Sabtu, Januari 29, 2011

Tabung Haji beri bonus 5.5 peratus untuk tahun 2010


Seramai 5.6 juta pendeposit Tabung Haji bakal menerima habuan iaitu pembayaran bonus pada kadar 5.5 peratus berikutan kejayaan agensi itu mencatat pendapatan lebih RM2 bilion, tahun lalu.

Ketika mengumumkannya semalam, Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Musa berkata, pendapatan itu adalah peningkatan sebanyak RM305 juta atau 17 peratus berbanding pendapatan pada 2009. Keuntungan selepas zakat bagi 2010 adalah RM1.4 bilion.

Seramai 5.6 juta pendeposit Tabung Haji bakal menerima habuan iaitu pembayaran bonus pada kadar 5.5 peratus berikutan kejayaan agensi itu mencatat pendapatan lebih RM2 bilion, tahun lalu.

Ketika mengumumkannya semalam, Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Musa berkata, pendapatan itu adalah peningkatan sebanyak RM305 juta atau 17 peratus berbanding pendapatan pada 2009. Keuntungan selepas zakat bagi 2010 adalah RM1.4 bilion.
“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.33 bilion itu adalah daripada keuntungan tahun semasa iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding bonus RM1.07 bilion yang dibayar pada 2009.
“Kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan kita yang terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah saja. Namun begitu, Tabung Haji masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2009 sebanyak 5.0 peratus,

“Tabung Haji memiliki 5.6 juta pendeposit dengan jumlah deposit pada 2010 dicatatkan sebanyak RM25.8 bilion berbanding RM21.3 bilion pada tahun 2009,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abi Musa berkata, sumber-sumber utama pendapatan Tabung Haji bagi 2010 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 65 peratus yang mana 19 peratus adalah pendapatan dividen dan 46 peratus merangkumi keuntungan urus niaga saham. Penyumbang kedua terbesar membabitkan pelaburan sekuriti hutang, terutama bon Islam yang menyumbang sebanyak 10 peratus.

“Perbelanjaan operasi Tabung Haji juga adalah terkawal dan dalam trend menurun jika dilihat daripada perspektif pendapatan yang sentiasa meningkat dan saiz dana pendeposit yang bertambah setiap tahun,” katanya.
Abi Musa berkata, keuntungan selepas zakat Tabung Haji bagi tahun lalu turut menunjukkan kadar pertumbuhan yang baik dengan perkembangan 34 peratus berbanding 2009.

“Baki keuntungan 2010 sebanyak RM164 juta akan dimasukkan ke rizab Tabung Haji menjadikan jumlah rizab terkumpul pada tahun lalu sebanyak RM317 juta,” katanya.

“Pengukuhan rizab perlu diberi keutamaan bagi mengelak faktor ketidaktentuan luaran yang akan sentiasa mendatangkan kesan kepada institusi pelaburan seperti Tabung Haji terutama apabila ekonomi masih berada di ambang pemulihan,” katanya.

Mengulas sasaran tahun ini, Abi Musa optimis untuk menyaksikan agensi itu mencatatkan deposit melebihi atau sekurang-kurangnya berada di paras RM30 bilion walaupun sentiasa berwaspada dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.

Mengenai kemungkinan kos menunaikan haji dinaikkan tahun ini, Abi Musa Asa’ari berkata kenaikan itu pada dasarnya diakibatkan oleh pelbagai faktor luaran seperti kos penginapan dan pengangkutan.

“Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM3020 untuk setiap jemaah kerana setiap jemaah muasasah hanya perlu membayar RM9,980 berbanding kos sebenar iaitu RM13,000.

“Apapun kenaikan yang berlaku, kami jamin ia tidak akan membebankan jemaah kerana ia perlu mengambil kira semua faktor,” katanya.

- BERITA HARIAN

Harta Irfan


Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menyokongnya. Pepatah dari Barat ini amat tepat dengan kehidupan personaliti yang terkenal dengan jolokan 'jutawan internet', Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi, 34 atau Irfan Khairi.

Sokongan tidak berbelah bagi isteri tercinta, Shazrina Yusof, 36, sejak hidup bersama kira-kira 10 tahun lalu, membolehkan kejayaan dikecapinya hari ini. Irfan Khairi mula menjadi sebutan ramai selepas kisah kejayaan beliau bergelar jutawan pada usia 25 tahun hasil daripada perniagaan melalui internet dipaparkan media. Bertitik-tolak dari itu, Irfan Khairi aktif menganjurkan bengkel, ceramah dan seminar untuk memberi tip kepada orang ramai mengenai strategi perniagaan internet yang berkesan.

Tanggungjawab Shazrina bukan saja sebagai isteri dan membantu Irfan Khairi menguruskan keluarga dan empat anak mereka iaitu Ilham Abadi, 9; Kasih Kamilia Abadi, 7; Ikhlas Abadi, 5 dan Cinta Strawberry Abadi, 3, malah berganding bahu bersama suami untuk melicinkan urusan syarikat yang ditubuhkan, Irfan Khairi Sdn Bhd.

Berkongsi memori perkenalan mereka kepada sisipan Sabtu, pasangan ini bertemu di Birmingham, United Kingdom (UK) ketika kedua-duanya bekerja di sana. Kata mereka, perkenalan mereka diatur rakan masing-masing.

“Waktu itu, saya baru saja berpindah ke Birmingham selepas tamat pengajian di University Staffordshire, UK. Ketika di Staffordshire, saya tidak mempunyai ramai kawan memandangkan saya sibuk dengan pengajian di waktu siang dan perniagaan internet pada waktu malam.

“Begitu juga keadaannya ketika mula sampai ke Birmingham. Saya tidak mempunyai kenalan pun. Beberapa rakan yang paling awal saya kenal secara kebetulan adalah kawan-kawan Shazrina. Merekalah yang memperkenalkan kami berdua yang masih single ketika itu dengan alasan, wajah kami seiras,” ujar Irfan Khairi yang dulu berkhidmat sebagai Pereka Sistem Multimedia dan Perunding Internet di Birmingham manakala Shazrina bekerja dalam bidang perhotelan.

Terdorong dengan saranan rakannya, Irfan Khairi mengambil langkah pertama dengan menghantar SMS kepada Shazrina seterusnya mengajak beliau keluar menonton wayang. Shazrina pula tidak menyangka Irfan Khairi berani mengajaknya menonton filem walaupun baru berkawan dan berbual melalui SMS. Kala mula bertemu, Shazrina tidak menyangka apa yang dikhabarkan rakannya mengenai wajah seiras mereka rupa-rupanya bukanlah gurauan semata-mata.

