Khamis, Oktober 16, 2008

Ekonomi AS dalam kemelesetan

Ketua Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) cawangan San Francisco berkata, ekonomi AS kini "dipercayai berada dalam kemelesetan."

Menurut Janet Yellen, aliran data ekonomi baru-baru ini menunjukkan ekonomi negara ini lebih lemah daripada yang dijangka pada suku tahun ketiga, barangkali tidak menunjukkan pertumbuhan sama sekali.

"Pertumbuhan pada suku tahun keempat nampak lebih lemah, kemungkinan mengalami penyusutan.

"Malah, ekonomi AS dipercayai berada dalam kemelesetan," kata Yellen dalam ucapan di Pala Alto, California semalam.

Beliau membuat kenyataan itu berikutan tempoh dramatik yang menyaksikan kerajaan AS buat kali pertama sejak Kemelesetan Besar memiliknegarakan sebahagian bank-bank utama dalam langkah terbaru untuk memulihkan keyakinan terhadap pasaran kewangan yang goyah.

Kemelesetan di AS ditakrifkan secara umumnya sebagai kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi dua suku tahun berturut-turut.

"Sekarang ini hampir setiap sektor utama ekonomi mengalami kesan daripada kejutan sistem kewangan," kata Yellen kepada kumpulan Financial Executives International cawangan Silicon Valley.

- AFP

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts