Ahad, Oktober 26, 2008

Jangan bohong guna nama Rasulullah!

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
(MUFTI PERLIS)

Berbohong adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar. Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-akan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton. Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan. Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan: Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya (Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210). Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah: Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya. Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”. Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang). Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”. Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian). Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).

Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia. Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan. Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.

Menghina

Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.

Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.

Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga. Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.

Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.

Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan. Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Kebatilan

Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h: Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak! Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka. Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).

Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57). Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.

Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.) Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.

Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini. Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda: Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).

Keperluan kalsium wanita

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Hukum Keseimbangan - Saling Mengingati

Apabila kita teringat akan seseorang, maka pada masa yang sama orang itu juga akan mengingati kita juga. Bentuk ingatan itu boleh jadi sama atau dalam bentuk yang berbeza. Kekuatan bentuk tenaga orang itu juga bergantung kepada kekuatan daya ingatan kita.

Misalnya apabila kita mengatakan "cantiknya dia", maka pada masa yang saya orang yang ditujukan persepsi tersebut akan turut mempunyai persepsi yang sama terhadap kita. Dia juga akan berkata sesuatu yang seumpamanya seperi "eloknya dia" atau sebagainya.

Begitu juga jika kita bersangka buruk terhadapnya seperti "saya benci dia". Maka orang tersebut juga akan turut negatif kepada kita. Sama ada dia juga akan mengeluarkan persepsi yang sama atau dalam bentuk yang berbeza seperti "saya tidak suka dia". Di sini telah wujud keseimbangannya.

Hukum Keseimbangan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun berada berjauhan. Misalnya jika kita teringatkan seseorang, tiba-tiba orang itu SMS atau menelefon kita serentak atau beberapa saat selepas kita mengintatinya. Walaupun dia tidak menghubungi kita seperti keadaan ini, Hukum Keseimbangan tetap masih berlaku dan dia tetap akan mengingati kita.

Apabila seseorang itu hening, dia boleh merasai niat seseorang itu melalui air muka atau percakapan, bentuk ayat, cara bertanya dan sebagainya. Daripada bentuk-bentuk tersebut kita boleh mengetahui niat dan keikhlasan seseorang terhadap kita. Misalnya jika kita tidak suka cara seseorang bertanya kepada kita, sebenarnya tahu yang orang tersebut sebenarnya tidak ikhlas bertanya atau sebenarnya tidak sukakan kita. Orang yang hening, sabar ikhlas dan redha tetap akan menjawab dengan ikhlas dan akibatnya orang yang bertanya akan menerima balik balasan akibat perbuatan yang tidak ikhlasnya.

Hukum Keseimbangan ini bukan boleh dibuat-buat sebaliknya ia terjadi dengan sendiri. Hukum Keseimbangan muncul secara instinct dan intuisi (minda separa sedar) yang boleh dikuatkan atau dirangsang pada peringkat minda sedar.

Mimpi mempunyai tafsiran yang berbeza. Apabila kita bermimpikan seseorang, sememangnya ia bermaksud kita selalu mengingatinya. Tetapi bukan bermaksud dia juga mengingati kita sama seperti kita mengingati dirinya.

Semasa tidur, otak akan menyusun dan menyelaraskan semula neuron. Mimpi ialah visual yang dimain semula berdasarkan set neuron yang diselaraskan ketika tidur. Misalnya ketika set neuron 1010 kita terlihat atau teringat wajah seseorang, maka semasa sedang tidur ketika dalam kombinasi penyelarasan neuron berlaku penyusunan set 1010, maka visual ketika kita sedang berjaga akan muncul.

Untuk lebih memahami maksud set neuron, saya buat perbandingan seperti ini.
Andaikan ketika berjaga kita sedang melakukan perbuatan atau memikirkan perkara ini:

Sedang berlari - 1100
Sedang cemas - 1000
Melihat harimau - 1001

Semasa sedang tidur, otak kan kembali menyusun semula neuron sehingga membentuk sel kombinasi seperti 1001 diikuti dengan 1000 dan seterusnya 1100. Ketika itu berlaku satu visual mimpi anda terserempak dengan harimau, terasa cemas dan melarikan diri daripadanya.

Apabila kita bermimpikan seseorang, boleh jadi orang itu ingin memberi peringatan kepada kita, kita bersalah kepadanya atau dia adalah musuh kita yang tidak disedari. Untuk lebih jelas, lihat kepada keadaan seseorang itu ketika dalam mimpi. Bermimpi mengenai orang yang telah meninggal pula mempunyai tafsiran yang berbeza.

