Khamis, Ogos 06, 2015

Kanak-kanak 11 tahun lahir bayi di klinik swasta

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun tidak sempat ke hospital untuk melahirkan anak setelah mengadu sakit perut kepada ibunya.

Kanak-kanak itu dibawa ibunya ke salah sebuah klinik swasta di sini kira-kira jam 9 pagi dan melahirkan anak di klinik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa mengadu sakit perut kepada ibunya lalu dibawa ke klinik berkenaan sekitar jam 9 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan hampir bersalin. Namun mangsa tidak mengetahui dirinya mengandung.

“Doktor di klinik berkenaan segera memaklumkan perkara itu kepada Hospital Jempol, tetapi kanak-kanak itu tidak sempat ke hospital kerana sudah melahirkan bayi di klinik itu," katanya.

Bagaimanapun, dia selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah (HTAN).

Hamzah berkata, waris kanak-kanak ini juga membuat laporan di Balai Polis Bahau kira-kira jam 11 pagi berhubung insiden ini.

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Difahamkan, mangsa dipercayai tinggal bersama ibu bapanya di Bahau dan masih bersekolah.

Sementara itu, di KUALA PILAH, kes ini mendapat perhatian Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar.

Beliau sempat menziarah kanak-kanak itu di HTAN semalam.

Kata Norhayati, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil begitu juga dengan bayi lelakinya.

“Saya beri kata-kata sokongan dan semangat kepada kanak-kanak itu bagi mengelakkan dirinya tertekan dan trauma.
“Saya turut menasihatkan kepada ibu kanak-kanak itu supaya tabah dan menjaga anak serta cucunya dengan baik,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, hak penjagaan terhadap bayi itu masih dalam perbincangan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan keluarga tersebut.

“Perbincangan masih dilakukan, lagipun kes ini masih dalam siasatan polis.

“Kita perlu memberi laluan kepada siasatan polis untuk mencari individu yang perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga menasihatkan kepada ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak termasuk mengehadkan penggunaan telefon pintar.

“Saya bimbang, zaman serba canggih, semua maklumat ada di hujung jari. Kanak-kanak mudah terpengaruh.

“Kalau sudah berlaku perkara tidak diingini seperti ini, ia memberi kesan berpanjangan.

“Saya berharap supaya ibu bapa lebih peka perkembangan anak-anak mereka sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah,” katanya.

- Sinar Harian



Serpihan sayap di Pulau Reunion sah milik MH370


Berikut kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang dikeluarkan pada jam 1.48 pagi mengenai MH370:

Malaysia Airlines ingin menyampaikan rasa sedih yang teramat kepada keluarga dan sahabat penumpang dalam MH370 selepas mendapat berita serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai adalah sah milik MH370.
 
Ini disahkan bersama oleh pihak berkuasa Perancis, Bureau d’ Enquetes et d‘ Analyses pour la Securites de I’AviationCivile (BEA), pasukan Siasatan Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di Toulouse, Perancis dan kemudian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal sudahpun dimaklumkan dan kami melahirkan rasa simpati yang teramat kepada mereka yang terlibat. 

Ini adalah kejayaan besar untuk kami menyelesaikan kehilangan MH370. Kami menjangka dan berharap lebih banyak objek akan ditemui bagi membantu menyelesaikan misteri ini. 

Bergerak ke hadapan, keutamaan Malaysia Airlines adalah untuk terus menyediakan perkembangan dan maklumat terkini kepada keluarga dan akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa untuk siasatan dan pemulihan daripada kemalangan tragik ini. 
 
- Bernama

Rabu, Ogos 05, 2015

Hukum hisap vapor haram


Mufti Wilayah Persekutuan semalam mengeluarkan hukum bahawa menghisap rokok elektronik atau vapor yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini adalah haram dalam Islam.

Muftinya, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, keputusan itu diambil selepas meneliti laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) mendapati, ia tidak terbukti selamat digunakan dan mempunyai nikotin yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai termasuk berisiko menghidapi penyakit kanser.

