Khamis, Ogos 28, 2008

Jenis-jenis kecelaruan personaliti


PARANOID
• Selalu berperasaan syak wasangka.
• Tidak mahu berbincang kerana takut orang lain akan bocorkan rahsianya.
• Sangat sensitif pada kritikan dan sering bertindak agresif.
• Selalu berfikiran buruk terhadap orang lain.

ANTI-SOSIAL
• Tidak mengikut norma-norma sosial dan selalu melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang.
• Suka menipu, memutarbelitkan fakta, berbohong untuk kepentingan diri sendiri.
• Melakukan hal-hal yang tidak dirancang sebelumnya.
• Suka marah, agresif dan sering kali berkelahi.
• Tidak mementingkan keselamatan orang lain.
• Tidak bertanggungjawab dan tidak ada perasaan menyesal.

HISTRIONIK
• Selalu inginkan perhatian orang lain.
• Emosi yang sering berubah-ubah dalam jangka waktu yang pendek.
• Menggunakan penampilan fizikalnya untuk menarik perhatian orang lain.
• Suka membesar-besarkan hal yang remeh-temeh atau kecil.
• Mudah dipengaruhi oleh kata-kata atau pendapat orang lain.
• Menganggap sesuatu hubungan sosial itu lebih rapat dari keadaan sebenarnya.

OBSESIF - KOMPULSIF
• Selalu memikirkan cara atau hal yang tidak penting misalnya cara, perkataan yang digunakan atau kebersihan sehingga hal-hal yang lebih penting dan utama diabaikan.
• Inginkan kesempurnaan dalam segala urusan sehingga menyusahkan orang lain.
• Pengabdian yang berlebihan pada tugas-tugasnya.
• Sangat sensitif dan tidak mahu bertolak-ansur dengan hal-hal yang berkaitan dengan moral dan nilai-nilai sosiobudaya.
• Tidak mahu tugas-tugasnya diberikan pada orang lain kerana kurang yakin akan kemampuan orang lain.
• Bersikap degil dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

- Utusan

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts