Jumaat, November 07, 2008

Tiga Perkara Penting

DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Ada tiga perkara yang boleh melepaskan seseorang itu daripada semua bahaya di dunia dan akhirat."Dan ada tiga perkara juga yang boleh menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang membinasakan dan tiga perkara lagi yang boleh meninggikan darjat seseorang itu di sisi Allah."

Tiga perkara yang melepaskan seseorang daripada bahaya itu ialah:-

Takut kepada Allah zahir dan batin pada waktu ramai dan sunyi.

- Pertengahan pada sesuatu seperti di antara waktu papa dan kaya.

- Berbuat adil pada waktu suka dan marah

Tiga perkara yang melepaskan seseorang daripada kebinasaan ialah:

- Jangan bersifat terlalu kedekut

- Jangan mengikut hawa nafsu

- Jangan melakukan perbuatan syirik kepada Allah selama-lamanya.

Tiga perkara yang meninggikan darjat ialah:

- Memulakan dengan salam.

- Selalu memberi makan orang yang berhajat.

- Sembahyang pada waktu malam seperti sembahyang tahajud

Tiga perkara menghapuskan dosa ialah:

- Merata atau melebihkan basuh pada seluruh anggota wuduk.

- Sentiasa bercampur jemaah Islam.

- Menunggu untuk solat berjemaah, selepas itu terus sama-sama berjemaah.
           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts