Rabu, Julai 23, 2008

Nasihat berguna dalam Islam

2 hal yg sgt UTAMA
- iman kpd ALLAH
- beri manfaat kpd sesama muslim

2 perintah NAbi agar bergaul dgn ULAMA’
- hendaklah kamu duduk bersama ulama’ dan mendengarkan perkataan hukama’ ( org bijak) kerana ALLAH ta’ala menghidupkan hati yg mati dgn CAHAya hikmah sebagaimana bumi yg mati dgn air hujan.
- duduklah bersama kubara’ (ulama’ besar) dan bertanyalah kpd para ulama serta bergaulah dgn para hukama’ (org bijak)

2 KESEdihan
- kesedihan dlm urusan DUNIa dpt MenGGELAPkan HATi
- kesedihan dlm urusan AKHIrat bias MENERAngkan HAti..

2 Pencarian
- brgsiapa mencari ilmu beerti ia sedang mencari SYURga
- brgsiapa mencari kemaksiatan beerti is sedang mencari NERAka

3 hal yg dpt meninggikan DARjat manusia ialah :
- membudayakan ucapan SALAM ( di klgn kaum muslim)
-suka memberi makan kepada TAMU
- solat TAHAJUD pd tgh malam saat org sdg tidur nyeyak

3 penyebab KErosakan
- kerana terlalu byk MAKAN
- kerana terlalu byk BICARA
- kerana terlalu byk TDUR

3 faktor pembentuk keperibadian
- jadilah manusia paling BAIK di sis ALLAH
- jadilah manusia yg paling BURUK dlm pandangan dirimu
- jadilah manusia BIASA di hadapan org lain…

3 penambah daya INGATAn
- BErsiWAk
-berpuasa
- membaca AL QURAn

3 hal yg paling Baik
- hari yg paling baik adalah hari JUMAAT
- bulan yg paling baik adalah bulan RAMADHan
- amalan yg paling baik adalah menjalankan solat fardhu TEPAT pada waktunya..

Selasa, Julai 22, 2008

Adab makan yang baik

1. Makan hanya bila terasa lapar.

2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan
seboleh-bolehnya dengan sabun.

3. Sebelum makan hendaklah membaca `Bismillah…"

4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan
dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan
terdapat aliran yang dipanggil `bio-current' yang apabila tersentuh
dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan
dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang
disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila
hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu
kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan
memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.

8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri
rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu
makan.

9. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan,
memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.

10. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan
dari terdedah.

11. Berpegang pada prinsip `makan untuk hidup dan beribadah, bukan
hidup untuk makan'.

Jutawan cara Islam

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.” Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya , kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.

Percayakah kita??

'Percayakah kita tentang Ababil
Burung yang kecil membawa api
Memusnah Abrahah serta tentera gajahnya
Kaabah yang kukuh tidak bisa runtuh
Pertolongan Allah tidak bisa ditangguh
Musnah mereka Al Quran buktinya
Jika kita percaya
Mengapa bom atom kita takutkan
Mengapa Amerika kita gerunkan
Mengapa peluru kecil kita bimbangi

Percayakan kita tentang Si Hajar
Melahirkan Putera Ismail seorang diri
Di Perdu kurma musafir diri
Tiada bekalan tiada simpanan
Kaki Ismail nadi kehidupan
Di kaisnya kaki air bumi terjadi
Ibu dan anak dahaganya tiada
Akhirnya telaga zam - zam sumber berzaman
Jika kita percaya
Mengapa takut kebulur di bumi
Mengapa dibimbang isteri mengandung
Mengapa memikir tanamankan kontang
Penguasa zalim menjadi harapan

Percayakah kita tentang Musa
Lautan luas dapat dibelah
Tongkat buruk sebagai senjatanya
Akhirnya Firaun lemas kernanya
Bukti teragung Allah yang berkuasa
Tiada terfikir oleh manusia
Selamat Yahudi hinggalah kini
Pertolongan Allah kepada hambanya
Jika kita percaya
Mengapa takut berakit ke laut
Mencari hasil khazanah alam
Mengapa dibimbang kekuatan musuh Allah
Tidak tercatat dalam sejarah
Rusia dan Amerika mengambusnya laut

Percayakah kita Israk dan Mikraj
Di langit ke 7 peristiwa dirakam
Solat diperintah kepadanya rasul
Syurga dan neraka juga dipertonton
Azab dan nikmat diperhati jua
Semalam cuma berlaku segala
Bukti keagungan Yang Maha Esa
Jika kita percaya
Mengapa solat ditinggal sia - sia
Berjemaah terpuji tiada dilaksana
Dosa perbuatan tidak dihitung
Pahala di beri tiada minat untuknya

Setiap tahun perbuatan diikut
Menyembelih binatang tuntutannya agama
Daging diagih kepadanya insan
Teladan Ibrahim menyembelih Ismail
Si Ayah yang mematuh
Si Anak mengikut
Nyawa di beri tidak langsung disayangi
Perintah Allah itu yang utama
Korban nyawa korban segalanya
Walau kasih sayang tiada terjual layaknya
Kerna putera tunggal gantinya tiada
Jika kita percaya
Mengapa anak di biar cuma
Mendedah aurat bercampur jantina
Berfesyen mendedah tidak berani menegur
Kerna kasih sayang semua diturut
Walaupun hukum Allah diinjak seadanya
Sayang di dunia mungkin menderita di 'sana'

Isnin, Julai 21, 2008

JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Kekosongan di Shah Alam dan Cawangan UiTM.

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

Jawatan:
-Pegawai Pergigian (U41)
-Pegawai Farmasi (U41)
-Penolong Pensyarah (DM29)
-Pembantu Teknik (Awam) (J29)
-Pembantu Perubatan (U29)
-Pembantu Farmasi (U29)
-Jururawat (U29)
-Juru X-Ray (U29)
-Jurupulih Perubatan (U29)
-Penolong Pegawai Keselamatan (KP27)
-Pegawai Eksekutif (N27)
-Penolong Pegawai Kesatria (S27)
-Pelukis Grafik (B17)
-Juruteknik Komputer (FT27)
-Pembantu Veteriner (G17)
-Juruteknik Landskap (J17)
-Juruteknik Awam (J17)
-Jurutrengkas (N17)
-Penyelenggara Stor (N17)
-Pembantu Belia dan Sukan (S17)
-Pembantu Pembedahan Pergigian (U17)
-Pembantu Perpustakaan (S17)
-Operator Loji (R3)

Borang Permohonan On-Line:
http://www.uitm.edu.my

Tarikh Tutup: 4 Ogos 2008

Dragon Fruit - Good for high blood pressure

Also known as the Dragon Fruit, the Pitaya is a stunningly beautiful fruit with an intense colour and shape, magnificent flowers and a delicious taste. The fruit, apart from being refreshing and tasty, contains a lot of water and minerals with many different nutrition ingredients. It tastes light sweet and it's good for liver, laxative, supplementing fiber and very suitable for diet.

Besides, dragon fruit is also good for person who has a high blood pressure. According to popular experience, obese person who has eaten dragon fruit regularly canreduce his/her weight naturally and have a beautiful balanced body but it does not influence on his/her health. Moreover, eating this fruit can stop and reduce diabetes. Hence, dragon fruit is a favorite fruit of many people especially Asian customers.

Benefits of eating the Dragon Fruit

1. Enhance the body metabolism (Protein)
2. Improve digestion (Fiber)
3. Reduce Fat (Fiber)
4. Improve memory (Carotone)
5. Maintain the health of the eyes (Carotone)
6. Strengthen bones and teeth development (Calcium)
7. Tissue development (Phosphorus)
8. Help to metabolise carbohydrates and produce energy (Vitamine B1)
9. Improve appetite (Vitamine B2)
10. Moisturise and smoothen skin and decrease bad cholestrol level (Vitamine B3)
11. Improves the immune system and promotes healing of cuts and bruises (Vitamine C)

USEFUL TIPS:

How to Select and Store
They should be full-colored and free of moldy spots. Dragon Fruit should be refrigerated, unwashed, for up to 5 days. Serve chilled.

The Fruits of Yourself

T - O - M - A - T - O
you're TAKEN.

C - H - E - R - R - Y
you like someone ALOT but don't know how they feel about you

S - T - R - A - W - B - E - R - R - Y
you're in a relationship & you love the guy / girl so much that you never want to lose them no matter what it takes. you'll do anything for them.
you love them SO MUCH!

G - R - A - P - E
you're SINGLE and proud of it

C- O - C - O - N - U - T
you're SINGLE, & don't REALLY CARE.
All you want to do IS LIVE LIFE and HAVE FUN!!

L - E - M - O - N
you're about to GIVE UP.

B - A - N - A - N - A
you're TAKEN but CONFUSED.

P - I - N- E - A - P - P - L - E
YOU are taking LIFE as it comes.

W- A - T - E - R - M - E - L - O - N
you were left at birth then taken in by
elves and NOW you're FIGHTING crime WITH a CANDY CANE.

A - P - P - L - E
You like SOMEONE and they like you, BUT
you both aren't together

L - I - M - E
You don't care anymore.