Terdapat teknik yang terbaik untuk menjadikan Hukum Keseimbangan boleh dirangsang sejurus instinct dan intuisi muncul. Apabila terbayang akan seseorang, segeralah hadiahkannya Al-Fatihah. Insya Allah instinct tersebut akan terangsang sekiranya hadiah tersebut diberikan dengan penuh ikhlas dan kasih sayang walaupun dia tidak mengetahuinya.

The Important Things in Life

Sometimes people come into your life and you know right away that they were meant to be there, to serve some sort of purpose, teach you a lesson, or to help you figure out who you are or who you want to become.

You never know who these people may be - a roommate, a neighbor, a professor, a friend, a lover, or even a complete stranger - but when you lock eyes with them, you know at that very moment they will affect your life in some profound way.


Sometimes things happen to you that may seem horrible, painful, and unfair at first, but in reflection you find that without overcoming those obstacles you would have never realized your potential, strength, willpower, or heart.

Illness, injury, love, lost moments of true greatness, and sheer stupidity all occur to test the limits of your soul. Without these small tests, whatever they may be, life would be like a smoothly paved straight flat road to nowhere. It would be safe and comfortable, but dull and utterly pointless.


The people you meet who affect your life, and the success and downfalls you experience, help to create who you are and who you become. Even the bad experiences can be learned from. In fact, they are sometimes the most important ones.

If someone loves you, give love back to them in whatever way you can, not only because they love you, but because in a way, they are teaching you to love and how to open your heart and eyes to things.

If someone hurts you, betrays you, or breaks your heart, forgive them, for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to whom you open your heart.

Make every day count. Appreciate every moment and take from those moments everything that you possibly can for you may never be able to experience it again. Talk to people that you have never talked to before, and listen to what they have to say.

Let yourself fall in love, break free, and set your sights high. Hold your head up because you have every right to. Tell yourself you are a great individual and believe in yourself, for if you don't believe in yourself, it will be hard for others to believe in you.

You can make anything you wish of your life. Create your own life and then go out and live it with absolutely no regrets.

And if you love someone tell them, for you never know what tomorrow may have in store.

Learn a lesson in life each day that you live! Today is the tomorrow you were worried about yesterday. Was it worth it?

Peristiwa Bukit Kepong - Perjuangan ke titisan darah terakhir

Bukit Kepong adalah sebuah kampung terpencil yang terletak di tebing sungai Muar, Johor yang mempunyai lebih kurang 20 buah kedai kebanyakannya kepunyaan orang Cina. Kampung ini berdekatan dengan beberapa kampung Melayu dalam jarak persekitaran 3 ke 6 kilometer melalui jalan darat. Cara yang paling mudah untuk ke Bukit Kepong ialah melalui jalan raya ke Lenga dan melalui jalan sungai ke Bukit Kepong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Kedudukannya yang terpencil ini, menyebabkan Bukit Kepong terputus hubungan dengan dunia luar. Penduduk kampung ini adalah orang-orang yang sederhana, berani dan berdikari. Mereka banyak mencapai kejayaan dalam menentang pengganas komunis sejak bermulanya darurat. Insiden yang paling menarik bermula 18 bulan terdahulu apabila 3 orang Melayu bertembung dengan 3 orang pengganas komunis yang bersenjata.

Dengan hanya bersenjatakan pisau, mereka berjaya membunuh seorang pengganas, mencederakan dan menawan seorang lagi serta menyebabkan pengganas yang ketiga melarikan diri. Dalam pertempuran yang lain, pengawal kampung yang terdiri daripada 40 orang polis bantuan dan beberapa kumpulan bersenjatakan parang telah diberi penghargaan `Colonial Police Medals' ke atas keperwiraan mereka.

Pasukan Polis bantuan ini bekerjasama rapat dengan pasukan polis Bukit Kepong. Tiga orang daripada mereka sedang bertugas seperti biasa semasa Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan pengganas komunis (180 orang) lebih kurang jam 5.00 pagi, 23 Februari 1950. Pertahanan balai polis dan berek kelamin serta merta didirikan untuk menghadapi serangan hebat daripada pengganas komunis yang menggunakan senjata-senjata automatik yang mengepung balai polis. Tembak-menembak berlaku dengan sengitnya, dan pihak pengganas komunis mengarahkan supaya anggota polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh mereka. Pertempuran berterusan dan beberapa orang anggota di balai polis terbunuh, sementara di berek kelamin pula anggota-anggota polis yang tidak bertugas terus bertempur sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota marin polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Memandangkan kekuatan pertahanan balai polis, komunis mula menggunakan taktik kotor. Mereka menangkap salah seorang isteri anggota polis dan mengacukan pistol kepadanya serta memaksanya menyuruh anggota-anggota yang bertahan di balai polis supaya menyerah diri. Anggota polis menyahut seruan itu dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan menyerah diri dan akan terus berjuang. Seorang lagi isteri anggota polis dan anak perempuannya dipaksa keluar dan menyerah diri tetapi mereka enggan dan mereka sanggup mati. Akhirnya kedua mereka dibunuh. Pengganas komunis membakar berek kelamin, dua orang wanita dan kanak-kanak hangus dalam peringkat akhir pentempuran yang memakan masa 3 jam itu. Hanya tiga anggota polis termasuk seorang pengawal kampong yang masih hidup. Mereka terpaksa berlari keluar kerana mereka tidak dapat menahan kepanasan akibat daripada bangunan balai polis yang terbakar. Mereka merempuh kedudukan pengganas menyebabkan tiga orang komunis terbunuh. Hanya seorang sahaja berjaya menyeberangi sungai dengan rifle masih di tangannya.

Kesemua 21 orang anggota polis dan polis bantuan telah menghidupkan tradisi cemerlang pasukan polis dan keperwiraan mereka dengan menjadi contoh dan inspirasi kepada anggota lain pada masa hadapan. Dalam mempertahankan balai polis, 17 orang anggota telah terkorban.

Apabila bunyi pertempuran didengari oleh beberapa kampung dipersekitaran, pengawal kampung telahpun bersedia dan 7 orang daripada mereka bersama penghulu Ali bergegas ke Bukit Kepong. Lebih kurang ½ kilometer daripada Bukit Kepong mereka diserang oleh sekumpulan pengganas komunis dan terjadilah pertempuran di situ.Mereka berjaya menentang kumpulan pengganas komunis tersebut. Pertempuran sengit seterusnya berlaku apabila kumpulan pengganas komunis yang berundur mendapat bantuan dari rakan-rakan mereka.Perlawanan yang tidak setanding di antara pengganas yang menggunakan senjata automatik dengan pengawal kampung yang bersenjatakan rifle, senapang patah dan parang menyebabkan beberapa orang pengawal kampung terkorban dan tercedera.

Keadaan ini memaksa Penghulu Ali mengerahkan anak buah yang cedera berundur, sementara yang lainnya bertahan di sekitar pekan Bukit Kepong. Setelah bertahan selama 2 jam, pengganas komunis pun berundur setelah membakar pejabat penghulu dan merompak kedai-kedai.

Semasa pengawal kampung ini bertempur untuk membebaskan balai polis, sekumpulan pengawal kampung dari kampung Durian Chondong dengan menggunakan sampan menuju ke Bukit Kepong untuk memberi bantuan. Dalam perjalanan mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. Mereka yang hanya seramai tujuh orang tidak mampu melawan. Separuh daripada anggota kumpulan ini bergerak menuju ke Lenga. Mereka sampai di sana pada jam 10.00 pagi, dan di sinilah berita pertama diterima mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Apabila pengawal kampung berjaya memasuki pekan Bukit Kepong, mereka hanya dapat melihat kesan kemusnahan dan mayat-mayat yang terbujur. Buat sementara waktu penghulu mengambil alih pentadbiran sehingga pasukan polis daripada Muar sampai pada hari itu dan mendirikan balai polis baru. Mereka juga mewujudkan perhubungan semboyan di sebuah kedai kosong. Tindakan segera ini mendapat bantuan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu tetapi di hati kecil mereka masih menyimpan tanda tanya sama ada kerajaan akan mendirikan sebuah balai polis yang baru atau tidak. Segala teka teki itu terjawab apabila Menteri Besar Johor Dato' Onn bin Jaafar yang diiringi oleh penasihat British dan Ketua Polis Johor tiba keesokan harinya. Beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan mendirikan sebuah balai yang moden.

Pertempuran di Bukit Kepong merupakan suatu kekalahan dari segi fisikal tetapi memberi suatu kemenangan dari segi mental dan semangat perjuangan. Pasukan yang kecil bilangannya bersemangat dan kecekalan dalam mempertahankan maruah mereka dari tipu daya pengganas komunis supaya menyerah diri walaupun terpaksa berhadapan dengan musuh yang 10 kali ganda kekuatan daripada mereka. Pihak pengganas komunis juga mengalami kecederaan yang banyak.

