Sabtu, September 29, 2012

Bajet 2013: 170,000 individu tak perlu bayar cukai pendapatan

 Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan kadar satu mata peratusan bagi golongan tersebut mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Beliau berkata langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

"Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan telah menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang sahaja yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

- BERNAMA

Bajet 2013: Subsidi Gula Dikurangkan 20 Sen Sekilogram Bermula 29 September 2012

Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula Sabtu, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, PerdanaMenteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripadapersatuan pengguna dan pengamal kesihatan.

"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sensatu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketikamembentangkan belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikanharga sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram,RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan kaliterakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30sekilogram sehingga kini.

Kenaikan itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaanseperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta hargapasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu hargabarang.

Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniagatidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangansebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

"Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambilsecara berlebihan ia mampu menjadi racun," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuotapenggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini.

- BERNAMA

Bajet 2013: Bakal Pegawai ATM Disyarat Ada Ijazah Sarjana Muda Kepujian

 Individu yang berminat untuk menjadi pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disyaratkan memiliki kelulusan ijazah sarjana muda kepujian dalam mana-mana bidang sebelum menyertai pasukan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu,berkata syarat baharu itu bertujuan memastikan ATM mempunyai modal insanberpengetahuan dan berkemahiran tinggi sesuai dengan keperluan semasa duniaketenteraan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Najib berkatakerajaan juga menetapkan bagi askar laskar, kelayakan masuk minimum turut ditingkatkan ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma berdasarkan skop dan bidang tugas.

Terdahulu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempraktik syarat kemasukansebagai pegawai dalam pasukan itu perlu memiliki kelulusan sekurang-kurangnyaijazah sarjana muda dalam mana-mana bidang bermula tahun lepas.

Sebelum ini pegawai yang dilantik ke dalam pasukan ATM hanya memegang SPMatau setaraf dengannya.

Perdana Menteri berkata keunikan dalam perkhidmatan ATM juga diambil kiradan untuk itu kerajaan bersetuju meningkatkan peluang kenaikan pangkatanggotanya melalui kaedah 'time-based' di mana anggota berpangkat prebet bolehdinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh lapantahun.

Najib berkata kenaikan pangkat itu juga turut mengambil kira prestasi sertasyarat-syarat tertentu yang telah dipenuhi anggota berkenaan.

Beliau berkata penambahbaikan skim perkhidmatan ATM juga bagi membolehkansetiap anggota meningkatkan peluang memajukan diri dalam kerjaya selainmemotivasikan anggota ATM.

"Usaha ini akan memberi faedah kepada seramai 78,123 anggota dan melibatkanperuntukan sebanyak RM107 juta," katanya.

- BERNAMA

Bajet 2013: 125,708 Pegawai Tentera ATM Terima Insentif Khas RM200

Seramai 125,708 pegawai dan anggota Angkatan Tentera akan menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan bermula 1 Januari depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2013 pada Jumaat berkata bayaran insentif khas itu membabitkanperuntukan sebanyak RM301 juta.

Beliau berkata bagi menghargai peranan pasukan simpanan angkatan tentera,elaun bertugas anggota biasa dan pegawai turut dinaikkan kepada RM6 dan RM7.80sejam daripada hanya RM4 dan RM5.80 sejam sebelum ini.

"Penyelarasan elaun ini melibatkan 65,000 anggota simpanan tentera membabitkan Askar Wataniah, dan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara serta pasukan Rela, JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) dan anggota sukarelawan polis (PVR)," katanya di sini.

Bagi meringankan beban 224,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatansetelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen, Najib berkata kerajaan akan memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 secara 'one-off' atau dibayar sekali sahaja kepada mereka.

Beliau berkata pemberian melibatkan peruntukan sebanyak RM224 juta itu akandikongsi bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM12 jutabagi memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok kepada anggotatentera dan polis yang sedang berkhidmat.

Skim itu akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM15,000 kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis yang sedang bertugas, katanya.

- BERNAMA   

Bajet 2013: 123,000 Unit Rumah Mampu Milik Dibina Tahun 2013

Sebanyak 123,000 unit rumah harga berpatutan akan dibina di kawasan-kawasan strategik tahun depan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Jumaat.

Untuk itu, kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membolehkan inisiatifitu dilaksanakan oleh Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat PerumahanNasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.

Sebanyak RM500 juta akan dibelanjakan PR1MA untuk membina 50,000 unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan harga jualan antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" diDewan Rakyat di sini.

Antara bandar utama itu ialah Kuala Lumpur, Shah Alam (Selangor), Johor Baharu (Johor), Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang).

"Kerajaan sedar, perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan asas paling utama kepada rakyat. Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang memiliki rumah mereka sendiri.

"Ini bukan sahaja satu imperatif yang bersifat ekonomi, malahan ia adalahimperatif moral bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Oleh itu, kerajaanmenjadikan hasrat ini sebagai keutamaan berterusan," katanya.

Perdana menteri berkata di samping itu, PR1MA juga akan menyediakan Dana Pemudah Cara Perumahan berjumlah RM500 juta untuk membina 30,000 unit rumah secara usaha sama dengan pemaju perumahan swasta.

Harga rumah yang ditawarkan di bawah program ini adalah 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasaran dan proses pengagihan rumah akan dilaksanakan secara sistem pengundian terbuka, katanya.

Beliau berkata sebanyak RM320 juta diperuntukkan melalui SPNB untuk membina22,855 unit kediaman termasuk apartmen kos rendah dan sederhana, rumah mesrarakyat serta rumah mampu milik.

"Projek perumahan yang SPNB akan laksanakan segera termasuk membina 1,855 unit apartment kos sederhana dengan keluasan 850 kaki persegi di Shah Alam dan Sungai Buloh yang akan dijual pada harga sekitar RM120,00 hingga 220,000 seunit," katanya.

Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, Najib berkata SPNB akan membina 21,000 unit rumah untuk tahun 2013 yang berharga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus, katanya.

Selain itu, peruntukan sejumlah RM543 juta akan disediakan untuk Jabatan Perumahan Negara melaksanakan 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 20,454 unit rumah yang akan dibina menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS), yang akan dijual antara RM30,000 hingga RM40,000 seunit berbanding harga pasaran sekitar RM120,000 seunit.

"Dua puluh peratus daripada keseluruhan unit rumah PPR kepada penjawat awamdan sebahagian kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya.

Najib berkata bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumahpertama, Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancar melalui Belanjawan lepas akanditambah baik dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan daripadaRM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suamiisteri.

Syarat keperluan simpanan tiga bulan deposit serta tempoh minimum bekerjaenam bulan akan dimansuhkan, katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan juga bercadang melanjutkan pengecualian duti setem sedia ada sehingga 31 Dis 2014 dengan had kelayakan harga rumah dinaikkan sehingga RM400,000.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan bersetuju untuk menetapkan wang prosesyang dikenakan bagi setiap permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 tanpa mengambil kira jumlah pinjaman yang dipohon.

Pada masa ini, wang proses yang dikenakan bagi setiap permohonan pinjaman perumahan penjawat awam adalah sebanyak RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman yang dipohon bagi pinjaman kali pertama dan RM2 bagi pinjaman kali kedua.

Perdana Menteri berkata Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan disusun semula dan kerajaan akan melantik panel bank komersial untuk menguruskan pinjaman perumahan kerajaan yang baru berkuatkuasa Januari tahun hadapan sebagai sebahagian daripada usaha konsolidasi fiskal dan mengurangkan beban tanggungan kewangan kerajaan.

Beliau berkata segala manfaat dan bantuan sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam akan tetap dikekalkan malah ditambah baik dan penjawat awam masih tetap membayar empat peratus kadar faedah ke atas pinjaman perumahan.

Najib berkata pada masa ini, kerajaan meminjam sebanyak RM6 bilion setahununtuk membiayai keperluan pinjaman perumahan penjawat awam yang diuruskan olehBPP, Kementerian Kewangan.

- BERNAMA

Bajet 2012: Diskaun 10-20 Peratus Bagi Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 September 2013.

"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanyaketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Perdana Menteri turut mengingatkan para peminjam bahawa hukum membayarhutang adalah wajib dan pinjaman PTPTN merupakan satu amanah.

"Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidakdibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan," katanya.

Sehingga Februari lepas, PTPTN telah meluluskan pinjaman kepada 1.95 jutapelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, membabitkan peruntukan lebih RM44 bilion.

Daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus daripada peminjam tabung itu telahmelunaskan pinjaman masing-masing berikutan pendekatan PTPTN yang memperkenalkaedah bertolak ansur dan memujuk untuk membayar hutang.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan cadangan untuk memansuhkan keseluruhanPTPTN adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau mempersoalkan cadangan itu dan bertanya siapakah yang akan menanggunglebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan.

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkahkita yang berhutang, masyarakat yang menanggung? Itulah persoalannya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata kerajaan turut mencadangkanpelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusipengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.

Katanya langkah itu diambil kerana kerajaan prihatin dengan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa, selain merupakan satu pelaburan untuk meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat kepada negara di masa depan.

Bagi menggalakkan sikap menabung untuk pendidikan, Perdana Menteri berkatapelepasan cukai sebanyak RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000.

- BERNAMA

Bajet 2013: Belia Nikmati Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Bimbit Pintar 3G

Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, Jumaat.

Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaandengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,"kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 diDewan Rakyat, Jumaat.

Najib berkata kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yangmerupakan perhimpunan belia terbesar negara sempena perisytiharan tahun 2013sebagai Tahun Kesukarelaan Nasional.

Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas.

Najib berkata dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonalititinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan programY-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara.

Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akanmelancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golonganitu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan diperingkat tempatan, negeri dan kebangsaan.

"Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan1Malaysia," kata Najib.

Katanya bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi danteknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akanditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihandan bimbingan.

Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50juta, disediakan oleh SME Bank.

Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawahdengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjamansebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun.

- BERNAMA

Bajet 2013: Program Bantu Siswazah Menganggur

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rangka kerja atau Pelan Tindakan Kebolehpasaran Graduan akan dilancarkan hujung tahun ini bagi membantu siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan.

Beliau berkata setiap tahun hampir 180,000 graduan berkelulusan Diploma danSarjana Muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi.

"Rangka kerja ini akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kebolehpasarangraduan. Dalam hal ini kerajaan akan menubuhkan Pasukan Petugas KebolehpasaranGraduan dengan peruntukan RM200 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan2013 di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Mengenai modal insan yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif, Najib berkata program latihan akan dibentuk untuk mengasah kemahiran baharu selaras dengan keperluan industri masa depan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan maju.

Bagi tujuan itu, sejumlah RM3.7 bilion akan disediakan tahun depan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memperuntukkan RM440 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi memberi pinjaman kepadapelatih untuk menjalani latihan kemahiran.

Beliau berkata langkah ini akan dapat dimanfaatkan hampir 40,000 pelatih diperingkat Sijil Kemahiran Malaysia tahap satu hingga lima.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan RM366 juta bagimenaik taraf serta pembelian peralatan Institut Latihan Perindustrian danInstitut Kemahiran Belia Negara.

Perdana menteri berkata pelbagai program latihan kemahiran akan dilaksanakanselaras dengan matlamat mentransformasikan industri utama negara berteraskankepada teknologi, berinovatif serta berpendapatan tinggi.

"Ke arah ini, tumpuan akan diberi bagi melahirkan tenaga kerja profesionaldan berbakat dalam industri terpilih termasuk industri minyak dan gas,perkapalan, teknologi maklumat (ICT), kreatif serta bioteknologi. Bagi tahun2013 dijangka seramai 5,000 pelatih akan menyertainya," katanya.

Sementara itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untukmelatih 3,200 pelajar masyarakat India yang miskin dari estet-estet yang tidakmemperoleh keputusan baik dalam peperiksaan dan peluang pekerjaan melengkapkandiri dengan kemahiran, selaras permintaan pasaran.

"Latihan ini akan dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian dankolej-kolej di bawah Skim Latihan Dual Nasional," kata Najib.

Skim Latihan Dual Nasional adalah skim yang bertujuan melahirkan lebih ramaipekerja mahir.

- BERNAMA

Bajet 2013: Pemeriksaan Mamogram Percuma Bagi Wanita Berumur 40 Tahun Ke Atas

Wanita berusia 40 tahun ke atas kini boleh menikmati pemeriksaan mamogram percuma, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya sebanyak RM25,000 diperuntuk bagi tujuan berkenaan yang dianggarkanmemberi faedah kepada kira-kira 100,000 wanita.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkatainsentif berkenaan termasuk di bawah peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 jutabagi memperkasa peranan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia danpembangunan ekonomi negara.

Antara insentif lain, melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanitauntuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, dan mempertingkatprogram Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) untuk memberi khidmat nasihatdan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akanmengagihkan peruntukan berjumlah RM50 juta dalam bentuk geran RM1,000 kepada 50usahawan kecil terutama wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melaluiprogram Get Malaysian Business Online (GMBO).

"Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di bawah KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diperuntuk sebanyak RM1.2bilion meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerjaorang kurang upaya serta bantuan penyakit kronik," katanya.

Najib berkata kerajaan juga memperuntuk RM400 juta di bawah program 1Azamyang dijangka memberi manfaat kepada 58,330 individu berpendapatan rendah.

Bagi membantu golongan warga emas atau kanak-kanak jalanan dan golongangelandangan, sebanyak enam buah Anjung Singgah akan diwujudkan sebagai tambahankepada dua yang sedia ada.

"Kerajaan juga akan menyediakan lima buah Anjung Kasih di Hospital Sibu,Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh bagi menyediakan tempat penginapan sementaradan selesa kepada pesakit miskin atau anggota keluarga yang mengiringi pesakityang sedang menerima rawatan di hospital kerajaan," katanya.

- BERNAMA

Bajet 2013: Pencen minimum dinaikkan kepada RM820

Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.

"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.

"Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha mengiktiraf golongan warga emas.

Najib berkata caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.

"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.

Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

- BERNAMA

INTI PATI BELANJAWAN / BAJET 2013

Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.

* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.

* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.

* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.

* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.

* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.

* Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.

* RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.

* RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.

* Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".

* Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.

* Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

* Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.

* Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.

* Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman.

* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000.

* RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.

* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta.

* Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.

* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.

* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta.

* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

- MSTAR