Tambah beliau, jumlah nikotin yang terdapat dalam e-rokok berbeza iaitu antara enam hingga lapan miligram (ml) atau 16 hingga 18 ml sehingga 24 hingga 36 mg, namun orang ramai perlu tahu jika semua 60 ml nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok malah jumlah tersebut bersamaan 30 hingga 40 batang rokok konvensional.

15 Soalan Anak MB Johor Khaled Untuk PM Najib


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi.

Ini berikutan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung punca dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu telah disahkan bukan dari tabung 1MDB tetapi adalah sumbangan daripada penderma. Namun hasil siasatan itu tidak menyebut ia adalah derma daripada mana dan siapa.

Akmal Saufi, 28, yang juga anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertanya; "Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima wang tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri? Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan? Adakah perlu duit derma tersebut diisytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?" Akmal Saufi bertanya demikian menerusi laman Facebook miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun tegas Akmal Saufi, persoalan yang dibangkitkannya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Najib dibuat atas kapasiti peribadi.

Berikut  adalah 15 soalan yang dibangkitkan Akmal Saufi di Facebooknya:

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

- mSTAR

Isnin, Ogos 03, 2015

Uyaina juara Pencarian Nona Manis



Penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya, Naseha Uyaina Arshad, 23, (Uyaina) muncul juara Pencarian Nona Manis terbitan TV3 yang berlangsung di Shah Alam pada 2 Ogos 2015.

Kemenangan Uyaina itu sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM15,000.

Tempat kedua menjadi milik Nur Shaqira Edora Ghaffar, 24, (Edora) yang menerima wang tunai berjumlah RM10,000, tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM10,000.

Sementara Siti Maryam Hussin, 23, (Maryam) diumum sebagai pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta tajaan pakaian daripada Blossom Box Store, tudung bawal Aidijuma dan barangan kemas tajaan Habib bernilai RM2,500.

Finalis Balqish Banu Mohd Hussni, 21, dan Nurul Arifah Abdul Rashid, 22, sekadar memenangi hadiah saguhati dengan membawa pulang wang tunai RM2,500 beserta barangan kemas tajaan Habib bernilai RM2,000. Dalam program ini, Fouziah Gous bergandingan dengan Fara Fauzana dan Dayah Bakar sebagai pengacara.

Teori Serpihan Pesawat MH370


Sehari selepas penemuan tempat duduk pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang tahun laluterdampar di pantai Pulau Reunion, objek dipercayai pintu pesawat pula ditemui hari ini.

Penemuan objek itu empat hari selepas bahagian sayap pesawat ditemui di kawasan yang sama. Bagaimanapun, tiada butiran lanjut mengenai individu yang menemui serpihan pesawat itu.

Sejak pagi tadi, sebuah helikopter dikerah ke kawasan timur pulau, berdekatan Saint Andre, di mana serpihan pesawat ditemui Rabu lalu.

Bahagian sayap yang ditemui itu kini berada di Toulouse, Perancis untuk dianalisis. Keputusan awal dijangka diketahui Rabu ini. Penerbangan MH370 hilang pada Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Penemuan serpihan pesawat itu bakal merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu.

- The Telegraph


Ahad, Ogos 02, 2015

Cebisan sayap milik Boeing 777






Rekod sejarah penerbangan pesawat Boeing menunjukkan hanya tiga buah pesawat dari model 777 yang pernah terhempas di dunia dan MH370 adalah satu-satunya yang hilang di Lautan India tahun lalu.


Dua lagi pesawat dari model berkenaan yang pernah terhempas ialah MH17 juga milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine tahun lalu dan pesawat milik Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2013.

Ini dengan sendirinya meletakkan kebarangkalian cebisan dari bahagian sayap yang ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Pulau Madagascar Rabu lalu milik MH370 adalah sangat besar dan hampir pasti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Jumaat mengesahkan yang cebisan dari badan pesawat yang ditemui itu adalah milik model Boeing 777 berasaskan nombor siri '657-BB' yang tertera padanya. Maklumat itu telah dimaklumkan oleh MAS kepadanya.