Ini ialah kemenangan bukan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga, sahabat handai tetapi kepada negara dan bangsa. Anggota-anggota polis boleh menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka dengan menyerah diri tetapi mereka sedar bahawa mereka berjuang kerana perkara yang lebih penting dari nyawa mereka. Mereka berjuang untuk menyelamatkan tanah air mereka dari dijajah oleh pengganas Komunis. Semoga Allah akan mencucuri rahmatNya ke atas roh-roh mereka.

Apa nak buat bila duit takde?

Kali ini saya ingin bertanya pada anda, apa nak buat bila takde duit? Pastinya, pinjam duit ngan kawan, mintak ngan mak, bapak, kakak atau abang.

Cemana kalau bil datang berlambak, sedangkan anda tak cukup duit nak bayar dan due date dah nak dekat? Apa yang anda rasa dan apa yang anda fikirkan?




Geram? Susah hati?
Tak Puas Hati Sebab Tak Cukup Duit?



Pernahkah anda rasa berbelanja beli makanan tu sesuatu yang menyeksakan dan mengurangkan DUIT anda?

Adakah anda perasan duit yang ada makin kurang dan income yang ada tak dapat di simpan langsung? Pernahkah anda terfikir apa sebabnya? rasanya, tak pernah.. i am talking about the Law of Cause and Effect.

Secara realitinya, tak ramai orang fikirkan puncanya. Mereka asyik memikirkan masalah diri sendiri yang tak cukup duit!

Fikir tentang masalah kewangan, ia akan mendatangkan lebih banyak masalah kewangan. Fikir tentang tak cukup wang, ia akan menarik lebih banyak lagi perkara dan situasi yang membuatkan anda sentiasa tak cukup wang. Ada-ada saja!



Semuanya bermula di MINDA.



Jadi, mulai sekarang, jangan fikirkan masalah. Fikirkan cara nak keluar dari masalah. Focus on solutions.

Tanya diri sendiri, apa yang perlu aku buat untuk selesaikan masalah ni? Cemana nak tambahkan income aku? Apa yang aku bole buat?

Saranan saya, lepas tu, relaks.. pergi berjalan-jalan atau melihat-lihat keadaan sekeliling. Idea dan inspirasi akan timbul tiba-tiba. Minda perlukan susana yang tenang dan relaks untuk memberikan jawapan.

Kalau anda tak cukup duit, fikirkan tentang banyak duit. Bayangkan anda memegang wang kertas warna Ungu dan Biru yang tebal. Jangan persoalkan kenapa. Jika anda mempersoalkanya, anda seperti tak percaya dengan KUASA MINDA diri sendiri. Jumlahnya? anda yang tentukan.

Lihat diri anda sebagai orang yang sentiasa berduit. Feel it, like it REAL.

Lihat dalam kepala anda, anda sedang memegang duit, rasa kasarnya duit kertas tu, warnanya, nombornya, baunya dan bunyinya bila anda mengira duit tersebut.

Bangkitkan rasa gembira dan rasa gembira sangat-sangat bila anda menerima duit tu. Lebih REAL, lebih baik. Bayangkan sekerap mungkin.

Sekali lagi, apa yang anda fikirkan, akan terjadi. Cuma masa yang menentukan.

Ucap terima kasih atas duit yang anda terima. Tentunya terima kasih tak terhingga pada yang maha Esa.

Bila duit berjuta yang anda fikirkan, then million ringgit will come to you.

Bila masalah berjuta-juta yang anda fikirkan, believe me.. a million tons of problem also gonna come to you!.



Unbelieveable? Better Believe It.



Anda takkan rugi apa-apa. Jadi, jangan fikirkan masalah.

Buat sesuatu untuk keluar dari masalah. Fikir strategi untuk keluar dari masalah, hari ini, esok dan sampai bila-bila.

Semuanya bermula di minda anda. Minda adalah kunci khazanah kita.

20 tip pikat Mr Bachelor


Berkeperibadian menarik, menduduki jawatan profesional malah harta rumah dan kereta kini bukanlah prasyarat atau jaminan memiliki teman hidup. Akhirnya, umur makin meningkat dan ‘saham’ merudum gara-gara tidak berteman.

Namun, tidak semua orang inginkan situasi begitu. Sudah menjadi impian setiap insan untuk disayangi pasangan masing-masing. Lumrah alam menyebut lelaki diciptakan untuk wanita, begitulah sebaliknya.

Kebahagiaan yang tercipta itu bagai kisah agung Romeo dan Juliet dalam meniti kemuncak kebahagiaan. Namun, secara realitinya masih ramai insan di luar sana yang tidak mengecapi nikmat kebahagiaan, walaupun hidup bersama pasangan yang diimpikan.

Meskipun ramai lelaki dan wanita solo, belum tentu semuanya serasi dijadikan pasangan hidup. Faktor usia, perbezaan profesion, latar belakang pendidikan hingga keserasian menjadi antara penghalang mendekati kenalan baru.

Ditambah pula dengan bebanan kerja serta komitmen lain yang menghalang usaha bertemu pasangan sesuai, apatah lagi menyemai bibit cinta. Akibatnya angan-angan memiliki pasangan yang boleh menyayangi dan meniti detik susah senang hanya tinggal kenangan.

Jika sepanjang hari masa dihabiskan di tempat kerja hingga membawa ke petang, sebelah malam pula menjadi begitu sunyi dan terasing. Hari-hari begitu tentunya berasa bosan. Adakah ini yang dicari selama ini?

Bagi seorang wanita, ungkapan anak dara tua atau lebih manis dipanggil andartu bagaikan halilintar dan cukup ditakuti. Apatah lagi apabila saban tahun usia meningkat dan terus meningkat. Apakah tidak ada lelaki yang ingin mendampingi?

Terfikir juga, apalah yang dicari seorang lelaki di dalam hati kecil seorang wanita. Terkenang juga nasib seorang teman yang berusia awal 30-an. Kulit wajahnya cantik, berpotongan badan menarik dan cukup peramah tetapi sehingga kini tiada teman lelaki.

Mengenangkan masalah kenalan tadi, terbayang nasib wanita yang mungkin masih tercari-cari teman hidup. Pada usia sebegitu, hati kecil mereka inginkan kebahagiaan hidup berumahtangga, memiliki insan bergelar suami serta dikurnia cahaya mata.

Mungkin ada wanita yang mengandaikan lelaki mudah didekati. Lelaki digambarkan cukup mudah digoda dengan keperibadian dan kecantikan. Ternyata, fakta itu mungkin ada benarnya. Tetapi perlu diingat, tidak semua lelaki begitu. Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan ego dan prinsip diri.

Kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Begitu jugalah halnya apabila memiliki pasangan hidup. Meskipun seorang wanita hadir dengan pakej lengkap yang membolehkan dirinya mendekati hati lelaki pujaannya, harus diingat tidak semua lelaki mempunyai cita rasa yang sama.

Faktor cita rasa dan keserasian itulah jugalah yang mungkin kenalan wanita tadi tidak berpeluang menemui jejaka idamannya.

Artikel ini cuba menyelami masalah wanita solo seterusnya melerai kesukaran mendekati Mr Bachelor. Bersama tips ringkas, mungkin sedikit sebanyak membantu ramai wanita kembali yakin untuk bertemu sang arjuna hati.

Paling utama, pastikan anda berkeyakinan dan jangan berputus asa memikat lelaki pada zaman siber ini. Manalah tahu, kali ini mungkin berjaya bertemu kekasih pujaan. Ayuh pelajari 20 ciri-ciri wanita kesukaan lelaki dan sebaliknya...

Lelaki suka...



Wanita bersifat keibuan

Gaya lemah lembut dan berperawakan sederhana mudah meruntun jiwa lelaki. Mustahil seorang wanita sebegini terus membujang!


Wanita matang

Lelaki teruja apabila berdepan wanita yang matang. Bijak, pandai membuat keputusan dan tidak merimaskan adalah kunci kejayaan menjadi kekasih pujaan seorang lelaki.


Wanita yang menjadi dirinya sendiri

Jangan menjadi ‘plastik’ semata-mata untuk memenangi hati dan perasaan seorang lelaki. Lelaki lebih gemar dan selesa berbual dengan wanita yang tidak kekok bila berbicara.


Wanita berpotongan badan menarik

Jangan pula terasa hati andai tidak memiliki bentuk badan idaman. Sebaliknya, yakin pada diri sendiri dan penting sekali mengambil pemakanan sihat.


Wanita berterus terang

Pantang bagi seorang lelaki apabila seorang wanita cuba menyembunyikan rahsia dirinya. Lelaki suka apabila wanita berterus terang dan terbuka.


Wanita yang sederhana

Usah pula menunjukkan ‘saham’ anda yang kononnya tinggi dengan meminta itu dan ini. Lelaki tidak sukakan cabaran dan situasi yang sukar kerana mereka gemar sesuatu lebih bersifat sederhana.


Wanita pandai memasak

Jangan merasakan kecantikan sudah cukup membeli jiwa seorang lelaki. Sebenarnya faktor memasak juga menjadi kunci kejayaan dalam menawan hati seorang lelaki. Rajin-rajinlah ke dapur!


Wanita pandai menjaga hati

Keperibadian wanita yang lemah lembut mudah untuk didekati dan disayangi lelaki. Jangan sesekali membangkitkan perkara yang membuatkan dirinya cemburu dan menyakitkan hati.


Wanita yang manja

Manja bukan bererti mengada-ngada. Manja yang disenangi seorang lelaki adalah milik mutlak dirinya semata-mata. Jangan pula menunjukkan sikap sama dengan lelaki lain sehingga membangkitkan rasa cemburu. Awas!


Wanita yang menghormati dirinya

Sudah menjadi resam lelaki untuk menguasai dan seorang wanita itu perlulah menghormati dirinya sebagai ketua.


Lelaki benci...


Wanita jual mahal

Lelaki mempunyai ego yang tinggi. Jangan sesekali meletakkan diri anda umpama seorang ratu. Akibatnya sukar untuk memujuk kembali hati seorang lelaki.

Wanita ego

Ego seorang wanita tidak boleh mengatasi sifat semula jadi lelaki. Jika kedua-dua ego bertemu, alamatnya memang tidak ke mana perhubungan itu.

Wanita mengongkong

Mungkin seorang wanita berasa sikap mengambil tahu sebagai bukti cintanya, tidak pula bagi lelaki. Lelaki hanya menganggap dirinya dikongkong apabila semua perkara dilakukannya ingin diketahui pasangannya.

Wanita seksi

Jangan sesekali merasakan imej seksi boleh membeli jiwa seorang lelaki. Tanggapan itu salah, sebaliknya seksi di mata lelaki lebih kepada perawakan semula jadi dan kelembutan peribadi seorang wanita.

Wanita mengada-ngada

Terdapat dua faktor berbeza antara wanita manja dan mengada-ngada. Lelaki cukup mual bila berdepan dengan wanita mengada-ngada hingga merimaskan mereka.

Wanita terlalu mendesak

Pantang seorang lelaki apabila didesak untuk melakukan perkara yang dia tidak senangi. Jangan memaksa sebaliknya berbincang dengan cara baik sebelum membuat keputusan.

Wanita yang terlalu memuji dirinya

Tidak perlu terdesak untuk menonjolkan kehebatan diri sendiri sehingga boleh menjejaskan keselesaan seorang lelaki. Biarlah pujian itu datang dari mulut seorang lelaki.

Wanita yang mata duitan

Jangan pula menonjolkan sikap ‘pisau cukur’ dengan meminta itu dan ini sehingga sukar untuk diberi seorang lelaki.

Wanita yang hipokrit

Lelaki boleh memaafkan kesalahan wanita tetapi jangan sesekali bersikap hipokrit dalam perhubungan sehingga mengeruhkan keadaan.

Wanita kuat cemburu

Belumpun sampai ke gerbang perkahwinan wanita sudah cemburu tidak tentu pasal. Perlu diingat, lelaki mudah bosan dan tidak suka dikongkong dengan perkara remeh-temeh!

 

What Allah Created?

Water is the First Creation

Allah created the heavens, the earths, and the mountains.
Allah created the rivers and the seas.
Allah created the sun, the moon, the stars, and the planets.
Allah created the shrubs, the trees, the humans, and the animals.
The first thing Allah created was water. It is above the heavens. Then Allah created the Grand ^Arsh.
The ^Arsh is a platform with pillars. It is the largest of the bodies that Allah created, and it is the ceiling of Paradise.

Allah is the Creator of everything.


The First Human Being, Our Master Adam

After Allah had created the heavens, the earths, the angels, the jinn, the trees, the birds, and the animals, Allah created our master Adam from soil.
Our master Adam was the first human.
Adam was the first of the prophets and messengers.
Allah created Adam without a father or a mother.
Allah created the angels from light. They are the inhabitants of the seven heavens.
Allah created the jinn from fire. The father of the jinn is Iblis.


Paradise
Allah created Adam in Paradise.
Paradise is above the seven heavens.
Paradise is very big.
Paradise is very beautiful.
Paradise has many trees, rivers, and birds with beautiful sounds. It has all what one would like.


Paradise and Hell
Allah prepared Paradise for the believers who followed the prophets (may peace be upon them) and believed them. The pious believers will enter Paradise on the Day of Judgment without punishment.�

Also Allah created Hell for the sinners and the blasphemers who belied the prophets and did not follow the true Religion. The blasphemers will enter Hell on the Day of Judgment and they will never go out of it.


Adam Lived in Paradise
Adam (may peace be upon him) lived in Paradise 130 years, eating from its fruits; drinking from its rivers of water, honey, and milk; and living in it enjoyably without getting sick, tired, or sad.


Lady Hawwa' (Eve)
After a period of time Allah created a wife for our master Adam. Her name was Hawwa' .
She lived a kind and peaceful life with Adam in Paradise.
She loved her husband and he loved her.


Adam Was Beautiful
Our master Adam was beautiful. He was tall, with an upright body. He was not like the animals that walk on four legs. He was not ugly.�

Hawwa' was beautiful also. She was tall, with an upright body. She was not ugly.�

Adam and Hawwa' were not naked. They used to wear clothes.

Adam and Hawwa' and Their Descent to Earth

After Adam and Hawwa' lived in Paradise for a long period, Allah made them descend to earth.

They gave birth to many children.
Adam and Hawwa' started to build and construct things such as homes.
All of their children were Muslim; none of them was a blasphemer.




The Religion of Adam and Hawwa'

Adam and Hawwa' were Muslim. Each of them loved and worshipped Allah. They used to pray, fast, and go to Hajj (pilgrimage).�

They both had good manners.�

Good manners are for one to tolerate the harm, and to be good to people when talking to them and when dealing with them--whether or not they treat one likewise.


Our Master Adam is a Prophet and a Messenger
When Adam (may peace be upon him) came down to earth, Allah made him a prophet and a messenger to his wife and offspring, to teach them Tawhid and the prayers.

Tawhid is to know what attributes befit Allah and to know the difference between the Creator and the created things.

He taught them the basis for good behavior, truthfulness, trust-worthiness, and sincerity.

An example of good behavior is to be trustful in dealing and not to cheat.
An example of trustworthiness is if someone put money with another person to safekeep it, that person would give it back.

Sincerity means to be obedient (which means to obey Allah's orders) hoping for reward from Allah and not seeking to please people.



Our Master Adam was Articulate
Our master Adam spoke all languages.
Adam was articulate.
He had a beautiful voice.
He knew the names of everything.
Allah, the Exalted, said in the Qur'an:


This Ayah means: [... .. and Allah created in Adam the knowledge of the names of everything.]�

He used to talk with his children with clear words and not with signs.�

Adam knew all the names of the creations such as the name of the sky, the earth, the sea, the air, the angel, the jinn, and the like.�


Adam Plants and Harvests
Allah created in our master Adam the knowledge of the matters of earning a living.

Allah created in Adam the knowledge of how to make the instruments for planting, like a shovel and a sickle.

Allah created in Adam the knowledge of how to plant seeds, vegetables, and fruits, and how to harvest.

Allah created in Adam the knowledge of how to make bread out of wheat, and Adam used to make it well.


Adam Builds the Ka^bah
Our master Adam learned how to build.
Adam used to build homes and houses.
He used to make ceilings and doors for them.
He was the first to build the Ka^bah.
During his time, the Aqsa Mosque was built in Palestine.

Jenaka Telur

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

To my friends who are....

1. To my friends who are.....SINGLE
Love is like butterfly. The more u chase it, the more it eludes u. But if u just let it fly, it will come to u when u least expect it. Love can make u happy but often it hurts, but love's only special when u give it to someone who is really worth it. So take your time & choose the best.

2. To my friens who are.....NOT SO SINGLE
Love isn't about becoming somebody else's "perfect person". It's about finding someone who helps u become the best person u can be.

3. To my friends who are.....PLAYBOY/GIRL TYPE
Never say "i love u" if u don't care. Never talk about feelings if they aren't there. Never touch a life if u mean to break a heart. Never look in the eye when all u do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girls is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall & it works both ways...

4. To my friends who are.....MARRIED
Love is not about "it's your fault", but "i'm sorry". Not "where are u", but "i'm right here". Not "how could u"' but "i understand". Not "i wish u were", but "i'm thankful u are".

5. To my friends who are.....ENGAGED
The true measure of compatibility is not the years spent together but how good u are for each other.

6. To my friends who are.....HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as u want & cut as deep as u allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

7. To my friends who are.....POSESIVE
It breaks your heart to see the one u love happy with someone else but it's more painful to know that the one u love is unhappy with u.

8. To my friends who are.....AFRAID TO CONFESS
Love hurts when u break up with someone. It hurts even more when somebody breaks up with u. But love hurts the most when the person u love has no idea how u feel.

9. To my friend who are.....STILL HOLDING ON
A sad thing about life is when u meet someone & fall in love, only to find out in the end that it was never meant to be & that u have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he`s not going to be worth it a year or 10 years from now. Let go...Take it as a learning experience towards finding the right one.

10. TO ALL MY FRIENDS.....
My wish for u is a man/woman whose love is honest, strong, mature, never changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding & unselfish.
Because, "Love is very patient & kind, never jealous or envious, never boastful or proud".

Keruntuhan akhlak hancurkan peradaban bangsa

Isu atau masalah akhlak remaja amat membimbangkan dan menjadi cabaran getir masa kini untuk mewujudkan bangsa yang berpegang teguh kepada nilai etika, moral dan agama. Nilai itu mesti terus dipupuk di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan.

Semua bergantung kepada iman, jika iman rapuh nilai moral dan etika turut rapuh. Hambatan hawa nafsu menjadikan manusia mengejar wang dan kebendaan serta tuntutan seks tidak terbatas. Keadaan ini menyebabkan mereka lupa hak orang lain dan nilai murni yang seharusnya dimiliki untuk menjadikan manusia lebih bertanggungjawab serta berperadaban tinggi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Paling dekat dengan aku kedudukannya pada hari kiamat adalah orang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya." (Hadis riwayat Ar Ridha)

Pelbagai isu akhlak membelenggu masyarakat hari ini antaranya rasuah, penagihan dadah, seks bebas, mencuri, berjudi dan mencabul kehormatan. Ada juga gejala lepak, lewat ke sekolah, ponteng, biadap terhadap guru, menipu dan tidak menghormati kedua-dua ibu bapa.

Isu keruntuhan moral jika dibiarkan bukan saja meruntuhkan akhlak dan peradaban bangsa, malah menghancurkan kehidupan masyarakat. Hal ini juga berkait rapat dengan kegiatan jenayah.

Antara faktor berlaku gejala ini adalah keluarga serta cetek pengetahuan keibubapaan dan keruntuhan rumah tangga. Faktor persekitaran juga mempengaruhi pelajar dan remaja termasuk kemudahan kafe siber dan pusat hiburan.

Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan mendidik akhlak anak supaya menjadi teladan baik dalam kehidupan. Anak adalah pewaris kepada ibu bapa yang akan menjadi contoh generasi seterusnya.

Daripada Abu Zar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bertakwa kepada Allah di mana saja kamu berada. Ikuti kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik." (Riwayat Imam Ahmad)

Dalam keadaan sekarang masyarakat lebih banyak cuba menyelesaikan tanda penyakit daripada cuba mencari punca penyakit sosial dan mengenalinya. Pepatah, "mencegah lebih baik daripada mengubati", sepatutnya menjadi panduan ke arah membanteras sesuatu penyakit itu sebelum berlaku.

Daripada Abu Darda', Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Bukan (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya; orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut." (Riwayat al-Tirmizi)

Gejala keruntuhan moral dan penyelewengan dalam masyarakat harus menjadi tanggungjawab kita untuk membanterasnya. Individu itu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.

Usaha bersepadu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah sosial yang semakin merebak. Allah memberikan kita akal dan ilmu untuk menyelesaikannya. Semua institusi dan agensi harus bergerak secara sepadu untuk membantu pembangunan insan yang sihat sesuai dengan peradaban tinggi bangsa diidamkan. Kesimpulannya, Allah mengingatkan kita kesusahan, kecelakaan dan bencana apabila berlaku, maka tidak hanya menimpa orang yang ingkar dan berlaku zalim semata-mata. Semuanya akan memberi akibat buruk kepada semua. Oleh itu kita harus bertanggungjawab mengatasi isu akhlak dan moral dari akar umbi lagi.

Recent Posts