Sabtu, November 23, 2013

12 Lagu Layak ke AJL 28 pada 26 Januari 2014

12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas berentap di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di Shah Alam, Jumaat.

Lagu-lagu yang layak ke AJL28 yang akan diadakan pada 26 Januari hadapan terdiri daripada Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).

Separuh akhir Muzik Muzik 28 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Kembali (Akim & Stacy), Anugerah Hidup (Estranged), Dwihati (Yuna &Aizat Amdan), Rumah Kita (Hujan) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor).

Muzik Muzik 28 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013.

Kesemua lagu diadili oleh barisan juri profesional iaitu Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.

- mSTAR

Penerima BR1M dilindungi insurans

Kira-kira 5.9 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menerima manfaat khairat kematian RM30,000 menerusi caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bermula tahun 2014.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata pihaknya kini dalam proses rundingan dengan beberapa konsortium syarikat insurans untuk tujuan itu.

“Langkah kerajaan untuk menyediakan kemudahan insurans ini bertujuan membela kebajikan rakyat, khususnya kepada penerima BR1M sekiranya mereka ditimpa sebarang kejadian tidak diingini seperti kematian atau hilang keupayaan untuk bekerja.

“Insurans ini akan diperluaskan kepada semua penerima BR1M bermula tahun depan. Bagaimanapun, penerima BR1M kategori individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 tidak layak,” katanyaselepas menghadiri Karnival Keusahawanan dan Khidmat Masyarakat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dataran Datuk Jalok, Benut, Johor.

Ketika membentangkan Bajet 2014 pada bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan menaikkan nilai BR1M, memperluaskan pemberiannya dan mencadangkan i-BR1M dengan peruntukan RM4.6 bilion yang dijangka memanfaatkan 7.9 juta penerima.

Perdana Menteri berharap i-BR1M memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

- BERITA HARIAN

Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari 2014

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.

"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja, Muar.

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.

"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014," titah baginda.

Turut berangkat isteri baginda Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isterinya Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.Johor pernah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sebelum tahun 1994.

"Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang paling awal mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan sejarah juga telah menunjukkan bahawa pengembangan agama Islam di negeri ini menjadi contoh kepada negara lain," titah baginda.

Oleh yang demikian baginda menyeru semua umat Islam di negeri ini supaya menjadikan nilai-nilai murni dan sifat terpuji orang Islam sebagai gaya hidup seharian. Baginda turut menyarankan Majlis Agama Islam Johor supaya menyediakan pusat sumber ilmu agama secara dalam talian sebagai pusat rujukan kepada semua umat Islam bagi membolehkan masyarakat mendapat maklumat yang tepat hanya daripada satu sumber yang boleh dipercayai.

Pusat itu juga boleh dijadikan medium untuk masyarakat mengutarakan segala keraguan dan persoalan agar mereka boleh mendapat jawapan serta nasihat mengikut landasan agama Islam dan selari dengan fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor.

Dalam perkembangan lain baginda turut melahirkan rasa syukur kerana Johor terus berada di dalam keadaan aman, damai dan sentosa dan rakyat dapat hidup dengan sejahtera selain menikmati pembangunan ekonomi yang pesat dan seimbang.

"Pembangunan dan kemajuan ekonomi yang kita peroleh sekarang adalah hasil daripada usaha dan kerjasama erat antara pemimpin kerajaan negeri dan pemimpin kerajaan persekutuan. "Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan bantuan, sokongan dan peruntukan dalam membangunkan kemudahan asas serta infrastruktur am untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini," titah baginda.

Baginda juga berharap rakyat di negeri ini akan sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan hidup yang dinikmati sekarang dengan bersikap sederhana dan bersatu hati bagi mengukuhkan perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat.

- mSTAR

Khamis, Oktober 31, 2013

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Tarikh Tutup : 13 Nov 2013


Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

JAWATAN:
- PEGAWAI TADBIR (KONTRAK) N48
- PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (KONTRAK) N41
- PEGAWAI TADBIR (KONTRAK) N41
- PEMBANTU LAUT A17
- PENYELIA ASRAMA N17

IKLAN JAWATAN DAN BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://job.umt.edu.my/job_online/

Tarikh Tutup : 13 Nov 2013







JAWATAN KOSONG TERKINI - 30 OKT 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 30 OKT 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Panduan Mencari Kerja, klik di sini : http://jvsecurepay.com/access/4up/28?camp_id=78

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - Tarikh Tutup : 4 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-perbadanan-kemajuan_30.html

Jawatan Kosong UiTM Perak - Tarikh Tutup : 8 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-uitm-perak-tarikh-tutup.html

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - Tarikh Tutup : 2 & 6 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-keretapi-tanah-melayu.html

Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Sarawak
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-jabatan-pertanian.html

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my



Rabu, Oktober 30, 2013

Kelantan Umum Cuti Peristiwa 4 November 2013 Sempena Final Piala Malaysia

Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 4 November sempena perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Kelantan dan Pahang, di Stadium Shah Alam, pada Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata pekeliling mengenai cuti berkenaan akan dikeluarkan, Khamis.

"Cuti peristiwa ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Rabu.

"Ia sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam, Selangor," katanya, Rabu.

Dr Zainuddin berkata ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang, bermula Jumaat.

"Kepada peminat-peminat TRW (The Red Warriors), diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini. Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat," katanya.

Perlawanan akhir itu akan diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam.

- BERNAMA



PANDUAN MENCARI KERJA

Masalah ini serius. Sukar mencari kerja.. Sukar mendapat kerja. Itu kehampaan yang ada pada graduan. Setiap tahun ratusan ribu graduan tamat pengajian dengan harapan masuk ke alam pekerjaan, tapi apa nasib mereka?

Statististik pada tahun 2012, seramai 249,612 graduan tamat pengajian di IPT dan yang mengejutkan daripada jumlah itu, 51,835 orang masih gagal mendapat pekerjaan. Masalah ini berpunca dari siapa?

>>Masalah Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan sebenarnya banyak di Malaysia. Buktinya, ramai warga asing yang berkhidmat di sini (selain buruh kasar). Antara masalah yang dikesan adalah graduan tidak menepati kehendak pasaran. Tambahan dari itu, bagi yang mendapat pekerjaan, keluhan diterima adalah ianya tidak mengikut kelayakan yang setimpal dengan kelulusan dan kemahiran graduan

Itu data yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh ketika merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2013

>>Masalah Kemahiran Cari Kerja
Peluang pekerjaan ada, tapi masalah pada graduan untuk mendapatkannya. Perkara ini dikesan melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja melalui makluman Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. Kajian mendapai, 77.14% responden mengaku memerlukan bimbingan bagi mencari pekerjaan.

Dalam kata lain, graduan kita tidak tahu bagaimana untuk mencari kerja!

>>Solusi?
Itu masalah sebahagian besar graduan. Kenapa fokus kepada masalah, fokus kepada penyelesaian. Tingkatkan kemahiran dalam mencari kerja. Itu solusi yang harus dicari oleh graduan.

Panduan dan strategi dalam mencari kerja pasaran Malaysia telah didedahkan oleh Tim Infokerjaya yang telah membantu ramai graduan berjaya sejak tahun 2009. Mereka telah menyusun satu rujukan khusus untuk membantu graduan meningkatkan kemahiran mencari kerja dalam pakej Rujukan Strategi Kerjaya


Pakej ini mengandungi komponen-komponen penting termasuk video ‘step-by-step’ bagaimana untuk graduan mencari kerja. Antara komponen penting adalah;

[+] Haluan Kerjaya Laluan Berjaya:
Ebook ini adalah komponen utama yang membincangkan keperluan persediaan Fizikal dan Mental dan bagaimana. Ianya memberikan gambaran graduan sebagai ‘penanggung hutang’ dan perlunya mencari kerja cepat. Ditunjukkan juga bagaimana untuk graduan membina Laluan Kerjaya sendiri dengan tepat dan tuntas. Semuanya berkaitan persediaan yang perlu graduan lakukan dan kelemahan yang perlu di atasi dalam perjuangan mencari kerja

[+] 13 Strategi Killer Kerjaya:
Strategi sulit ini adalah kunci bagaimana graduan dapat meletakkan diri mereka jauh lebih baik berbanding graduan biasa. Ianya adalah himpunan strategi yang disusun dengan pelan tindakan melaksanakannya. Terbukti berkesan dan ‘do-able’!

[+] Checklist Strategi Kerjaya:
Ianya adalah senarai tindakan komprehensif untuk graduan mencari kerja. Apa yang perlu ada, perlu diutamakan dan senarai tindakan pantas graduan. Dengan adalah ‘Checklist’ ini, tiada lagi kerisauan dalam persediaan melangkah mencari kerja!

[+] Contoh Resume:
Diberikan dalam format PDF khas untuk semakan dan inspirasi calon bagaimana membuat resume yang bagus

[+] 2 Template Resume:
Diberikan dalam format Microsoft Word untuk membolehkan graduan terus edit dan masukkan maklumat peribadi. Edit, print dan jadikan ianya resume anda sendiri!

[+] Panduan Mohon Kerja Online (Ebook & Video):
Menunjukkan step-by-step bagaimana mendaftar dengan portal pekerjaan di Malaysia. Latarbelakang dan servis yang disediakan oleh portal tetapi ramai yang tidak tahu. Optimasikan permohonan di portal dengan bantuan rujukan ini

Jika anda seorang graduan atau bakal graduan, siapkan diri anda dengan ‘Strategi Kerjaya’. Graduan sebelum ini mempunyai masalah kerana tiada kemahiran ini (statistik Jabatan Tenaga Buruh). Nasib anda lebih baik dengan adanya ‘Strategi Kerjaya’ ini.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pakej ini, boleh terus ke http://jvsecurepay.com/access/4up/28?camp_id=78



Isnin, Oktober 28, 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 28 OKT 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 28 OKT 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) - Tarikh Tutup : 4 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-kolej-universiti-islam.html

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kluang (MPKluang) - Tarikh Tutup : 31 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-majlis-perbandaran_27.html

Jawatan Kosong Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman - Tarikh Tutup : 14 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-pusat-latihan-teknologi.html



Sabtu, Oktober 26, 2013

Intipati Bajet 2014

Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

* Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pengangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.

* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.

* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.

* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.



* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.



* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.

* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Dis, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.



* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.



* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.


Sumber : RTM


Jumaat, Oktober 25, 2013

Faizal Ismail berhenti jadi deejay Hot FM


Faizal Ismail berhenti jadi deejay Hot FM

Penyampai radio Hot FM, Mohd. Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI meletak jawatan secara mengejut dari stesen radio itu bermula semalam.

Penyampai radio berusia 37 tahun itu membuat pengakuan mengenai peletakan jawatan itu menerusi akaun Twitternya.

Ia berbunyi:

"Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini pada 24 Oktober 2013."

Beliau turut mengemas kini isu peletakan jawatan itu di dalam akaun Facebook miliknya.

- KOSMO!

 

Rabu, Oktober 23, 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 23 OKT 2013

JAWATAN KOSONG TERKINI - 23 OKT 2013

Sila like dan share FB Jawatan Kosong Terkini : http://www.facebook.com/jawatankerjakosongterkini

Kepada calon yang akan menghadiri temuduga kerja, boleh mendapatkan Panduan Lulus Temuduga Kerja di : http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=my

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Tarikh Tutup : 4 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-lembaga-getah-malaysia.html

Jawatan Kosong Lembaga Air Sibu (SWB) - Tarikh Tutup : 31 Okt 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-lembaga-air-sibu-swb.html

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) - Tarikh Tutup : 1 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-majlis-perbandaran_23.html

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - Tarikh Tutup : 4 Nov 2013
http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2013/10/jawatan-kosong-perbadanan-kemajuan.html