Filem Toy Story menjadi saksi pertemuan mereka dan sejak itu, mereka semakin rapat dan sering keluar bersama.

Menurut Irfan Khairi, sejak pertemuan pertama lagi, hatinya sudah terpaut kepada Shazrina.

“Saya rasa beliau baru tahu mengenai hal ini (senyum). Pada awal perkenalan lagi, saya berasa senang bersamanya dan lama kelamaan mencetuskan rasa sayang. Keserasian yang wujud membuatkan perhubungan semakin serius dan tidak lama selepas itu kami mengikat tali pertunangan.

“Selepas kira-kira enam bulan bertunang dan kebetulan cukup setahun usia perkenalan, kami kembali ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan. Kemudian, kami terbang semula ke UK dan kembali bekerja,” cerita Irfan Khairi.

Kira-kira setahun memulakan hidup berkeluarga di perantauan, Irfan Khairi dan Shazrina membuat keputusan untuk pulang ke tanah air selepas melahirkan anak sulung mereka, Ilham Abadi. Jelas Irfan Khairi, walaupun kawasan Birmingham diduduki ramai komuniti Muslim, jauh di sudut hatinya, beliau inginkan anak-anaknya membesar dalam persekitaran yang dekat dengan asal-usul mereka.

“Selain itu, kami berasakan sudah agak lama kami berada di negara orang dan sudah tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Lagipun, Shazrina berhenti bekerja di Hyatt Regency Birmingham dan kami menumpukan sepenuh masa mengusahakan perniagaan internet yang boleh dijalankan walaupun menetap di Malaysia,” katanya.

Mengenai rutin harian keluarganya, Shazrina berkata, beliau bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan, membantu anak-anak bersiap dan menghantar tiga anaknya ke sekolah. Pulang dari menghantar anak-anak ke sekolah, Shazrina bersarapan bersama suami dan selepas itu, mula melakukan kerja rumah sambil melayan anak bongsu.

Jika tidak menghadiri bengkel perniagaan internet, program radio atau televisyen, Irfan Khairi akan bekerja di bilik yang dijadikan pejabatnya dan turun makan tengahari bersama anak-anak yang sudah pulang dari sekolah. Kemudian, Irfan Khairi dan Shazrina akan membawa anak-anak beriadah di taman dan menyambung semula kerjanya dari jam 10 malam hingga jam 1 atau 2 pagi.

Pada hari minggu pula, bapa penyayang ini lazimnya terikat dengan komitmen bengkel atau program seumpamanya. Sekali-sekala apabila berkesempatan, beliau akan membawa keluarganya membeli belah atau ke taman tema.

“Anak-anak saya ini, mereka lebih gemar duduk di rumah. Jika diajak keluar membeli-belah, mereka tidak begitu teruja. Mereka lebih suka bermain permainan video, menghadap komputer atau bermain sesama mereka,” kata Irfan Khairi.

Jadi rakan kepada anak sendiri

MENYIFATKAN keputusan membesarkan anak-anak di tanah air serta menumpukan perhatian kepada perniagaan internet di rumah sebagai langkah tepat, Irfan Khairi mengakui beliau dan isterinya menikmati banyak kelebihan berbanding pasangan lain yang bekerja.

Mereka puas dapat melihat tumbesaran dan perkembangan setiap anak sejak peringkat bayi dan sebahagian besar waktu dihabiskan bersama. Ini membuatkan hubungan mereka dengan anak-anak sangat rapat. Malah, dalam berinteraksi dengan anak-anak, suami-isteri ini lebih suka bertindak seperti rakan kepada anak-anak.

“Itulah untungnya bekerja sendiri, menguruskan perniagaan internet dari rumah. Pengurusan keluarga boleh dilakukan sendiri.

“Kami makan bersama, menemani mereka ketika belajar atau melakukan kerja sekolah, menonton televisyen dan DVD, bermain permainan video dan bermain badminton di padang bersama-sama.

“Biarpun mempunyai rakan di kawasan kejiranan rumah, anak-anak jarang meminta untuk bermain bersama rakan mereka itu. Hubungan antara adik-beradik juga cukup rapat. Malah, di sekolah, Ilham akan pergi rehat bersama-sama adik,” ujar Irfan Khairi.

Kelebihan sebagai ibu bapa yang bekerja dari rumah seperti yang dilaluinya sering diberitahu kepada peserta yang menghadiri bengkelnya. Secara peribadi, Irfan Khairi berpendapat, alangkah baiknya jika lebih ramai pasangan ibu bapa, sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka mencari rezeki melalui perniagaan internet.

Dengan cara begitu, kata Irfan Khairi, perhatian dapat diluang untuk mendidik anak-anak dengan lebih berkualiti serta mewujudkan institusi keluarga yang lebih harmoni.

Bagi pasangan ini juga, selain memberi sumber pendapatan kepada keluarga, internet turut dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dalam kemahiran keibubapaan.

“Ada masanya, kami akan mencari sumber bacaan di internet yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan, pendekatan yang sesuai dalam mendidik anak-anak dan sebagainya.

“Sebagai contoh, sebelum ini anak saya mengalami sesuatu seperti alahan di kulitnya, saya rujuk internet untuk mengenalpasti apakah masalah itu, adakah ia serius hingga perlu dibawa berjumpa doktor atau boleh diubati dengan krim yang dibeli di farmasi.

“Isteri saya pula sesekali menggunakan internet untuk mencari resipi enak dan berkhasiat sebagai idea masakan untuk seisi keluarga,”kata Irfan Khairi.

Ditanya sama ada mereka berdepan dengan masalah dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, Irfan Khairi dan Shazrina menyatakan, setakat ini, mereka bersyukur kerana semuanya baik. Namun, mereka tidak mengakui, timbul rasa bimbang memikirkan cabaran yang bakal ditempuhi apabila anak-anak melangkah ke alam remaja serta terdedah dengan pengaruh negatif rakan sebaya atau persekitaran.

“Kami berharap, dengan didikan dan bimbingan yang kami beri kepada mereka sejak kecil, anak-anak mampu menilai apa yang baik dan buruk.

“Kami memberi kebebasan kepada anak-anak melakukan apa yang mereka minati. Sama ada mereka minat ke bidang seni, teknologi atau sukan, kami akan sentiasa memberi galakan. Semua usaha gigih yang dilakukan kami selama ini adalah untuk mereka,” akhiri Irfan Khairi.

- BERITA HARIAN

Jadual Perlawanan Liga Super 2011 - 29/01/2011 (Sabtu)

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 29/01/2011 (SABTU)

Selangor lwn Kelantan -8.45mlm, Std Shah Alam (Sumbangsih)

Terengganu lwn Sabah -4.45ptg, Std Sultan Ismail, KT

Kuala Lumpur lwn Perak -8.45mlm, Std Cheras

Johor FC lwn Felda United -8.45mlm Std Pasir Gudang

Kedah lwn T-Team -8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar

Negeri Sembilan lwn Harimau Muda "A" -8.45mlm, Std Paroi

Pahang lwn Perlis -8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan

Senarai Pemain Pasukan Bolasepak Liga Malaysia 2011

Pemain Johor FC 2011
Penjaga Gol
1 Suhardy Alby (USM FC)
21 Mohd Fazli Paat
22 Mohd Anis Faron

Pertahanan
2 Mat Saiful Muhamad
3 Mohd Hamzami Omar
4 Mohamad Hafiz Haridin
5 Mohd Radzi Jasman (Johor)
6 Mohamad Izuan Jarudin
7 Mohd Ezaidy bin Mohd Khadar
11 Khairi bin Kiman
12 Mohd Irfan Abdul Ghani (Johor)
14 Mohd Rizal Roslan
16 Hasni Zaidi Jamian
17 Abdul Rahman Mohd Zabul (Negeri Sembilan)
26 Badrul Khalid (Piala Presiden)

Tengah
8 Mohd Azizan bin Baba
9 Eddy Helmi bin Abd Manan
10 Mohd Khairul Ismail
15 Mohd Ridwan Ma'on
20 Mohd Syafuan Reduwan
23 Rezal Zambery Yahya (Negeri Sembilan)

Penyerang
18 Shahrizal Saad (Perak)
19 Mohd Rashid Aya
24 Wan Mohd Hoesne Wan Hussain (PKNS FC)
25 Mohd Saudi Ibrahim (Felda United FC)


Pemain Kedah 2011
Penaja Utama:
Penaja Jersi: Lotto

Penjaga Gol
Helmi Eliza Elias
Muhammad Al-Hafiz Hamzah
Abdul Hadi Hamid

Pertahanan
V. Thirumurugan
Sharil Faizal Sharifuddin
Fazliata Taib
Mohamad Khairul Helmi Johari
Mohd Fauzi Nan
Azmi Muslim
Shafizan Hashim

Tengah
Ahmad Fauzi Shaari
Amar Rohidan
Sabree Abu
Firdaus Fauzi
Baddrol Bakhtiar
Mohd Khyril Muhymeen Zambri

Penyerang
Azlan Ismail
Mohd Faizal Abu Bakar
Ahmad Shakir Md. Ali

Pemain Kelantan 2011
Penaja Utama: Happy
Penaja Jersi: Umbro
Al-Hamra Group, TRW Station, Al-Jabbar, Sinar Harian dan Yusmira Trading

Ketua Jurulatih: Bhaskaran R. Satianathan

Penolong Jurulatih: Mohd Hashim Mustapha, Mohd Sideek Samsudin
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit Abu Bakar

Penjaga Gol:
1 Mohd Shahrizan Ismail
14 Mohd Halim Napi
19 Fahmi Che Mat
20 Norhadi Ubaidillah

Pertahanan:
2 Wan Rohaimi Wan Ismail (Johor FC)
3 Subramaniam A/L Sooryapparad
6 Mohd Farisham Ismail
13 Mohamad Abdul Aziz Ismail (KL Plus)
14 (28) Nicholas Chan (Piala Presiden/Simpanan Cardiff City)
15 Daudsu Jamaludin,
17 Mohd Rizal Fahmi Ab.Rosid
21 Khairan Eruan Razali
24 Zairul Fitree Ishak
27 Mohd Zamri Ramli (Piala Presiden)

Tengah:
4 Zul Yusri Che Harun
5 Khairan Eroza Razali
8 Mohd Shakir Shaari
10 Solehin Kanasian Abdullah (Perlis)
11 Danial Fadzly Abdullah (ATM)
12 Mohd Nurul Azwan Roya (Johor FC)
16 Mohd Badhri Mohd Radzi (C)
18 Wan Zaman Wan Mustapha

Penyerang:
7 Mohd Nizad Ayub
9 Norshahrul Idlan Talaha
22 Mohd Ramzul Zahini Adenan
23 Chanturu A/L Suppiah
25 Khalid Jamlus (ATM)

Pemain Kuala Lumpur 2011
Ketua Jurulatih: Razip Ismail
Penolong Jurulatih: Tang Siew Seng

Pemain yang keluar: Azidan Sarudin (Selangor), Shahrudin Yakup (Felda United), Raimi Md Nor (Felda United), Jeremy Danker (Sabah), Syazwan Rani (dilepaskan)

Penjaga Gol
Norazlan Razali
Remezey Che Ros
Zahid Ahmad

Pertahanan
Shahrom Kalam
Ahmad Jihad Ismail
Kamarulzaman Mahamud
Arman Fareez Ali
Farouk Hashim
Farid Ramli
Fitri Jamaludin
Ahmad Azlan Zainal
Ahmad Dashila Tajudin

Tengah
Azwan Malek
Khairul Anuar Shafie
Syazmin Firdaus Aminuddin
See Kok Luen
Yong Kuong Yong
Syafiq Johari
Nazrin Nawi (PLUS FC)
Norismaidham Ismail (Felda United FC)

Penyerang
Badrul Hisyam Azmi
Fahruzzahar Ali
Azmi Sarmin (Johor)
Afiq Azmi (Tambun Tulang)
Fahrul Razi Kamaruddin (UiTM FC)

Pemain KL Felda United 2011
Penaja Utama: Prodata
Penaja Jersi: Kappa

Ketua Jurulatih:
E. Elavarasan

Penjaga Gol
A. Zainal Rabin
Mohammad Faizal Abdul Rashid (PLUS FC)
Mohd Hamsani Ahmad (Selangor)

Pertahanan
Abdul Ghani Abd Rahman
Liew Kit Kong (Selangor)
Md Hasmarul Fadzir Hassan
Muhamad Kaironnisam Sahabuidin Hussain
Rashid Mamud
Mohd Nizam Abu Bakar
Muhammad Juzaili Samion

Tengah
Azi Shahril Azmi (PLUS FC)
Mohd Badrul Azam Mohd Zamri (Perlis)
Mohd Hazsyafiq Bin Hamzah
Mohd Kairrul Anuar Jamil
Mohd Syazwan Zainon (Perlis)
Nik Sahrul Hanizan Mohamad
Rajan A/L Koran (Terengganu)
Mohd Lot Abu Hassan (PLUS FC)
Chow Chee Weng
Rames A/L Lai Ban Huat (PLUS FC)

Penyerang
Amir Shahreen Abd Mubin
Azrul Azmi (PLUS FC)
Farderin Kadir (Selangor)
Mohd Azrul Ahmad (Perlis)
Mohd Nizaruddin Yusoff (PLUS FC)
Mohamad Zamri Chin (Kedah)

Pemain Negeri Sembilan 2011
Ketua Jurulatih: Wan Jamak Wan Hassan
Pemain: Farizal Harun, Mohd Shaffik Abdul Rahman

Penjaga Gol:
Farizal Marlias (Perlis)
Muhammad Hanif Saied

Pertahanan
Irwan Fadzli Idrus (PLUS FC)
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad
Mohd Norhafiz Zamani Misbah (PLUS FC)
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Muhammad Shukor Adan (C)
Qhairul Anwar Roslani
Alif Shamsudin;

Tengah
S. Kunalan
Abdul Halim Zainal
G. Mahathevan (Selangor)
Idris Abdul Karim
Shahurain Abu Samah

Penyerang
Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Ahmad Fakri Saarani (Perlis)
Mohd Firdaus Azizul
Hairuddin Omar (Kelantan)
Ahmad Aminuddin Shaharudin (Perlis)

Pemain Pahang 2011
Penaja Jersi: Lotto

Ketua Jurulatih: Dollah Bin Salleh
Penolong Jurulatih: Ahmad Shaharuddin Bin Ahmad Rosdi
Jurulatih Penjaga Gol: Mudzar Bin Mohamad

Penjaga Gol:
1 Mohd Rosfaizul Azuar Bin Ali
22 Wan Mohd Azraie Bin Wan Teh
25 Muhd Suffian Bin Abd Rahman Kungi Raman (Sarawak)

Pertahanan:
3 Mohd Saiful Nizam Bin Miswan
4 Mohd Fadzirul Bin Zakaria
5 Mohd Nazrulerwan Bin Makmor (Felda United)
6 Mohd Hazri Bin Rozali
8 Amirullah Bin Abd Razab
17 Mohd Zaiza Bin Zainal Abidin (Selangor)
18 Mohamad Syawal Bin Norsam

Tengah:
2 Jallaluddin Bin Abu Jaafar(C)
11 Famirul Asyraf Sayuti
13 Mohd Fazli Bin Baharuddin
16 Mohd Alafi Bin Mahmud (PKNS FC)
21 Mohd Munir Bin Amran (Felda United)
26 Mohd Shahrizan Bin Mohd Salleh

Penyerang:
7 Surendren A/L Ravindran
9 Karthigesu A/L Rajendran
10 Surendran A/L Rasiah (Selangor)
12 Azamuddin Akil
22 Mohd Faizol Bin Hussain (Johor)

15 Abdul Malik Bin Mat Arif

Pemain Perak 2011
Penaja Jersi: Specs

Ketua Jurulatih : Norizan Bakar
Penolong Jurulatih : Chong Yee Fatt
Jurulatih Penjaga Gol : Abdul Talib Saidi

Senarai Pemain:
1 Khairul Amri Salehuddin
2 Chan Wing Hoong (ATM)
3 Mohd Khairi Zainuddin (PKNS)
4 Mohd Syahman Zainuddin (Kuala Lumpur)
5 Muhd Arif Ismail
6 Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrulnizam Mustapha (Kedah)
9 Mohd Syafiq Jamal
10 Mohd Nazri Mohd Kamal
11 Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafie (Harimau Muda).
12 Khairul Izzat Jamaluddin
13 Wan Hossein Wan Abd Ghani
14 Akmal Rizal Ahmad Rakhli
15 Azmeer Yusof
16 Mohd Khalis Ibrahim
17 K Nanthakumar (Team Captain)
19 Mohd Nor Hazrul Mustafa (Perlis)
20 Harizul Izwan Abd Rani (T-Team)
21 Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri
22 Isma Alif Mohd Salim
23 Razali Umar Kandasamy
24 Kamarul Effandy Abdul Rahim
25 Mohd Nasril Nourdin (ATM)
26 Mohd Nurizzuan Abd Hassan
27 Nurul Nasriq Kamaruddin
28 Mohd Nasir Basharuddin
30 Mohd Shazuan Mohd Ashraf

Daripada 24 pemain musim 2010

Dikekalkan (10): Razali Umar Kandasamy, Khairul Amri Salehuddin, Kamarul Effandi Abdul Rahim, Azmeer Yusof, Isma Alif Mohd Salim, K. Nanthakumar, Mohd Khalis Ibrahim, Khairul Izzat Jamaluddin, Mohd Syazwan Mohd Roslan dan Muhammmad Nazri Mohd Kamal.

Tiga pemain Piala Presiden dinaikkan pangkat ke Liga Super adalah Mohd Basir Basharuddin, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan dan Nurul Nashriq Kamarddin.

Digugurkan (14): Bekas jurulatih penjaga gol, Megat Amir Faisal Al-Khalidy Ibrahim, Mohd Arif Fazlie Saidin, Mohd Hafiz Abdul Rahman, Benedict Martin, Mohd Hafiszuan Salehuddin, Shahrizal Mohd. Saad, Mohd. Saufi Saadi, Shafuan Adli Shaari, Muhd. Arif Ismail, Wan Azwari Wan Nor, Khairul Izwan Mohamed Jamaluddin, S. Sathiakumaran, Mohd. Fauzzi Mohd. Kassim dan J. Thevaggaran Nair.


Pemain Perlis 2011
Jurulatih: Mosthakeen Omar
Penolong Jurulatih: Azamri Zali

Senarai Lengkap Pemain: Azmizi Azmi, Hairol Fazreen Abu Hassan, Phul Sakh a/l Lom, Mohd Faiz Subri, Wan Khairul Faiz Kamaruddin, Mohd Amirul Subri, Muhamad Alif Aswat Baharin, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Mohd Hafiz Abu Bakar, Mohd Hazwan Zainun, Hizbullah Awang, Muhammad Munawwar Shvukath Ali, Samransak a/l Kram, Mohd Farizal Rozali, Mohd Hisyam Mohd Shofi, Hadi Syahmi Hamzah, Mohd Fadli Baharum, Mohd Sany Mat Isa, Syed Mohd Abd Ghafar Syed Amir, Mohd Rozaidi Abd Rahim, Muhammad Ezat Emir Harizam, Wan Raim Othman, Mohd Hafiszuan Salehuddin dan Reza Iqrimal Redzawan.

Pemain baru: Reza Iqremal Redzawan, Samramsak Kram (Kedah), Fadhly Baharom (Kedah), Farizal Rozali (Kedah), Mohamad Hafiszuan Sallehuddin (Perak),

Pemjaga Gol:
Reza Iqrimal bin Redzawan (Kedah - 21),
Mohd Hairol Fazreen bin Abu Seman (22),
Mohd Amirul bin Rosli (21),
Mohd Hafiz bin Abu Bakar (18)

Pertahanan:
Azmizi bin Azmi (C)(24),
Phul Sakh a/l Lom (24),
Muhammad Alif Aswat bin Baharin (21),
Muhamad Munawar Shavukath Ali,
Mohd Sany bin Mat Isa (27),
Mohamad Rozaidi bin Abd Rahim (22),
Muhammad Ezat Emir bin Harizam (25)

Tengah:
Wan Khairul Faiz bin Kamaruddin (24),
Hizbullah bin Awang (27),
Mohd Hisyam bin Mohd Shofi (21),
Hadi Syahmi bin Hamzah (19),
Mohd Fadly bin Baharum (Kedah - 22),
Mohd Hafiszuan bin Sallehuddin (Perak - 23)

Penyerang:
Mohd Hazawan bin Zainun (23),
Mohd Faiz Subri (23),
Samransak a/l Kram (Kedah - 25),
Syed Mohd Abd Ghani bin Syed Amir (24),
Wan Mohd Syukri bin Wan Ahmad (19)

Pemain Sabah 2011
Ketua Jurulatih/Pengurus: Gary Phillips
Penolong Ketua Jurulatih: Mark Jones (Australia)

Pemain yang dikekalkan : Azizon Abdul Kadir, Mohd Salawi Ahmad Jasad, Reithaudin Emran, Leopold Alfonso Otong, Shahrul Azhar Ture, Julamri Muhamad, Mafry Balang, Rosdin Wasli, Zainizam Marjan, Radzi Mohd Hussin, Razlan Oto, Alto Linus, Mohd Farid Ideris, Gasili Pengalot dan Sabri Sahar.

Pemain baru (9): Zuraindey Jumai (Perlis), Sumardi Hajalan (Johor FC), Stanley Bernard Samuel, M. Sivakumar (Johor FC), Mohd Safuan Ibrahim (Johor FC), K. Thanaraj (Negeri Sembilan), Jeremy Mathew Danker (Kuala Lumpur), Hairi Mohd Safee (Terengganu) dan Syed Adney (Kelantan, Pinjaman, Penjaga Gol)

Penjaga Gol
Azizon Abdul Kadir
Syed Adney Sye Hussain (Kelantan, Pinjaman)
Mohd Salawi Ahmad Jasad

Pertahanan
Reithaudin Emran
Sumardi Hajalan (Johor FC)
Julamri Muhamad
Gasili Pengalot
Rosdin Wasli
Mafry Balang
Hairi Mohd Safee (Terengganu)

Tengah
M. Sivakumar (Johor FC)
K. Thanaraj (Negeri Sembilan)
Jeremy Mathew Danker (Kuala Lumpur)
Zuraindey Jumai (Perlis)
Zainizam Marjan
Shahrul Azhar Ture
Sabri Sahar

Penyerang
Stanley Bernard Samuel (Perpindahan bebas)
Mohd Safuan Ibrahim (Johor FC)
Razlan Oto
Alto Linus
Leopold Alfonso Otong

Pemain Selangor 2011
Pemain baru: Saiful Amar Pudar (PKNS), Yosri Dermaraju, Fadzli Shaari (Plus FC), Azidan Sarudin (Kuala Lumpur), S. Sritharan dan K. Depan Sakwati

Dilepaskan: Hamsani Ahmad, Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Mohd Zaiza Zainal Abidin, Azrine Efendy Saduddin dan R. Surendren,

Penaja Utama: Menteri Besar Incorporated (MBI)
Penaja Jersi: Kappa
Venue: Stadium Shah Alam, Shah Alam (80,000)

Pengurus/Ketua Jurulatih: K. Devan
Penolong Jurulatih: P. Maniam
Jurulatih Penjaga Gol: Azmin Azram Abdul Aziz

Penjaga Gol :
1 Fairul Azwan Shahrullai
21 Saiful Amar Sudar (PKNS)
22 Mohd Iqbal Suhimi

Pertahanan :
3 Mohd Razman Roslan
4 Asraruddin Putra Omar
5 Khairul Anuar Baharum
6 Mohd Nasriq Baharom
15 P. Gunalan
16 Yosri Derma Raju (PLUS FC)
19 D. Surendran

Tengah :
8 Safiq Rahim
12 Mohd Bunyamin Umar
14 Mohd Hardi Jaafar
17 Mohd Amri Yahyah (C)
20 Mohd Amirulhadi Zainal
23 Azidan Sarudin (Kuala Lumpur)
24 Mohd Fitri Shazwan Raduwan
25 Mohd Fazilidin Khalid

Penyerang :
7 S Sritharan
9 Rudie Ramli
10 Mohd Safee Sali
11 K Depan Sakwati
18 Mohd Fadzli Saari (PLUS FC)

Pemain Terengganu 2011
Pemain Yang Dikekalkan (14): Mohd. Sarbinee Allawee, Mohd. Shamirza Yusoff, Marzuki Yusof, Ronny Harun, Mohd. Muhaimin Omar, Helmi Ramli, Mohd. Zharif Hasna, Joseph Kalang Tie, Mohd. Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat, Wan Mohd. Aliff Wan Jasmi, Mohd. Hasan Basri, Nordin Alias dan Zubir Azmi.

Pemain baru (9): Ahmad Shahril Zakaria, Abdul Hadi Yahaya, Ismail Faruqi daripada pasukan T-Team, Nik Zul Aziz Nawawi, Hasmizan Kamaruddin (Pahang), Mazlizam Mohamad (Perlis), Reeshafiq Alwi (KL Plus), Safuan Adli Shaari (Perak) dan Mohd. Ailim Kamaruddin (Kelantan).

Penaja Jersi: Specs

Ketua Jurulatih - Haji Irfan Bakti Abu Salim
Penolong Jurulatih -
Jurulatih Penjaga Gol - Zubir Ibrahim

Senarai pemain:
Penjaga Gol:
1. Mohamad Sharbinee Allawee Ramli 25
2. Mohamad Shamirza Yusof
3. Mohd Shahril Saa'ri (T-Team)

Pertahanan:
1. Mohd Marzuki Yusof (C) 17
2. Ronny Harun 11
3. Nik Zul Aziz Nawawi (Pahang)
4. Mohamad Muhaimin Omar 3
5. Mazlizam Mohamad (Perlis)
6. Helmi Rameli 21
7. Hasmizan Kamaruddin (Pahang)
8. Mohamad Hassan Basri Ahmad Ridzuan 4
9. Md.Zubir Md Amin

Tengah:
1. Ismail Faruqi (T-Team)
2. Ahmad Nordin Alias 18
3. Reesyafiq Alwi (KL Plus)
4. Joseph Kalang Tie 12
5. Muhamad Ashaari Shamsuddin 22
6. Zharif Hasna 23
7. Safuan Adli Shaari (Perak)

Penyerang:
1. Abdul Manaf Mamat 10
2. Abd Hadi Yahya (T-Team)
3. Wan Mohamad Aliff Wan Jasmi 9
4. Mohd Ailim Kamaruddin (Kelantan)

Pemain Terengganu PBDKT T-Team 2011
Penaja Jersi: Admiral

Ketua Jurulatih: Yunus Alif

Syamsuri Mustafa,
Ismail Abdul Rahman,
Mohd Zairi Hafiezi Idris (Terengganu),
Hasbullah Awang,
Nor Fadzly Alias,
Subri Sulong,
Abdul Aliff Alias,
Shaiful Azrin Shamsuddin,
Azrul Hazran Amiluddin Baki,
Kamal Rodiarjat Mat Ali,
Shahrul Ezrain Shamsuddin,
Shazlan Alias,
Shamsul Kamal Mohamad,
Rosdi Talib,
Mohd Haris Safwan Mohd Kamal,
Norhisham Hassan,
Nor Farhan Muhammad (Kelantan),
Indra Putra Mahayuddin (Kelantan),
Azizi Matt Rose (Kelantan),
Zairo Anuar Zailani (Terengganu),
Tengku Hasbullah Raja Azman (Terengganu),
Amzar Junaidi Jalil (Perlis)
Badrul Hisani Abdul Rahman (KL Plus FC)


Pemain Johor 2011
JURULATIH PASUKAN JOHOR FA 2011:-
1. Ketua Jurulatih : Encik Azmi Mohamed
2. Penolong Jurulatih : Encik Wan Mustafa Ismail
3. Jurulatih Penjaga Gol : Encik Omar Salim

Senarai Pemain:
1 Afiff Aizad Azman (PG)
2 Muhammad Syukri Ismail (Pertahanan)
3 Mohd Nazrin Baharudin (Pertahanan)
4 Mohamad Affandy b Adimel (Pertahanan)
5 Ismail Suboh (Pertahanan)
6 Adib Aizuddin Ab Latif (Tengah)
7 Mohd Fahian Roslan (Penyerang)
8 Mohd Azuwad Md Arip (Tengah)
9 Muhamad Asyraf Mohd Al-Japri (Tengah)
10. Norizam Salaman (Penyerang)
11 Mohd Alif Mohd Yusof (Tengah)
12 Jasazrin Jamaluddin (Tengah)
13 Wan Azwari Wan Nor (Pertahanan)
14 Abdul Halim Rosli (Tengah)
15 Shahrul Efendi Mohd Ridzo (Pertahanan)
16 Muhamad Tuah Iskandar (Pertahanan)
17 Zulindra Shah Putra Adam (Penyerang)
18 Hishamuddin Othman (Pertahanan)
19 Shaharuddin Abdul Kadir (Pertahanan)
20. Mohd Shoufiq Mohamad Khusaini (Tengah)
21 Mohd Amirul Abu Seman (PG)
23 Azharirdzuan Alias (Pertahanan)
25 Mohd Amrol Jaihan (PG)
30 Mohamad Amirul Asraf Md Nor (PG)

Pemain Pos Malaysia FC 2011
Ketua Jurulatih: Mat Zan Mat Aris
Pemain baru: Saufi Ibrahim, Hafizudin Mohamad (Malacca), Mohd Amri Fazal (Kelantan), Abdullah Yusoff (Kedah), Rosaidi Shamsudin (Pahang) dan S. Sritharan (Selangor).

Pemain: G. Puvaneswaran, Mohamed Shaharudin Ismail, Mohd Zaffran Olibullah, Saufi Ibrahim, Hafizudin Mohamad (Malacca), Mohd Amri Fazal (Kelantan), Abdullah Yusoff (Kedah), Rosaidi Shamsudin (Pahang) dan S. Sritharan (Selangor)

Pemain Pulau Pinang 2011
Pemain yang dikekalkan (6): Kugen Subramaniam, Mohammad Idzwan Salim, K Kuyilan, R Paremeswaren, Ramat Najib dan Khairul Azri Jamal Abd Haziq.

Pemain baru (15): Megat Amir Faisal (Perak), S Sathiakumaran (Perak), Mohd Arif Fazlie Saidin (Perak), Mohd Hafidz Romly (KL Plus), S Kumaresan (Johor), Hafizi Roslee (PKNS), Muhamad Riduwan Ramlee (Kedah), Wan Zain Wan Azizan (Kedah), Noorshahheirmiezal Sharudin (Kedah), Rizal Ahmad (Felda United), Mohd Noraslan Makhtar (USM), Abd Latiff Suhaimi (Melaka), Premnath (Selangor), Suvinart (Perlis) dan Muhammad Elfie Harizam (Perlis).

Ketua Jurulatih: Robert Scully
Penolong Jurulatih: Abd Rahim Hassan
Jurulatih penjaga Gol: Noor Mohd Sultan

PENJAGA GOL
1 Mohd Hafidz Romly (KL PLUS) 22
22 Megat Amir Faisal (Perak) 33
25 S Kugen 21

PERTAHANAN
5 S Sathiakumaran (Perak) 29
18 Rahmat Najib Din (Kedah) 24
14 S Kumaresan (Johor) 23
4 Mohd Arif Fazlie Saidin (Perak) 24
2 Hafizi Roslee (PKNS - 2009) 26
13 Muhamad Riduwan Ramli (Kedah) 21
3 K Kuyilan 24
12 Muhammad Elfie El Yaz Harizam (Perlis) 24

MIDFIELD
11 Wan Zaim Wan Azizan (Kedah) 22
7 Rizal Ahmad (Felda United) 26
16 S Suvinath (Perlis) 24
15 Mohammad Idzwan Salim 23
8 R Paremwswaren 22
17 Khairul Azri Jamal Abd Haziq 22
6 Mohd Arsyah Mohd Ayob (Kuala Lumpur) 31

PENYERANG
9 Noorshahheirmiezal Sharudin 23
20 Mohd Noraslan Md Makhtar (USM FC) 24
10 Abdul Latiff Suhaimi (Melaka) 22
19 C Premnath (Selangor) 22

Pemain Sarawak 2011
1. Abdul Gani bin Anuar (Penjaga Gol) 03.07.1986
2. Hamidin bin Manap (Pertahanan) 23.06.1982
3. Mazwandi bin Zekeria (Pertahanan) 24.06.1989
4. Hafizal bin Marzuki (Tengah) 19.09.1984
5. Sahran bin Abdul Samad (Pertahanan) 05.02.1983
6. Mohamad Fareez bin Tukijo (Pertahanan) 25.05.1989
7. Zamri bin Morshidi (Penyerang) 20.10.1983 (Kapten)
8. Azizan bin Saperi (Tengah) 11.01.1989
9. Mohd Hairol bin Mokhtar (Pertahanan) 18.10.1984
10. Bobby Gonzales (Penyerang) 15.02.1984 (Sabah)
11. Mohamad Sharizan bin Sahari (Tengah) 21.03.1980
12. Abg Mohamad Za'afari bin Abang Othman (Tengah) 03.01.1980
13. Mohammad Dzulazlan bin Ibrahim (Tengah) 19.11.1988
15. Shahrizam bin Mohd (Pertahanan) 27.03.1979 (Terengganu)
16. Mohammad Shahrol bin Saperi (Tengah) 12.10.1984
17. Abdul Rayjal bin Abdul Jalil (Penyerang) 05.04.1990 (PDRM)
19. Wong Sai Kong (Tengah/Pertahanan) 19.09.1978
14. Khairul Azahar bin Eidros (Penyerang) 10.05.1986 (Johor MP Muar)
21. Aidil bin Mohamad (Penjaga Gol) 10.08.1980
22. Mohd Shamshul Fahmie bin Shamshuddin (Penjaga Gol) 12.01.1985 (Kelantan)
23. Mohamad Syaiful bin Sabtu (Tengah) 25.09.1981 (Johor FC)
25 Benedict Martin (Tengah) 17.07.1987 (Perak)
26. Hairul Ghadafi b. Haron ( Tengah) 15.03.1990
27. Ashri bin Chuchu (Tengah) 27.02.1991

Pemain Sime Darby FC 2011
Ketua Jurulatih: Ismail Zakaria

Pemain baru (7) dan pemain yang dikekalkan (15)

Pemain baru : Kamarul Afiq Kamaruddin (Felda United), Es Lizuan Zahid Amir (KL Plus), Mohd Nuralif Zainal Abidin (T-Team), Mohd Saiful (ATM), Mohd Badrul Hisham Morris (T-Team), Zulhisyan Jamaluddin (Johor FC), Mohd Raimi Md Nor (Kuala Lumpur), Mohd Yusri Abbas (Perlis) dan Azrine Effendy Sa'duddin)

Senarai pemain:
PG: Mohamed Redzuan Harun, Muhammad Hafiz Samsuddin, Mohd Soffuan Tawil

Pertahanan: Zulkifli Sulaiman, V. Arumugam, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Razlan Joffri Ali, Mohd Rizzat Md Nor, Kamarul Afiq Kamaruddin, Es Lizuan Zahid Amir, Mohd Nuralif, Zainal Abidn

Tengah: Shahrudim Yakup, Mohd Farkhis Fisol, L. Krishnan, Mohd Faizal Mansor, S. Kerisnan, Mohd Saiful Mustafa, Mohd Badrul Hisyan Morris, Mohd Raimi Md Nor, Mohd Nor Ismail

Penyerang: Mohizam Shah Dawood Shah, Moohd Faiz Mohd Isa, Mohd Yusri Abas, Azrine Effendy Sa'duddin

Pemain USM FC 2011
Pemain baru USM FC : Shariman Che Omar (Pulau Pinang), Jevanatham A/L Gunasekaran ( G.K Johor FC ), Mohd Akmal Mohd Noor (Harimau Muda ), Mohd Hazrul Shah (PKNS FC)

Penjaga Gol
1. Jeevanatham a/l Gunasekaran
22. Mohammad Solehin bin Mohd Rodzi
25. Mohd Hisham bin Jainudin

Pertahanan
3. Muhammad Azizan bin Md Arshad
5. Adam bin Abdul Malik
6. Ang Choon Sai
13. Mohd Fahmi bin Mohd Yusoff
15. Zairi bin Jaafar
18. Shahriman bin Che Omar
23. Mohamad Shahril bin Sidek
24. Mohd Fariss Azlan bin Mat Isa

Tengah
2. Mohd Fakhrul Radzi bin Yaacob
4. Manzoor Azwira bin Abul Wahid
7. Mohd Redzuan bin Nawi
8. Muhammad Fauzan bin Zainal Abidin
11. Thinagaran a/l Santhanadaven
16. Mohd Akmal bin Mohamad Noor
17. Mohd Hazrul Shah bin Abdul Hakim
19. Mohamad Syazwan bin Kassim
20. Mokd Kamal Azira bin Ab Manan
21. Rohaizad bin Mat Ali

Penyerang
9. Muhammad Afzan bin Zainal Abidin
10. Mohamad Baser bin Mahamad Napae
12. Mohd Failee bin Mohamad Ghazli
14. Mohd Hafiz bin Andul Rahman

Nov 27, 2010 - Tarikh tutup pendaftaran pemain untuk Liga Super dan Liga Premier 2011 ialah pada Disember 15, 2010.

Semua pasukan akan bermain pada sebelah malam dengan Liga Super pada hari Selasa dan Sabtu. Liga Premier dan Piala FA pada hari Isnin dan Jumaat, sementara Piala Presiden hari Khamis.

Saiful Amar Sudar (PKNS ke Selangor)
Yosri Derma Raju (Pahang ke Selangor)
Fadzli Saari (KL Plus ke Selangor)
K. Depan Sakwati (Melaka ke Selangor)
Azidan Sarudin (Kuala Lumpur ke Selangor)
S. Sritharan

Rezal Zambry Yahya (Negeri Sembilan ke Johor FC)
Mohd Rahman Zabul (Negeri Sembilan ke Johor FC)
Shahrizal Mohd Saad (Perak ke Johor FC)
Suradi Arbi (Kelantan ke Johor FC)
Mohammad Saufi (Pulau Pinang ke Johor FC)
Mohd Nurul Azwan Roya (Johor FC ke Kelantan)
Zuraindy Jumai (Perlis ke Sabah)
Sumardi Hajalan (Johor FC ke Sabah)
Mohd Fadzli Shaari (KL Plus ke Selangor)
Mat Zan Mat Aris (KL Plus ke KL Pos Malaysia FC, jurulatih)

Selangor menyenaraikan 23 pemain dengan pemain baru (6): Saiful Amar Sudar (PKNS), Yosri Derma Raju (Pahang), Azidan Sarudin (Kuala Lumpur), Fadzli Saari (KL Plus), K. Depan Sakwati (Melaka) dan S. Sritharan.

Pemain keluar: Hamsani Ahmad, Zaiza Zainal Abidin, Azrine Efendy Saduddin, Liew Kit Kong, R. Surendren dan Farderin Kadir.

Pahang mengekalkan Dollah Salleh sebagai jurulatih serta kesemua pemain musim 2010, kecuali Darma Raju (ke Selangor), Nik Zul Aziz Nawawi dan Hasmizan Kamarodin (ke Terengganu).

R. Surendran (Selangor ke Pahang)
M. Zaiza Zainal (Selangor ke Pahang)

Nazrolerwan Makmor (Felda United ke Pahang)
Munir Amran (Felda United ke Pahang)
Mohd Faizol Hussain (Johor ke Pahang)

Enam pemain Terengganu tidak disambung kontrak: Tengku Hasbullah Raja Hassan, Tengku Hazman Raja Hassan, Harirri Mohd Safii, K. Rajan, Mohd Zairi Hafizie


SUMBER:
http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Allah Tidak Pernah Penat

Hadith :
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”
(al-Bukhari)

Huraian
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, Januari 28, 2011

PDRM Sahkan Penyebaran Kes Culik Melalui SMS Dan Internet Palsu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya Jumaat pagi gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.

- BERNAMA

Pilihan Raya Kecil Merlimau 6 Mac, Penamaan Calon 26 Februari

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.

- MSTAR

Kenaikan tol KL-Karak dan Pantai Timur dibeku

Kerajaan hari ini mengumumkan pembekuan kenaikan tol untuk tempoh lima tahun di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh raya Pantai Timur (Fasa 1).

Manakala tol konsesi Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan persilangan Salak dan persilangan Taman Connaught, di ibu negara ditamatkan.

Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Katanya, pembekuan dan penamatan konsesi tol itu dijangka berkuatkuasa setelah urusan dokumentasi pada Mei ini.

"Di samping itu, saya juga telah meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan yang lebih penting lagi tiada pampasan akan diberi oleh kerajaan untuk semakan tol tertunggak," katanya.

Menurut Najib, penutupan tujuh tahun lebih awal itu akan memberi manfaat kepada 39 juta pengguna jalan raya.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaiaan berhemah dalam isu tol," katanya.

- MALAYSIAKINI

Penempatan 1,950 Graduan Perintis Ijazah Pendidikan PISMP dari IPGM Diketahui 1 Feb 2011 Ini

Seramai 1,950 graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) boleh melapor diri di sekolah-sekolah yang ditetapkan pada 7 Feb ini selepas urusan penempatan tempat mereka mengajar diselesaikan sebelum akhir bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyelesaikan urusan pengiktirafan mereka semalam dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang dalam proses menguruskan penempatan mereka.

"Semalam Bahagian Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran telah terima surat daripada MQA memaklumkan pengiktirafan itu dan mereka telah terus memaklumkan kepada KPM bagi menguruskan di mana graduan PISMP akan dihantar mengajar.

"Graduan boleh menyemak portal KPM mulai 1 Feb untuk mengetahui di mana mereka akan ditempatkan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Labis.

Wee berkata 1,950 graduan terbabit merupakan kumpulan perintis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPGM yang mengambil masa selama lima setengah tahun, termasuk satu setengah tahun kursus pra-universiti.

Mereka menamatkan pengajian akhir mereka di IPGM, yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan akhir tahun lalu.

Beliau berkata masalah tidak timbul melibatkan graduan lepasan PISMP daripada universiti tempatan memandangkan pengajian mereka tamat pada bulan Ogos atau September setiap tahun dan MQA mempunyai masa sehingga empat bulan untuk menguruskan pengiktirafan terbabit.

"Ini merupakan kes yang unik selepas kita meminda undang-undang sedia ada bagi membolehkan IPGM menawarkan PISMP enam tahun lalu dan mereka ini merupakan kumpulan pertama yang tamat pengajian akhir tahun lalu. Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan urusan penempatan mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap tidak ada pihak yang akan mempolitikkan isu terbabit.

Dalam sidang media yang sama, Wee turut menafikan terdapat usaha oleh Kementerian Pelajaran untuk menyatukan kelas-kelas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) apabila murid kurang daripada 35 bagi satu kelas.

"Saya telah mendapat laporan, kecuali sekolah-sekolah yang mendapat kebenaran JPM untuk pecah dua kelas. Apa yang berlaku adalah ada yang tak sampai 35, tetapi nak pecah juga dan pihak sekolah tidak mendapat kebenaran JPM terlebih dahulu. Ini menyebabkan mereka diarahkan dicantumkan semula," katanya.

Mengenai permintaan daripada pertubuhan-pertubuhan Cina di Labis dan Segamat untuk kerajaan membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina Seg Hwa yang ditutup pada 1960, Wee berkata perkara itu sedang dikendalikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.

"Timbalan Perdana Menteri akan berbincang dengan presiden MCA untuk mencari jalan penyelesaian. Ia merupakan satu proses yang berterusan. Kita perlu membuat kajian teliti dan perlu melihat daripada pelbagai sudut.

"Kita tidak mahu apabila sekolah ini dibuka, sekolah menengah persendirian lain diketepi disebabkan kekurangan pelajar," katanya.

- BERNAMA

Recent Posts