Khamis, November 13, 2008

Lebuhraya Utama Malaysia

Latarbelakang Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS)

Dengan kepanjangan keseluruhan 847.7 km yang menganjur dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia menjadikan ianya sebuah lebuhraya yang menghubungkan antara bandar-bandar utama di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah dan terhenti di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kemudian dilencongkan ke Bukit Raja, Klang. Jajaran ini dikenali dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Bermula semula di Sungai Besi dan terus menganjur ke selatan dan tamat di Johor Bahru, Johor. Projek : Lebuhraya Utara - Selatan Syarikat Konsesi : Projek Lebuhraya Utara - Selatan Berhad (PLUS Bhd) Tarikh Mula Konsesi : Mei 1988 Tarikh Tamat Konsesi : Mei 2018 Tempoh Konsesi : 30 Tahun Fakta Teknikal Panjang : 848 km Persimpangan Bertingkat : 75 buah Bil Tol Plaza : 65 buah

Terdapat beberapa ciri menarik yang ada pada Lebuhraya Utara-Selatan, di antaranya :

Laluan dua lorong dua hala melibatkan : 1. Bukit Kayu Hitam ke Sungai Dua 2. Juru ke Rawang 3. Seremban Utara ke Johor Bahru

Laluan tiga lorong dua hala melibatkan : 1. Sungai Besi ke Seremban Utara 2. Lebuhraya Baru Lembah Klang hingga ke Rawang 3. Juru ke Sungai Dua Lebuhraya Utara-Selatan mengamalkan dua sistem tol iaitu Sistem Tol Terbuka dan Sistem Tol Tertutup

Sistem Tol Terbuka Pengguna perlu membayar tol setiap kali melintasi pondok tol. Jajaran yang terlibat adalah : 1. Bukit Kayu Hitam - Jitra 2. Lebuhraya Persekutuan II 3. Senai - Johor Bahru 4. Skudai - Johor Bahru

Sistem Tol Tertutup Dengan menggunakan sistem ini, pengguna lebuhraya di kawal sepenuhnya. Jalan keluar dan masuk dari lebuhraya hanya boleh dilakukan menerusi persimpangan bertingkat yang disediakan. Di setiap persimpangan bertingkat yang terlibat dengan sistem ini, pengguna perlu melintasi Pondok Tol samada untuk mengambil tiket transit ataupun membuat pembayaran. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sepanjang lebuhraya ini disediakan bagi kegunaan pengguna lebuhraya agar mereka merasa selesa dan selamat.

Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah: 1. Kawasan Rehat Dan Rawat 2. Hentian Sebelah 3. Telefon Kecemasan 4. Perkhidmatan PLUS RONDA Selain dari PLUS RONDA, Polis Peronda juga menjalankan rondaan bagi tujuan penguatkuasaan dan membantu pengguna-pengguna lebuhraya.

Perkhidmatan Talian Bantuan

SENARAI HOTLINE SYARIKAT KONSESI PENSWASTAAN LEBUHRAYA DI MALAYSIA
Sila hubungi nombor-nombor berikut sewaktu kecemasan di lebuhraya berkenaan: Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS)03-2692 0000
Jambatan Pulau Pinang (PBSB)04-398 0000
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)03-531 8800 / 03-5311153
Laluan Kedua Malaysia - Singapura (Linkedua)07-278 8000
Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (MTD)09-233 0100
Lebuhraya Kulim - Butterworth (BKE)04-398 6969
Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)06-632 3060
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)03-733 7188
Lebuhraya Cheras - Kajang (GRAND SAGA)03-90750505
Lebuhraya Damansara - Puchong (LITRAK)03-732 9222
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)1-800 880999
Lebuhraya Bertingkat Ampang (PROLINTAS)03-4252312
           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts