Jumaat, November 14, 2008

Novel Keliru (Bhg 1)

Tepat jam 6.15 pagi. Jam lonceng seperti biasa berbunyi dengan kuatnya. Lagi lama tuan empunyanya tidak bangun lagi kuat bunyi di keluarkan. Khairul Syafiq masih lagi di alam mimpi. Barangkali tidak dengar langsung jam lonceng yang di letak di tepi katilnya berbunyi. 6.20 pagi, kali ini jam lonceng yang di letakkan di atas meja lampu pula berbunyi dengan kuatnya. Tapi, Syafiq masih tidak bergerak dari lamunan mimpinya.

Pintu biliknya di buka oleh adik perempuannya yang telah siap berpakaian baju sekolah dengan kemasnya. Khairun Shazliana, hanya mengeluh lemah. Inilah perangai buruk abangnya yang tidak habis-habis tidur. Setiap pagi waktu persekolahan pasti ligat hendak bangunkan abangnya. Tapi yang peliknya, apabila hari Sabtu dan Ahad atau cuti persekolahan pandai pula hendak bangun awal. Malah lebih awal.

“Abang, bangun!,” ujur Liana sambil menarik selimut abangnya.

Tiada reaksi langsung.

“Mama, lihat abang ni. Dia tak mahu bangun!,” jerit Liana dengan kuat sehingga ke telinga seorang wanita moden berkerjaya yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk anak-anaknya.

“Budak ni,” keluhnya sendirian di dapur. Tangannya pantas mencapai telefon yang terlekat di dinding tidak jauh dari peti sejuknya. Pantas dia mendail nombor handset anak lelakinya itu.

Di atas, Liana hanya tersenyum melihat abangnya yang bangun secara mengejut dan menggelabah mencari handsetnya yang berdering dengan kuat. “Bangun!!,” jerit satu suara apabila dia menjawab panggilan tersebut. Segera segar matanya apabila mendengarnya. Liana yang di hadapan pintu hanya tersenyum lucu.

“Okey, abang dah bangun!,” jerit Liana kembali menutup pintu bilik abangnya.

“Hey, kalau macam inilah selalu, habis duit telefon untuk kejutkan putera katak itu bangun!,” keluh Puan Suria sambil meletak kembali genggangan telefon semula.

> >

“Morning, ibu,” ujur Khairul Syazwan apabila melangkah masuk ke dapur. Kelihatan ibunya sedang sediakan sarapan pagi untuknya dan ayahnya. Tidak lama selepas itu ayahnya, Khairul Hakimi pula melangkah masuk ke dapur. Dengan pakaian ke pejabatnya seperti biasa.

“Morning,” jawab seorang wanita yang 10 kali lebih muda dari ayahnya. Sukar untuk percaya bahawa wanita yang berusia 25 tahun itu telah menjadi permaisuri di hati ayahnya yang kini berusia 49 tahun.

“Hari ini balik pukul berapa?,” tanya Puan Azila sambil menuang air jus oren untuk suaminya.

“Tak tahu lagi, kenapa?,” jawab suaminya.

“Perasannya, saya tidak tanya awak. Saya tanya putera kita,” dia mengenyit mata ke arah Syazwan yang sedang lahap makan roti telor masakan ibunya. Dia hanya menggeleng melihat pasangan suami isteri yang sudah tentunya bergaduh malam tadi. Sudah selalu sangat ia berlaku. Apabila ibu dan ayahnya bergaduh dan ibunya merajuk, dia akan menjadi mangsa.

“Err… seperti biasa,” pantas Syazwan menjawabnya. “Kenapa ibu tanya?,” tanyanya pula.

“Ibu tak masak hari ini, apa kata kita makan di luar?,” tanya ibunya sambil mengerling tajam ke arah ayahnya yang berpura-pura membaca surat khabar.

“Err… okey,” dia terpaksa bersetuju. Sebenarnya dia pun tidak tahu siapa yang patut di sebelahinya. Hendak sebelahi ayahnya bagaimana pula ibunya? Kalau tak sebelahi ibunya… ibunya seperti ada kuasa sakti menyuruhnya sebelahinya. Ah, pening!

> >

“Ini,” hulur Liana sekeping sampul surat berwarna biru cair sebaik sahaja Puan Suria memecut keretanya ke jalan raya. “Lain kali jangan mengaku yang Liana ni, adik abang!,” ujurnya dengan bengangnya.

“Kenapa?,” tanya Puan Suria di hadapan. “ Surat cinta lagi?,” tekanya. “Bukankah abang kamu ni ramai peminat dan seorang playboy,” sindirnya.

“Mama, apa gunanya kacak tapi tak pandai hendak menggunakannya,” jawab Syafiq memuji dirinya. Liana hanya mengeluh lemah. Asyik-asyik itu saja ayat abangnya apabila di tegur. Mengaku dirinya kacak. Tapi memang pun. Dia sendiri hampir terpikat dengan wajah abangnya. Setakat ini tiada sesiapa yang di akuinya lebih kacak dari abangnya. Tapi setakat kacak buat apa? Perangai kalahkan syaitan. Asyik berpoya-poya dengan ramai perempuan saja. Playboy!

“Yelah, tapi janganlah libatkan Liana lagi dalam hal ini. Setiap hari ada saja perempuan yang datang berjumpa dengan Liana dan meminta sampaikan surat cinta kepada abang. Malah ada juga yang sanggup beri duit upah yang banyak kerana Liana tidak mahu hantar! Dia ingat Liana ni peminta sedekah ke?!,” tegasnya.

“Janganlah marah. Dah rezeki orang bagi duit, ambil sajalah. Lagipun tak baik tolak rezeki, tahu tak?,” balas Syafiq tidak mahu mengaku kalah. Tapi kasihan juga dengan adiknya itu. Hari-hari kena layan ragam para peminatnya. Hendak buat macam mana, orang kacaklah katakan.

“Siapa kata Liana tolak! Nak tahu tak, Liana dapat RM100 untuk surat ini. Jadi, esok bolehlah pergi shopping,” ujurnya sambil menunjukkan sekeping wang RM100 kepada abangnya.

“Apa?! Begitu banyak?!,” terkejut dia melihatnya. “Gila betul!,” keluhnya.

Puan Suria hanya menggeleng di hadapan. Dia tidak boleh hendak berbuat apa-apa lagi. Kadang-kala dia pening dengan perangai ke dua anaknya itu. Syafiq dengan perangai Playboy manakala Liana pula dengan perangai tamakkan duit. Tapi, walau apa pun dia berharap keduanya sedar apa yang baik dan apa yang buruk. Anak muda sekarang ni, tidak suka di kongkong. Dan apa yang perlu di lakukan adalah perhatikan mereka dari belakang dan nasihati mereka apabila mereka buat salah. Tapi menjadi Liana dan Syafiq tidaklah susah sangat kerana walau bagaimanapun, mereka tetap akan mencarinya apabila hendak buat sesuatu keputusan ataupun ada masalah.

Masakan tidak dia tahu semua rahsia anaknya. Apa yang telah berlaku pada anak-anaknya di sekolah, di rumah, mahupun di luar, semuanya dia tahu. Segalanya.

“Okey, dah sampai,” ujur Puan Suria sambil memberhentikan keretanya di hadapan perkarangan sekolah anak-anaknya.

> >

“Syazwan,” panggil ibunya sebaik sahaja anak muda itu membuka pintu kereta yang di pandunya. Syazwan pantas berpaling. Dengan pantas satu ciuman hangat singgah di dahinya.

“Ibu tidak dapat cium ayah pagi ini dan melepaskannya pada anak ibu?,” soal Syazwan sambil menyindir.

“Hah! Kamu dah pandai main kata-kata?.”

Syazwan hanya tersenyum lucu.

“Apa yang ibu dan ayah gaduhkan pula kali ini?,” tanya Syazwan.

“Tiada apa… dia cuma cemburu apabila ibu dengan pengurus baru yang berkerja di syarikat ibu. Dia kata ibu ada hati nak godanya walaupun dah tua bangka. Ayah kamu kata ibu dah tua! Kamu fikir?,” marah ibunya. “Ibu baru berusia 20 an. Dia tu yang sepatutnya sedar. Orang tua!,” marahnya lagi.

“Tapi sebenarnya… ibu berharap sangat yang ayah akan cemburu bukan?,” tanya Syazwan lagi.

Ibunya hanya tersenyum manis. Anaknya itu memang pandai mengagak maksudnya. Anak dan ayah sama saja.

“Okey, ibu akan panggil ayah kamu balik makan dan beritahu ibu berapa yang ayah kamu beri tadi untuk memujuk ibu?,” tanya ibunya seolah-olah mengagak sesuatu.

“Err… dah nak masuk,” segera dia melompat keluar dari Pajero milik ibunya itu. Sebelum ibunya berceloteh banyak segera dia menutup pintu kereta dan berlari masuk ke dalam perkarangan sekolahnya. Dari jauh dia hanya dapat melihat ibunya tersenyum dari dalam kereta.

“Hah! Untungnya kalau ayah dan ibu bergaduh,” keluhnya sambil memasukkan wang RM100 ke dalam beg duitnya.

“Syazwan,” sapa Hanif tiba-tiba meletakkan tangan di bahunya. Tidak lama selepas itu, beberapa pelajar lelaki menghampirinya. Entah dari mana mereka datang dia pun kurang pasti. “Rupanya kau dah ada girlfriend yang agak tua dari kau dan kaya pula tu,” mula Hanif mengusiknya.

“Girlfriend?,” tanyanya kehairanan.

“Perempuan yang hantar kau ke sekolah tadilah. Wah! Dia cium dahi kau. Terharunya aku,” celah Aizat pula.

“Rupanya kau lebih hebat dari kami semua,” ujur Fariz pula.

“Lebih hebat? Hey, aku….”

“Beritahu aku, kau dah jalinkan hubungan dengannya dah berapa lama?,” tanya Hanif pula.

“Hey, dia bukannya girlfriend aku,” jelas Syazwan.

“Habis tu? Kalau bukan siapa? Ibu kau?,” ujur Fariz mula dengan nada menyindir.

Syazwan hanya mengangguk.

“Ibu kau?!,” serentak mereka bertanya lagi. Syazwan hanya mengangguk lagi. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang di jelaskan itu. Mana tidaknya, ibunya kelihatan seperti anak dara orang, pastilah mereka tidak akan percaya. Kalau dia berada di tempat mereka pun dia tidak akan percaya.

“Korang kenalah percaya,” ujurnya.

“Hey, kau anak luar nikahkah?,” tanya Hanif yang masih tak percaya.

“Jangan merepek!,” tegasnya.

“Habis, ibu kau tu….”

“Ibu tirilah,” jelasnya lagi. “Ibu tiri. Bukan ibu betul. Isteri nombor 2 ayah aku. Kenapa? Kau ingat ibu dan anak tiri tidak boleh rapatkah?,” tanya Syazwan lagi.

“Err… tanya saja. Janganlah marah.”

“Alamak,” langkah Syazwan yang laju menuju ke kelasnya tadi tiba-tiba terbantut apabila terpandang seorang pelajar perempuan tidak jauh dari situ. “Elyana,” segera dia mengorak langkah berlalu dari situ. Pergi menyorokkan diri sebelum Elyana mengesannya.

“Mana Syazwan?,” tanya Elyana kepada kawan-kawannya. “Aku percaya aku nampaknya tadi dan tiba-tiba terus lesap,” ujurnya dengan bengangnya. Dah banyak kali dia hendak berjumpa dengan Syazwan tapi Syazwan begitu bijak melarikan diri daripadanya.

“Oh, dia menyorok ke… arah sana …,” serentak mereka menunjuk ke tiga arah yang berlainan. Belum sempat Elyana hendak membalas, lonceng dengan kuatnya berbunyi menandakan waktu pembelajaran akan bermula sebentar lagi.

“Walauapa pun, kata padanya, kalau aku jumpanya nahaslah dia,” ujur Elyana sebelum berlalu pergi dengan marah.

Tidak lama selepas bayang Elyana hilang di mata Syazwan, dia keluar dari tempat persembunyiannya sambil mengurut dadanya. Elyana benar-benar menjadi mimpi ngerinya sejak beberapa hari ini. Entah apa salahnya dia pun tak tahu. Tapi apa yang pasti, ia bukan sesuatu yang baik.

“Hey, apa kau dah buat pada Elyana, hah?,” tanya Fariz kehairanan. Dia dan beberapa teman rapat Syazwan pelik apabila Elyana mencari Syazwan dengan marah-marah. Seperti marahkan teman lelakinya yang curang. Tapi setahu mereka Syazwan bukan jenis lelaki yang suka bermain cinta dengan pelajar perempuan. Dah banyak perempuan cuba mendekati Syazwan tapi semuanya di tolak oleh Syazwan dengan lembut.

Kadang-kala rasa cemburu pun ada juga dengan Syazwan. Yelah, dah ada banyak perempuan tawarkan diri untuk bercinta tapi di tolaknya, manakala mereka pula terpaksa memikat burung merpati supaya jatuh ke tangan mereka. Memang susah!

“Entah, aku pun tak tahu. Suatu hari, dia datang berjumpa dengan aku di gelanggang tennis dan marahkan aku sebab menduakannya. Aku pun kurang faham,” keluhnya. “Agaknya dia masih bermimpi yang aku ni teman lelakinya agaknya.”

“Atau cakap saja kau juga seorang Playboy,” sindir Aizat sambil melangkah masuk ke dalam kelas mereka.

“Jangan nak buat fitnah!,” tegasnya lagi.

“Baiklah, ini bukannya kali pertama kau buat hal. Ingat tak beberapa hari lalu, aku lihat kau berkepit dengan junior tingkatan 1 dekat shopping complex. Siap berpegangan tangan pula tu.”

“Bukankah aku dah kata masa tu aku ada latihan tennis di gelanggang. Tanyalah ahli persatuan tennis kalau tak berpuas hati lagi,” jelasnya. Masuk kali ini dah banyak kali dia jelaskan pada mereka semua bahawa kenyataan itu tidak benar. Hampir muak dia hendak beri penjelasan.

“Tapi, aku tak berpuas hati. Tak mungkin pelanduk dua serupa,” ujur Hanif masih tidak berpuas hati.

“Dalam dunia ini tiada apa yang mustahil,” celah Aizat.

“Korang pun tak percaya?.”

“Bukan tak percaya tapi susah hendak percaya. Tapi aku percaya sesuatu. Kau ke sana bukannya pergi hendak beli barang bukan? Tapi kau juga pergi dating dengan seseorang. Beritahu, siapa teman wanita kau sekarang,” tanya Aizat cuba mengorek rahsia Hanif.

> >

“Liana,” panggil satu suara di belakangnya. Dengan lemahnya dia berpaling. Dia berharap sangat yang memanggilnya itu bukannya Melissa, pelajar perempuan yang terkenal dengan gelaran wartawan tak bertauliah di sekolah. Tapi harapannya itu, sekali lagi musnah apabila melihat Melissa dari jauh melambaikan tangannya.

“Apa berita yang kau mahu sekarang ni?,” tanya Liana tanpa membenarkan Melissa memulakan bicara. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas.

“Aku ada nampak kau dengan seseorang,” ujur Melissa tanpa berselindung lagi.

“Jadi?,” Liana mengangkat keningnya. Dia dah agak dah apa yang akan di bualkan oleh Melissa itu. Kalau tidak gossip tak sah. “Oh, biar aku teka, kau hendak sebarkan berita ini kepada abang aku atau semua pelajar di sekolah ini bahawa adik seorang Playboy mengikut jejak langkah abangnya. Menjadi Playgirl?,” teka Liana.

“Aku akan buat begitu?,” tanya Melissa sambil membetulkan rambutnya yang melepasi paras bahu. “Tak mungkin aku akan buat sesuatu yang tak masuk akal pada kawan aku sendiri.”

“Setahu aku, kau bukan kawan aku,” dengan selamba Liana bercakap. Langsung tidak perduli perasaan Melissa. Walau bagaimana pun, Melissa memang tiada perasaan. “Aku adalah adik kepada musuh kau iaitu abang aku, bukan?.”

“Tak. Bukan sebab kau adik kepada musuh aku tapi kau adalah perempuan yang sukar di ramalkan. Aku tak dapat ramal apa yang akan kau buat. Dan berita ini adalah sesuatu yang mengejutkan aku. Khairun Shazliana, selama ini tiada sesiapa yang dapat memiliki hati kau. Jikalau ada orang meluahkan perasaan, satu tumbukan padu kena pada muka lelaki itu dan sekarang, kau benar-benar telah membuat temu janji dengan seorang lelaki dari sekolah lain. Jadi, kau hendak beritahu aku siapakah yang bertuah itu. Aku berjanji tak akan beritahu abang kau,” ugut Melissa dengan nada lembut.

“Tak payah beritahu abangnya pun abangnya dah tahu,” sapa satu suara di belakangnya. Pantas Melissa berpaling. Dia kenal suara itu. Siapa lagi kalau bukan playboy sekolah itu, Syafiq.

“Dari mana kau datang?,” tanya Melissa agak terkejut.

“Pintu belakang,” dia menunjuk ke arah pintu belakang yang terbuka luas.

“Abang hendak apa?,” tanya Liana agak tegas.

“Saja nak dengar berita sensasi dari Melissa. Selalunya kalau ada Melissa di situlah ada berita sensasi dan tak sangka pula terdengar berita dah basi. Sungguh menyedihkan,” keluh Syafiq.

“Berita basi?,” tanya Melissa kehairanan. “Oh, kau dah tahu rupanya. Ah, penat saja aku mengugutnya,” keluh Melissa.

“Abang turut berada di sana . Dating,” beritahu Liana.

“Adik beradik sama saja,” segera Melissa berlalu daripada bilik darjah Liana dan sebentar kemudian lonceng berbunyi dengan kuatnya.

“Jadi, hendak kenalkan abang dengan teman lelaki kau tu?,” tanya Syafiq setelah Melissa sudah tidak kelihatan lagi.

“Jangan harap! Pergi masuk kelaslah,” segera Liana menolak abangnya keluar dari kelasnya. “Mengacau saja,” keluhnya apabila melihat abangnya berlalu dari situ. Tak habis di situ, dia dari jauh melihat abangnya sedang mengacau pelajar perempuan bayanya yang hendak masuk ke dalam kelas.

Playboy!

> >

“Tak dapat penjelasan daripada Syazwan lagi?,” tanya Idayu kepada Elyana sambil mencari tempat duduk yang kosong di kantin. Nasi Lemak yang di beli sebentar tadi, di bukanya. “Ah, hanya satu timum dan sedikit ikan bilis, harganya sudah mencapai RM1.50?,” rungutnya. Pandangannya kemudian beralih kepada Aimi dan Hafizah yang menghampiri meja mereka.

“Aku berharap sangat ada restoran KFC di kantin ini,” ujur Aimi sambil duduk di sebelah Elyana yang hanya senyap. Dia perasan akannya dan bertanyakan kepada Idayu melalui isyarat matanya.

“Err… aku ada nampak Syazwan tadi,” Hafizah mulakan bicara dengan penuh berhati-hati. Dia tahu Elyana sedang bad mood, kalau ada saja yang tidak kena dia akan meradang kalahkan raksasa serang bumi.

“Jangan sampai aku nampak dia sudahlah,” akhirnya Elyana mula bersuara. “Tapi, kadang-kadang aku tak faham dengan dia tu… di sekolah nampak lain dan apabila di luar perangainya… tak usah katalah! Lagaknya kalahkan Mat Romeo!,” sambungnya lagi dengan nada yang agak keras.

“Tapikan…,” celah Aimi yang teragak-agak hendak membuka mulut. “Sorry, aku terpaksa cakap pasal ini sebab aku mula terfikirnya semalam.”

“Apa dia?.”

“Aku rasa kau dah salah orang,” Aimi dengan sepenuh keberaniaannya mengeluarkan pendapat.

“Aimi, aku harap pun macam itu pada mulanya tapi…,” kata-katanya terputus. Dia tidak tahu bagaimana hendak di jelaskan kepada kawannya lagi. Akhirnya dia menarik nafas panjang dan kembali menghembusnya di udara kemudian dia mula bersuara kembali. “Aku bersamanya selama sebulan, bukannya beberapa hari. Memang pada mulanya aku pun kurang percaya itu adalah Syazwan dan apabila aku tanya pada Syazwan yang aku hampir tak kenal dirinya yang sebenarnya… dia telah berikan jawapan yang positif. Dia kata di sekolah dia terikat dengan undang-undang sekolah dan sekolah adalah tempat untuk belajar dan bukannya bercinta. Jadi, sebab itulah kami berbuat tidak kenal apabila di sekolah,” jelas Elyana.

“Dan sanggup membohong kami bahawa kau tiada teman lelaki selepas Zarul tinggalkan kau,” ujur Hafizah. “Kau sepatutnya beritahu kami, supaya kami boleh percaya yang kau benar-benar ada hubungan dengan Syazwan. Ini, kau langsung tiada bukti yang kau ada hubungan dengan Syazwan. Malah gambar pun tak de. Bagaimana kami hendak percaya?,” sambungnya lagi.

“Yelah, satu hari kau datang ke sekolah dan berjumpa dengan kami semua dan mengatakan yang Syazwan telah tinggalkan kau. Tidakkah kau terfikir yang berita ini akan membuatkan kawan kau pening kepala?,” sokong Idayu.

“Aku tahu, bukankah aku dah minta maaf? Sekarang korang kena tolong aku bagaimana hendak selesaikan masalah aku ini.”

“Tinggalkan dia saja,” celah satu suara tidak jauh dari tempatnya duduk. Semua berpaling ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang makan sambil membaca itu.

“Maaf?,” tanya Elyana kepada pelajar perempuan yang langsung tidak di kenalinya itu dan tiba-tiba saja sampuk orang sedang bercakap.

“Tinggalkan saja. Lelaki macam itu tidak patut di puja. Lelaki yang menyusahkan!,” ujurnya sambil menutup buku yang di bacanya tadi dan segera berlalu dari situ meninggalkan Elyana yang terpingga-pingga di situ.

“Siapa dia?,” tanya Elyana kepada kawan-kawannya apabila kelibat pelajar perempuan yang meyampuk perbualan mereka tadi telah tidak kelihatan pada pandangan matanya.

“Oh, kau bukan lawan dia. Senior tingkatan 4. Namanya Nurul Dayana tapi lebih di kenali dengan panggilan Aya. Dia anti lelaki,” pantas Idayu menjawab.

“Bagaimana kau tahu?,” tanya Hafizah pula. Dia pun tidak tahu siapakah Senior Aya.

“Kelab Muzik. Dia Setiausaha Kelab Muzik dan pemain Piano Sekolah dan pernah menjuarai pertandingan Muzik peringkat Kebangsaan. Dia anak kesayangan sekolah,” terangnya lagi.

“Nanti… kau kata Senior Aya Setiausaha Kelab Muzik, bukan?,” tanya Elyana lagi.

Angguk.

“Bukankah Syazwan juga Kelab Muzik juga,” pantas Aimi berkata.

“Kenapa? Kau ingat Syazwan dengan Senior Aya ada hubungankah? Walaupun aku ni hanyalah ahli biasa Kelab Muzik tapi aku dah lihat kerja mereka berdua. Mana ada apa-apa hubungan. Setakat hubungan Pengerusi dengan Setiausaha saja. Lagipun Senior Aya tu anti lelaki dan…,” dia mendekatkan mukanya dengan kawan-kawannya. “… minat perempuan,” bisiknya.

Semua kawannya kelihatan tergamam sebentar dan tidak lama selepas itu ketawa berbahak-bahak.

> >

Aya melangkah masuk ke dalam bilik Kelab Muzik yang terbuka luas itu untuk memastikan siapakah yang berada di dalam. Selalunya bilik Kelab Muzik akan di tutup dan di kunci dan hanya di buka apabila ada perjumpaan ahli dan latihan. Tapi selalunya latihan hanya akan di buat apabila ada pertandingan besar.

“Hello,” sapanya sambil melangkah masuk ke dalam.

“Aya,” panggil seseorang di atas bahagian rak buku yang menempatkan beberapa buku panduan bermain beberapa alat muzik dan yang utama sekali ialah gitar dan piano. Aya pantas berpaling ke atas dan melihat Syazwan yang sedang mencari sesuatu. “Baguslah kau datang,” ujur Syazwan sambil bergegas turun ke bawah. “Aku baru saja jumpa Puan Mariam dan dia beri ini,” Syazwan menghulur sekeping kertas kepada Aya.

“Pertandingan Muzik,” Aya membacanya dengan teliti.

“Setiap peserta di kehendaki mencipta lagu mereka sendiri. Jadi, kau hendak masukkah?,” tanya Syazwan.

“Biar aku fikirkan dahulu,” jawabnya. “Jadi, apa kau buat di sini?,” tanya Aya pula.

“Aku mula teringat yang aku suruh Aliya membeli beberapa buah buku….”

“Oh, dia tak beli lagi sebab tiada masa. Semalam dia datang jumpa aku dan meminta aku belikan buku tersebut, mungkin esok aku akan keluar pergi membelinya.”

“Kenapa dengannya?,” tanya Syazwan.

“Perlawanan Bola Jaring Peringkat Zon semakin hampir,” jawab Aya.

“Setahu aku dia bermain untuk Kelab Bola Baling.”

“Dia dah putus dengan boyfriend dia yang bermain untuk Kelab Bola Baling,” jawabnya dengan tenang.

“Kes macam itu pun ada?,” keluh Syazwan. Dia tidak faham sangat orang yang bercinta ini, bila putus saja macam nak tamat saja dunia ini. Semuaya hendak lari dari kenyataan. “Ah, cinta yang menyusahkan orang,” ujurnya dan berlalu keluar daripada bilik tersebut meninggalkan Aya seorang diri di dalam.

“Bukan, lelaki yang menyusahkan orang,” ujur Aya seorang diri sebelum berlalu keluar dan mengunci pintu bilik Kelab Muzik.

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts