Ahad, November 25, 2012

Allah pemberi rahmat

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SETELAH Allah SWT menyebut pelbagai nikmat-Nya yang dikurniakan kepada sekalian hamba-Nya, antaranya Dia menghidupkan bumi yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, kemudian Dia menyebut pula nikmat-nikmat-Nya yang lain seperti; menciptakan jalan-jalan yang terdapat di lautan atau di daratan sehingga manusia mampu menggunakan jalan tersebut untuk mencari rezeki walaupun di negeri yang jauh.

Firman Allah SWT: Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat. (Yasin: 41)

Ibnu Kathir berkata: "Perahu yang dipenuhi barang-barang dan haiwan yang berpasang-pasangan diperintahkan oleh Allah SWT. Demikian yang dikatakan oleh Sa'id bin Jubair, al-Sya'bi, Qatadah dan al-Suddi sedangkan al-Dahak dan Ibnu Zaid berkata: Iaitu perahu Nuh as."

Al-Sabuni berkata: "Pada mukadimah ayat ini, ditanggung dengan tiga makna iaitu pengajaran bagi mereka. Ini kerana pada ayat-ayat Allah penuh iktibar. Yang kedua nikmat ke atas mereka. Ini kerana pada ayat-ayat penuh dengan pemberian nikma dan ketiga peringatan bagi mereka. Ini kerana pada ayat-ayat Allah penuh dengan peringatan."

Berkenaan dengan dua dhomir (ganti nama) berlainan seperti yang dinukilkan oleh al-Mahdawi. Adapun pendapat yang lain, dua dhomir kembali kepada penduduk Mekah.

Al-Maraghi berkata: "Antara tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ialah Dia menjadikan manusia mampu mengenderai kapal-kapal yang dimuatkan dengan pelbagai jenis barang dagangan dalam bentuk bahan makanan dan lain-lain yang mereka angkut dari satu daerah ke daerah yang lain."

Sekiranya Dia tidak melakukan demikian, tentu manusia tidak akan mempunyai keturunan dan generasi untuk meneruskan kehidupannya.

Firman Allah SWT: Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. (Yasin: 42)

Terdapat tiga pandangan ulama iaitu Al-Aufi berkata daripada Ibnu Abbas ra yang dimaksudkan adalah unta. Ini kerana unta bahtera daratan yang digunakan membawa sesuatu dan ditunggang.

Riwayat yang lain, unta dan segala binatang yang boleh ditunggang. Ia bermaksud kapal atau perahu. Pendapat ini juga dinyatakan oleh Abu Malik termasuk perahu yang kecil.

Al-Maraghi berkata: "Kami ciptakan pula kenderaan lain yang dapat dikenderai di daratan seperti unta yang mampu menempuh perjalanan di padang pasir. Ini berdasarkan seperti yang dikatakan oleh seorang penyair Unta diibaratkan kapal-kapal di daratan. Padang pasirnya diibaratkan lautan."

Dalam ayat ini Allah SWT tidak menentukan apa sahaja yang dikenderai oleh manusia, tetapi Dia menyebutkan ma yarkabun, kerana Dia Maha Tahu pelbagai kenderaan yang akan dicipta oleh manusia. Justeru, dianggap sebagai mukjizat selain al-Quran.

Berdasarkan ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa Allah Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. Boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak-Nya.

Menariknya al-Quran membuka minda manusia supaya berfikir berkenaan dengan kekuasaan Allah melalui pengamatan segala ciptaan-Nya. Ini sudah tentu membawa keinsafan kepada semua manusia yang mengambil iktibar dan pengajaran.

Begitu juga Allah SWT mengisahkan betapa perjalanan masa mengikut ketentuan-Nya yang boleh melakukan apa sahaja.

Oleh itu, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku dan juga hasil ciptaan Allah SWT yang boleh mendekatkan kita kepada-Nya.