Pesawat MH370 sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu apabila ia secara misteri hilang dari radar selepas berpatah balik dan kemudian menuju ke arah selatan Lautan India.
Ia tidak pernah ditemui walaupun secebis sejak itu.

Sementara itu, Robin Beaman, seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia dipetik oleh portal berita Mail Online sebagai berkata, adalah penting untuk mengkaji cangkerang yang melekat pada badan cebisan bangkai pesawat yang ditemui itu kerana ia dapat memberi indikasi berapa lama ia telah hanyut dan berasal dari kawasan mana.

Katanya setiap cangkerang adalah unik kepada kawasan-kawasan dan kedalaman tertentu dasar lautan.
Hujahnya itu disokong oleh Erik van Sebille, seorang pakar lautan di Imperial College London.

"Setiap siput atau teritip adalah unik kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja jadi dari situ para pengkaji dapat membuat telahan cebisan dari bangkai pesawat itu hanyut bermula dari kawasan mana dan ini akan memudahkan pasukan mencari memberi fokus yang lebih tepat di dalam pencarian mereka.

Pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Australia, telah menghabiskan 16 bulan yang lalu menyisir sebahagian besar selatan Lautan India iaitu tempat terakhir pesawat berkenaan dikesan oleh satelit tetapi masih gagal menemui walau sebarang bukti.

Ini menguatkan spekulasi dan teori konspiras yang MH370 tidak terhempas tetapi telah disembunyikan di satu kawasan rahsia.

Kegagalan penemuan sebarang tanda kehadiran MH370 di dasar Lautan India itu telah mendorong Kerajaan Malaysia untuk mengisytiharkan Januari lalu yang para penumpang pesawat berkenaan kesemua telah meninggal dunia.

Cebisan dari bahagian sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion itu kini telah berada di Perancis untuk dianalisa oleh para pakar. Pulau Reunion adalah bekas tanah jajahan Perancis.

Rabu, Julai 29, 2015

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2015



PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2 Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri: 1. Datuk Ahmad Maslan 2. Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN Datuk Seri Dr S.Subramanian Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
MENTERI PENDIDIKAN: Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri: 1. P.Kamalanathan 2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri: 1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: 1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: 1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: Datuk Amar Douglas Unggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 1. Datuk Alexander Nanta Linggi 2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri: 1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: 1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA: Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: Datuk Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri 1. Datuk Azizah Mohd Dun 2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri 1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN Khairy Jamaluddin Timbalan Menteri 1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Datuk Seri Azalina Othman Said 2. Nancy Shukri 3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 4. Datuk Wee Ka Siong 5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 6. Senator Datuk Seri Idris Jala 7. Tan Sri Joseph Kurup 8. Datuk Joseph Entulu Belaun 9. Datuk Seri Shahidan Kassim 10. Senator Paul Low Seng Kuan 11. Datuk Mah Siew Keong Timbalan Menteri 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki


Khamis, Julai 02, 2015

TMJ terima jet peribadi untuk hadiah hari lahir


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet peribadi daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-31 pada 30 Jun 2015.

Baginda memuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis penyerahan pesawat itu di hangar peribadi Sultan Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada laman Facebook Johor Southern Tigers.

Sumber : Kosmo!



Agrobank jadi perbankan Islam


Agrobank secara rasmi menjadi sebuah Institusi Perbankan Islam bermula 1 Julai 2015, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebagai bank pertanian tunggal di negara ini, transformasi Agrobank daripada perbankan konvensional merupakan langkah terbaik bagi meneruskan visi dan misi untuk membantu golongan petani, penternak dan usahawan yang terlibat dalam sektor pertanian.

Beliau berkata, transformasi kepada perbankan Islam itu akan dapat melengkapkan rantaian penyediaan bekalan sumber dan hasil yang patuh syariah kepada pelanggannya.

Sumber : Kosmo!

Recent Posts