Khamis, November 13, 2008

Sayang Dan Cinta Tidak Boleh Diungkap

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu... . sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

JAWATAN KOSONG DI PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO / SOCSO)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED 25
2.PEGAWAI PERUBATAN GRED 26
3.PEGAWAI TADBIR GRED 25
4.PEGAWAI TADBIR GRED 24
5.PEGAWAI TADBIR GRED 24 (PEGAWAI PENYELIDIK-BON)
6.PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 22
7.PEGAWAI TADBIR GRED 21
8.PEGAWAI TADBIR GRED 21 (PENOLONG PENYELIDIK-BON)
9.PEGAWAI TADBIR GRED 21 (PENOLONG PENYELIDIK-EKUITI)
10.PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 19

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan:
- Dapatkan Borang Permohonan di semua cawangan PERKESO
http://www.perkeso.gov.my

Tarikh Tutup: 24 November 2008

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia

JAWATAN:
1.Eksekutif (Akaun)
2.Eksekutif (Khidmat Pelanggan)
3.Eksekutif (Pentadbiran/ Haji)

Untuk memohon, sila hantarkan surat permohonan beserta resume & sijil-sijil ke alamat di bawah:

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
LEMBAGA TABUNG HAJI
LANTAI 27, BANGUNAN TABUNG HAJI
201, JALAN TUN RAZAK
PETI SURAT 11025
50400 KUALA LUMPUR.

http://www.tabunghaji.gov.my/

Tarikh Tutup: 21 November 2008

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI (MPN), NEGERI SEMBILAN

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Jawatan:
1.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2.Penolong Pegawai Penilaian W27
3.Pembantu Undang-Undang L29
4.Pembantu Tadbir ( Kesetiausahaan ) N17
5.Pembantu Penilaian W17
6.Pembantu Penguatkuasa N17

Maklumat lanjut & Borang Permohonan:
Untuk memohon, dapatkan Borang Permohonan (MPN.1/01) berharga RM1.00 di Bahagian Pentadbiran, Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Nilai, Negeri Sembilan.
Jika melalui pos, sila sertakan sampul surat 22cm x 35cm bersetem 60sen & beralamat sendiri.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI (MPN)
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

http://www.mpn.gov.my

Tarikh Tutup: 24 November 2008

JAWATAN KOSONG DI INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALANRAYA MALAYSIA (MIROS)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.Juruteknik Komputer FT17
2.Pembantu Penerbitan N17
3.Penolong Pegawai Penyelidik Q27
4.Pembantu Penyelidik Q17
5.Penolong Akauntan W27
6.Pembantu Tadbir (Kewangan)
7.Pemandu Kenderaan (R3)
8.Pembantu Am Pejabat (N1)
9.Pembantu Tadbir (N17)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan:
http://www.miros.gov.my

Tarikh Tutup: 17 November 2008

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KELANTAN

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1.JURURAWAT MASYARAKAT
2.PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
3.PENYELIA ASRAMA
4.JURUTEKNIK (ELEKTRIK)
5.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
6.PENGAWAL KESELAMATAN
7.TUKANG K2 (JURULEKTRIK)
8.TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
9.PEMBANTU AM PEJABAT
10.PEKERJA RENDAH AWAM

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan:
http://www.kelantan.uitm.edu.my

Tarikh Tutup: 16 November 2008

Recent Posts