Sabtu, November 22, 2008

Ekonomi & politik AS bakal merudum

Majlis Perisikan Kebangsaan (NIC) meramalkan, pengaruh ekonomi dan politik Amerika Syarikat (AS) akan merudum dalam tempoh dua dekad akan datang.

NIC dalam laporannya bertajuk Trend Global 2025 berkata, keadaan dunia juga akan bertambah bahaya dengan kebimbangan mengenai makanan dan sumber air, namun menghadapi limpahan senjata.

Menurut NIC, krisis kewangan di Wall Street sekarang adalah permulaan kepada ketidakseimbangan ekonomi global.

Katanya, peranan dolar sebagai mata wang utama dunia juga akan menguncup sampai ke satu tahap ia menjadi mata wang biasa.

Laporan NIC itu yang dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar, lebih pesimis mengenai kedudukan AS pada masa hadapan, berbanding ramalan sebelum ini yang dibuat untuk tempoh lima tahun sekali.

"Dalam tempoh peralihan 20 tahun akan datang kepada satu sistem baru dipenuhi oleh risiko," kata NIC dalam laporan tersebut.

Menurut NIC, negara China dan India dijangka bersaing dengan AS untuk meningkatkan pengaruh mereka.

Negara lain yang diramal akan meningkat pengaruh mereka ialah Iran, Turki dan Indonesia sementara pengaruh Rusia pula diramal semakin berkurangan.

Menurut NIC lagi, kesan pemanasan global akan dirasai, sementara keperluan terhadap bekalan air, makanan dan tenaga akan menimbulkan konflik mengenai sumbernya.

"Sungguhpun AS dilihat kekal sebagai kuasa tunggal, tetapi kekuatannya dari segi ketenteraan, secara relatifnya diramal akan menurun," jelas laporan itu.

- Reuters

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts