidak terpilih

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.