- UTUSAN

Sabtu, November 24, 2012

Saluran TV wanita bakal dilancar

Saluran televisyen wanita pertama di negara ini, Femina Channel bakal dilancarkan bagi mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata langkah itu amat bertepatan dalam membantu merealisasikan aspirasi kerajaan mencapai status negara maju.

Sambil memuji usaha berkenaan, beliau berkata saluran televisyen adalah perantara utama komunikasi yang berupaya mempengaruhi cara masyarakat berfikir.

Penuhi citra tempatan

“Pengisian saluran TV perlu memenuhi citra tempatan tanpa membelakangkan budaya luhur. Hala tuju dan gerak kerja rancangan perlu dipantau bagi memastikan apa yang ditayangkan kepada umum bukan sekadar hiburan malah mendidik masyarakat dalam pelbagai ilmu kehidupan.

“Saya menaruh harapan supaya saluran Femina ini mampu memperkasa peranan serta pencapaian wanita di Malaysia serta menjadi landasan menyampaikan maklumat berfaedah.” katanya pada majlis pelancaran Femina Channel di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Serdang.

Saluran itu bakal dipancarkan secara percuma, bagaimanapun ia hanya akan memulakan tayangan percubaan awal tahun depan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Panomax Malaysia, Mohd Johari Mohd Noor, berkata Saluran Femina adalah saluran berkonsepkan kekeluargaan khusus untuk wanita di negara ini serta rantau Asia.

Katanya, program yang bakal disiarkan sesuai untuk tatapan golongan hawa dan akan diadun secara kreatif dan inovatif supaya mesej yang disampaikan lebih berkesan dan selaras dengan kematangan pemikiran penonton.

- BERITA HARIAN

Jumaat, November 23, 2012

Planet Makemake tiada atmosfera



Sebuah planet kecil dalam sistem suria Bima Sakti didapati tidak mengandungi atmosfera, menurut laporan jurnal Nature kelmarin.

Sekumpulan saintis menyatakan dalam artikel jurnal tersebut bahawa penemuan itu dilakukan menerusi ukuran cahaya di planet berkenaan.

Ukuran tersebut diperoleh daripada data-data yang dikumpulkan oleh beberapa teleskop besar.

Makemake merupakan antara empat planet kecil yang terdapat dalam sistem galaksi Bima Sakti.

Planet tersebut ditemui pada 2005.

Suhu di planet itu ialah -240 darjah Celsius.

- Agensi 

Khamis, November 22, 2012

Kemahiran dan kualiti guru dipertingkat

Mulai tahun depan, program Pembangunan Profesional Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat antarabangsa.

Katanya, profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan pembangunan kerjaya.


Justeru, ia perlu selari dengan visi dan misi negara ke arah menyediakan rakyat berilmu dan berkemahiran.

Dilatih jadi pemikir

Katanya, bagi melahirkan guru berkemahiran abad ke-21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, mereka perlu dilatih menjadi pemikir dan berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai usahawan.

“Dalam dunia kompetitif hari ini, kelebihan daya saing terletak kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan imiginatif,” katanya merasmikan Konvensyen Antarabangsa Institut Pendidikan Guru Malaysia Dalam Pembelajaran dan Pembangunan Guru di sini, semalam.
Muhyiddin berkata, kemahiran berfikir, pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi serta keyakinan kendiri perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik serta mampu berfikir secara mencapah (divergent thinking) bagi menerokai kebenaran.

Katanya, dalam konteks pembangunan kerjaya guru, ia merentasi beberapa laluan dengan kemajuan dinilai berasaskan kompetensi, bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan semata-mata.

Sistem perlu mekanisme

Muhyiddin juga berkata, sistem pendidikan negara perlu mempunyai mekanisme untuk menentukan guru yang dilahirkan benar-benar kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan.

Katanya, transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, iaitu satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru.

Bagi melaksanakannya, beliau berkata, kementerian perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru cemerlang.

- BERITA HARIAN

Yayasan Keamanan Global Perdana lancar Tabung Kecemasan Gaza


KUALA LUMPUR 20 Nov. - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan Tabung Kecemasan Gaza bagi membantu penduduk di wilayah itu selepas tindakan Israel melancarkan serangan bom yang menyaksikan jumlah korban kini meningkat kepada lebih 100 orang.

Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin di Gaza akibat kezaliman rejim Israel turut mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

"Kita sendiri tidak ada jaringan itu, sebab itu kita sanggup mengagihkan sumbangan yang akan diterima dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sama ada di dalam atau luar negara yang boleh menolong penduduk di Gaza.

"Walaupun kita tidak mampu untuk membantu dari segi ketenteraan, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia boleh memberikan sumbangan bagi meringankan beban dan penderitaan penduduk Palestin di Gaza yang telah dinafikan makanan, pakaian dan ubat-ubatan oleh pihak rejim Zionis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Tabung Kecemasan Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai pula memberitahu, pihaknya telah membelanjakan kira-kira RM500,000 dalam membekalkan air dan juga RM300,000 untuk pakaian serta peralatan kepada penduduk di Gaza.

"Hari ini juga PGPF telah menyumbangkan sebanyak RM100,000 kepada Prof. Paola Manduca wakil Medical Aid of Palestine.

"Kami juga akan terus memberikan sumbangan kepada NGO-NGO terlibat bagi membantu sebanyak mungkin penduduk Palestin yang kini dizalimi oleh rejim Israel," ujarnya.

Sementara itu, bagi mana-mana individu atau badan korporat yang ingin menyumbang dalam Tabung Kecemasan Gaza boleh menghubungi talian 03-2092 7248 atau layari laman web www.perdana4peace.org untuk maklumat lanjut.

- UTUSAN

Makanan untuk pesakit diabetes

Pilihan makanan menjadi antara halangan besar bagi pesakit kencing manis atau diabetes menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Banyak jenis makanan kegemaran yang terpaksa mereka ketepikan kerana memikirkan kandungan gula yang terdapat di dalam makanan itu.

Bagaimanapun dengan pelancaran buku resipi Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) dengan kerjasama MAD, kini penghidap diabetes dapat menikmati makanan yang mereka sukai berpandukan kepada buku tersebut.

Mengandungi 12 resipi pencuci mulut Melayu, Cina, India dan Barat, resipi yang dicipta oleh Chef Amy Beh dan maklumat pemakanan yang disediakan oleh pakar nutrisi, Madhavi Rai itu amat sesuai bagi pesakit diabetes.

Pengarah Perubatan syarikat farmaseutikal MSD, Dr. Yeoh Boon Hock yang ditemui semasa majlis pelancaran buku resipi yang dinamakan Raikan - Buku Masakan Pencuci Mulut berkata, tiada sebab pesakit diabetes tidak boleh menikmati makanan mereka.

''Sudah bertahun-tahun kami bekerja rapat dengan PDM bagi mendidik orang ramai tentang senaman dan kepentingan pemakanan yang sihat.

"Ramai menyangka makanan yang berkhasiat itu tidak menyelerakan. Oleh itu, kami menerbitkan buku masakan yang mengandungi resipi yang bukan sahaja lazat tetapi berkhasiat dan sesuai seisi keluarga.

''Sangkaan bahawa pesakit diabetes tidak boleh menikmati makanan adalah salah kerana mereka hanya perlu memilih makanan dengan lebih berhati-hati,'' katanya.

Chef Amy pula berkata, sebagai chef, beliau mahu setiap orang menikmati makanan yang digemari mereka tanpa ada kerisauan.

"Saya sentiasa berusaha menyediakan resipi pencuci mulut yang mungkin masih manis namun sesuai untuk mereka yang perlu menjaga aras gula darah mereka," katanya.

Madhavi yang juga jurulatih kecergasan pula berkata, ramai yang menganggap bahawa gula dan pencuci mulut ialah musuh ketat.

''Mereka tidak sedar bahawa badan kita juga mampu mendapat gula daripada jenis-jenis makanan lain seperti roti, nasi dan buah-buahan.

"Oleh itu walaupun memakan buah-buahan itu bagus namun jika terlalu banyak boleh meninggikan aras gula darah,'' kata Madhavi.

Turut hadir pada majlis pelancaran buku tersebut ialah Penolong Setiausaha Agung PDM, K.S. Maniam.

Sempena pelancaran buku masakan tersebut, sebanyak 5,000 naskah boleh didapati secara percuma di semua pusat PDM, farmasi, klinik dan pusat diabetes seluruh Malaysia.

- UTUSAN

Parlimen Malaysia lulus usul kecam Israel

Kuala Lumpur: Parlimen semalam sepakat meluluskan usul tergempar mengecam serangan kejam Israel ke atas wilayah Palestin, di Gaza.

Seramai 10 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional (BN), pembangkang dan Bebas yang mengambil bahagian dalam perbahasan senada menyokong usul Datuk Seri Najib Razak yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Persidangan juga menerima 10 ketetapan, termasuk menzahirkan sokongan padu warga Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara merdeka dan berdaulat.

Tindakan angkuh

Perdana Menteri berkata, tindakan Israel melancarkan operasi ‘Pillar of Defence' sejak 14 November lalu melalui pengeboman dari udara, laut dan darat secara besar-besaran di beratus kawasan Gaza adalah tindakan angkuh tanpa belas ihsan terhadap warga Palestin.

“Sebagai negara yang sekian lama lantang memperjuang rakyat Palestin, kita harus bersepakat menjelaskan kepada dunia mengenai pendirian Malaysia terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan Rejim Zionis ke atas saudara kita di Palestin, terutama di Gaza yang ketika ini dizalimi," katanya.

Najib berkata, serangan Israel mencabuli undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia, kemanusiaan antarabangsa, Piagam PBB dan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

Tolak keganasan

Katanya, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alasan bagi penggunaan kekerasan secara tidak seimbang, sembarangan dan melampau ke atas wilayah Palestin, sekali gus menolak hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin di Gaza.

"Rakyat Malaysia sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan PBB menghentikan serta merta keganasan Israel," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak berputus asa, sebaliknya akan berusaha dan bekerjasama dengan negara bersependapat untuk meminta Presiden Perhimpunan Agung PBB mengadakan sidang tergempar berlandaskan Resolusi 377 A (V) 1950 - `Uniting For Peace' jika Majlis Keselamatan PBB masih berdiam diri.

“Kementerian Luar akan memastikan Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di New York terus mengetengahkan perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai sebuah negara merdeka dan berdaulat.

“Usul ini ialah satu daripada cara Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai negara prihatin terhadap warga Palestin di Gaza yang ditindas oleh rejim Zionis Israel,” katanya.

- BERITA HARIAN

Naik gred secara automatik diperluas - KSN

Seramai 1.42 juta kakitangan awam berpeluang menikmati kenaikan gred tanpa temu duga berikutan cadangan kerajaan memperluaskan kenaikan gred secara automatik.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata cadangan menaikkan gred berdasarkan ‘time base’ itu sedang diteliti sebelum dilaksanakan untuk semua sektor awam.
"Cadangan ini sedang dikaji dan kita akan perkenalkan secara menyeluruh selepas semua kekangan terutama dari segi perbelanjaan dikaji sepenuhnya. Kita kena ambil kira hasil dan perbelanjaan negara,” katanya.

Beliau berkata pihaknya perlu menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

"Suruhanjaya khas itu sedang mengkaji cadangan berkenaan dan akan menyerahkan laporan mengenai skim kerajaan serta perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Majlis Amanat dan Sesi Interaksi bersama Penjawat Awam Daerah Kluang, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan, di Kluang semalam.

Sebelum ini, hanya penjawat awam di sektor pendidikan dan kesihatan menikmati kenaikan gred berdasarkan time base tanpa perlu menghadiri temu duga.

- BERITA HARIAN

Rabu, November 21, 2012

i-FURQAN QURAN DIGITAL TERCANGGIH DENGAN PAKEJ LENGKAP


i-Furqan Digital Quran Tercanggih 
http://www.ifurqandigital.com/hop.php?ref=my

Tiada Alasan Untuk Tidak Membaca Al-Quran Setiap Hari

Dengan bantuan alat yang berteknologi terkini bakal memudahkan hidup dan membantu meningkatkan amalan membaca Al-Quran anda

Dalam kita mengejar kejayaan kehidupan di dunia ini jangan lupa bahawa akhirat adalah misi utama kita namun begitu atas alasan kesibukan inilah yang seringkali menghalang kita dari melakukan lebih amal ibadat dan ini termasuklah amalan membaca Al-Quran.

Tahukah anda secara majoritinya orang Islam kini tidak membaca Al-Quran setiap hari. Jika ada pun mungkin seminggu sekali sahaja. Itupun kerana di masjid, surau atau madrasah di kawasan kejiranan kita pada setiap malam Jumaat ada membaca surah Yaasin secara berjemaah.

Alasan-alasan yang popular

Ada pelbagai alasan yang diberikan jika ditanyakan kenapa tidak membaca Al-Quran setiap hari. Sebahagian dari alasan-alasan yang diberikan adalah tiada masa... :

- Sangat-sangat sibuk sehingga tiada masa untuk diperuntukkan bagi membaca Al-Quran. Bekerja dari awal pagi hingga ke malam hari.
- Bagi wanita pula alasannya pun sama. Pulang dari kerja terpaksa menguruskan anak-anak pula.
- Hujung minggu pula ingin memperuntukkan masa untuk keluar bersama keluarga pula.

Yang paling menyedihkan ada juga yang menyatakan bahawa bila sudah bersara nanti barulah akan mula membaca Al-Quran kerana waktu itu sudah ada kelapangan.

Islam sememangnya menyarankan agar umatnya membaca Al-Quran setiap hari disamping mengikuti ajarannya kerana jika seorang hamba Allah itu tidak melakukan sedemikian maka mudah untuk ia lupa kepada cara serta hukum-hakam dalam bacaan Al-Quran.

Akibatnya mulalah kita membaca Al-Quran tersebut dengan bacaan yang merangkak-rangkak. Apabila ini berlaku semangat atau motivasi untuk mebaca Al-Quran akan semakin menghilang dari dalam diri kita.
Paling menyedihkan ada juga yang berlaku dikalangan umat Islam sendiri dimana lupa terus dan tidak dapat untuk membaca Al-Quran kerana bertahun lamanya tidak membaca Al-Quran. Sesuatu harus dilakukan dan perkara ini tidak boleh terus dibiarkan menjadi serius. Bak kata pepatah jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.

Teknologi Mampu Beri Jalan Penyelesaian

Sememangnya Islam amat menggalakkan umatnya untuk memperkayakan dirinya dengan pelbagai ilmu termasuklah penguasaan terhadap teknologi-teknologi terkini.
Teknologi dihasilkan bagi samada untuk selesaikan masalah manusia mahupun bagi memudahkan kehidupan manusia terutamanya dalam melakukan ibadat pada Tuhan.
Kini cerdik pandai dalam teknologi telah menghasilkan alat yang boleh membantu ramai umat Islam dalam amalan membaca Al-Quran. Alat ini bukan sekadar membantu penggunanya untuk membaca Al-Qjuran malah ianya mampu membantu penggunanya untuk :

- Memperbaiki tajwid bacaan Al-Quran
- Memperbetulkan sebutan-sebutan bacaan
- Menghafal ayat-ayat Al-Quran yang ingin dihafal

Rekaan alat ini seolah-olah sebatang pen dan apabila hujung mata pen ini diletakkan pada ayat-ayat Al-Quran maka pen ini akan mengeluarkan bunyi bacaan bagi ayat yang ditunjukkan itu.

Bacaan tersebut boleh kita boleh ulang semula berkali-kali. Bacaan yang diperdengarkan itu merupakan bacaan yang tepat dan betul kerana ianya adalah rakaman bacaan dari qori-qori pilihan yang amat terkenal dan tersohor.
Apa yang menariknya tentang alat ini adalah ianya boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Jika anda betul-betul tidak mempunyai masa untuk membaca Al-Quran maka anda boleh gunakan pen ini yang boleh disambungkan kepada ’ear-phone’ dan anda boleh mendengar bacaan Al-Quran pada bilka-bila masa dan dimana sahaja.

- Ketika memandu
- Sambil berjalan-jalan
- Sambil-sambil mengemas rumah
- Sambil melakukan kerja di pejabat

Jadi jika anda kata bahawa anda tiada masa atas alasan terlalu sibuk sekurang-kurang anda mendengar bacaan Al-Quran terus di telinga anda setiap hari. Dengan alat yang direka ini anda boleh:

- Membaca Al-Quran
- Mendengar bacaan Al-Quran
- Mendengar bacaan Al-Quran serta membacanya

I-Furqan : Inovasi Alat Bantuan Membaca Al-Quran

Dalam pasaran sekarang terdapat satu jenama produk yang dinamakan sebagai I-Furqan. I-Furqan merupakan satu inovasi dari ciptaan teknologi terkini dalam membantu umat Islam untuk membaca Al-Quran setiap hari.

Set I-Furqan ini mengandungi :

- Sebuah Al-Quran (Rasm Uthmani; Saiz “A5”)
-  Sebuah Muqaddam (Juzuk Amma, Yasin, Alif Ba Ta, doa harian dan bacaan solat)
- Sebuah panduan doa Haji dan Umrah.
- Pen Reader (4 GB). Inilah pen yang akan memperdengarkan bacaan Quran yang betul mengikut ayat yang anda tunjuk.
- Earphone. Jadi jika anda tidak mahu mengganggu orang lain anda boleh gunakannya.
- USB Cable. Anda boleh download atau upload fail. (Komputer mahupun thumb drive)
- Charger. Jadi anda tak perlu bateri.
- Neck Strap

Apa yang istimewa tentang I-Furqan ini adalah dimana :

1)    Terdapat 4 pilihan bacaan daripada Qari yang masyhur seperti:
b.    Sheikh Mohammed Siddiq Al-Minshawi
c.    Sheikh Abdullah Al-Khulaifi
d.    Sheikh Abdul Rahman As Sudais

2)    Mempunyai terjemahan ayat dalam Bahasa Melayu. Jadi anda tidak perlu untuk cari kitab terjemahan yang lain. Semuanya ada dalam I-Furqan.

3)    Kualiti rakaman suara yang bermutu tinggi.Bunyi bacaan yang jelas akan memudahkan anda dan tidak teragak-agak bunyi bacaan yang keluar.

4)    Boleh mendengar melalui ‘speaker’ pada pen atau ‘earphone’. Jika anda rasa tidak mahu mengganggu orang lain maka ‘earphone’ yang disediakan boleh membantu anda.

5)    Mesra pengguna, mudah dibawa bersama beg eksklusif. Tidak kisah ke mana pun anda pergi atau berada I-Furqan sangat mudah untuk dibawa atau pun untuk digunakan. Jika anda tidak mahu membaca anda boleh sahaja mendengar sahaja.

6)    Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia. Oleh itu anda tidak perlu risau keasliannya.

7)    4 GB built in memory dengan sokongan Mirco SD.

8)    Menggunakan “Lithium Built in Baterry”. Bateri ini boleh dicas semula. Jadi tidak perlu beli bateri lain.

9)    Boleh rakam suara bacaan anda dan anda boleh bandingkannya dengan bacaan qori yang terpilih.

Seperti yang dinyatakan bahawa kini tiada alasan lagi untuk tidak membaca Al-Quran setiap hari. Satu hari satu ayat pun sudah memadai kerana yang penting adalah anda ada membacanya dan membacanya setiap hari.

Ianya terletak kepada diri kita sendiri dan jika kita masih beralasan lagi bermakna kita sememangnya tidak mahu melakukannya. Letak jauh-jauh segala alasan tersebut dan cuba yang terbaik sekurang-kurang satu ayat setiap hari. I-Furqan boleh bantu anda untuk merealisasikannya.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang I-Furqan atau membuat pembelian secara dalam talian (on-line), terus ke : http://www.ifurqandigital.com/hop.php?ref=my

KWSP Mulakan Kempen Iklan Promosikan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memulakan kempen pengiklanan untuk menggalakkan lebih ramai ahli untuk mengambil skim Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun.

Skim itu bertujuan memanjangkan simpanan pencarum ke tempoh yang lebih lama memandangkan purata jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata seiring dengan perkembangan negara ke arah status negara maju menjelang 2020 dengan penambahbaikan yang luar biasa kepada status sosioekonominya, rakyat Malaysia kini menikmati jangka hayat yang lebih baik.

"Sehubungan itu, ahli-ahli KWSP dinasihatkan merancang simpanan persaraanmereka dengan lebih berhemat agar kehidupan mereka lebih terjamin dari segi kewangan pada ketika usia emas masing-masing," kata beliau dalam satu kenyataan.

Nik Affendi menggesa agar ahli-ahli tidak mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun sekali gus tetapi mengeluarkannya menerusi pilihan yang lebih fleksibel.

"Di bawah skim Pengeluaran Fleksibel Usia 55 Tahun, beberapa pilihan ditawarkan bagi membolehkan ahli-ahli menguruskan dengan baik simpanan persaraan masing-masing.

"Ahli-ahli boleh pelbagaikan jumlah kekerapan dan pengeluaran, yang termasuklah pengeluaran sebahagian ataupun bulanan, atau juga boleh meminta gabungan daripada kedua-duanya," kata beliau.

Skim itu akan melindungi ahli-ahli dalam tempoh jangka panjang untuk pendapatan biasa yang konsisten dan sekira berlakunya kecemasan, ahli-ahli boleh mengeluarkan lebih simpanan untuk keperluan segera yang ia perlukan.

- BERNAMA

Kamera AES diletak di 'kawasan hitam'

Semua 831 lokasi pemasangan kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) disahkan sebagai kawasan hitam atau kawasan yang mencatatkan kadar kemalangan tertinggi di negara ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jaafar Mohamed kepada BH semalam, sekali gus menafikan dakwaan lokasi pemasangan kamera itu sengaja diwujudkan untuk memerangkap pengguna jalan raya.

Beliau berkata, senarai kawasan berbahaya itu diperoleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Daripada senarai itu, mereka lakukan penyelidikan dan mengenal pasti 831 lokasi yang dianggap paling kritikal kerana kadar kemalangan yang lebih tinggi berbanding kawasan lain, katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas keraguan sesetengah pihak mengenai pemilihan lokasi pemasangan kamera berkenaan yang dikatakan hanya bertujuan memerangkap pengguna jalan raya.

Jaafar berkata, walaupun kawasan itu dikenal pasti oleh MIROS, pemilihan akhir dilakukan kerajaan selepas mengambil kira laporan kadar kemalangan yang disediakan oleh PDRM.

Jadi dakwaan lokasi itu direka untuk memerangkap pengguna jalan raya supaya disaman memang tidak tepat dan sangat tidak berasas.
Semua maklumat itu dibuat berdasarkan data kemalangan dari simpanan PDRM, katanya.

Pemasangan kamera AES sehingga kini mendapat maklum balas negatif dari orang ramai walaupun keberkesanannya dalam mengurangkan kemalangan dan meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya telah terbukti.

Satu kajian keselamatan jalan raya peringkat global yang dijalankan oleh Perancis mendapati penggunaan kamera AES mampu mengurangkan kadar kemalangan sehingga 48 peratus berbanding negara yang tidak menggunakan sistem itu.

- BERITA HARIAN

Recent Posts