O - R - A - N - G - E
ACCEPT with the way things
are RIGHT NOW. You're just LOOKING to have a good time.

B- L - U - E - B - E - R - R - Y
CONFUSED.

G-U-A-V-A
Sweet and Salt.

Kerjakan solat dengan sempurna

MUSLIM sejati mentaati segala perintah Allah dan me melihara diri daripada perkara ditegah, malah berhati-hati dalam beribadat termasuk solat yang menjadi tiang agama.

Apabila bersolat, golongan ini mengerjakannya dengan ikhlas dan khusyuk, sama ada secara bersendirian atau berjemaah, dengan penuh adab serta tertib.

Tetapi sekiranya seseorang Muslim itu tiada pengetahuan, sudah tentu solat tidak dapat dikerjakan dengan sempurna, malah gagal mencapai darjat khusyuk yang sebenar.

Penceramah bebas, Omar Abdul Rahman, berkata solat bukanlah ibadat mudah seperti disangkakan sesetengah pi hak, sebaliknya ia memerlukan kekuatan ilmu supaya dapat dilakukan dengan baik.

“Ramai antara kita tidak khusyuk ketika mengerjakan solat, malah ada yang solat sambil lewa, hilang tumpuan, banyak angan-angan dalam solat, salah mengangkat takbir dan cara berdiri.

“Ada juga yang bersolat dengan menggoyangkan badan dan menggerakkan anggota badan dengan berlebihan.

“Walaupun ada sesetengahnya boleh dimaafkan, ia di khuatiri akan menyebabkan solat menjadi batal,” katanya dalam satu ceramah di surau al-Hidayah, Taman Kesumba, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Ceramah bersiri itu dihadiri penduduk tempatan, baik yang muda mahupun tua bagi menambah ilmu agama, sekali gus memantapkan lagi prestasi ibadat setiap hari.

Beliau berkata, golongan yang meringankan solat akan diseksa Allah dengan 15 seksaan, dengan enam di dunia dan masing-masing tiga seksaan saat meninggal dunia, di dalam kubur dan ketika bertemu Tuhan pada hari kiamat.

Antara seksaan di dunia katanya, tiada keberkatan dalam kehidupan, sukar mendapat rezeki dan dihilangkan seri cahaya pada muka.

Menurutnya, orang tidak bersolat juga hidup dalam ke kufuran dan segala kebajikan dilakukan tidak mendapat pahala.

“Doanya tidak diangkat ke langit manakala matinya dalam kehinaan, penuh kelaparan dan dahaga teramat sangat. Orang yang tidak bersolat juga disempitkan kubur mereka,” ka tanya.

Katanya, seksa ketika bertemu Allah pada hari kiamat termasuk dihela sehingga jatuh ke bumi dengan rantai diperbuat daripada api neraka sepanjang tujuh puluh hasta diikat pada tengkuk. Ia dimasukkan ke mulut dan keluar pada dubur tanpa kasihan serta kekal tanpa pengampunan Allah kerana kekufurannya.

Hiburan biar berpada-pada

REALITI kehidupan hari ini, masyarakat dunia tidak dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai cabaran. Malah, cabaran masa kini lebih hebat dan menguji kecekalan.

Jika dulu, menyampaikan sesuatu berita mungkin meng gunakan khidmat wakil utusan atau dengan burung, tetapi kini maklumat dapat dicapai dengan hujung jari dalam masa singkat, walaupun jauh jaraknya.

Sedar atau tidak dalam kepelbagaian cabaran itu, mereka yang memusuhi Islam tidak pernah berputus asa daripada memikirkan strategi untuk menghancurkan umat Islam.

Mereka tidak lagi menggunakan senjata untuk memus nahkan perpaduan dan kehidupan orang Islam, sebaliknya dengan kaedah lebih licik.

Antara strateginya adalah menghidangkan segala bentuk hiburan dengan sebanyak-banyaknya sehingga menyebabkan kelekaan.

Apabila sudah leka dan dibuai keseronokan, mereka dengan sendirinya menjadi semakin gemar kepada hiburan serta keseronokan, malah seboleh-bolehnya mahu berhibur se panjang hari, sehingga membantutkan segala pekerjaan.

Lantaran terikut-ikut dengan gelodak keseronokan, gejala sosial menjadi-jadi terutama membabitkan muda-mudi, per gaulan sudah tiada sempadan, penyalahgunaan dadah seperti tidak terkawal, ragut dan lepak sudah menjadi lumrah.

Benar, naluri manusia memang cenderung kepada hiburan kerana hiburan menyeronokkan dan menenangkan hati.

Tetapi bentuk hiburan bagaimana yang memberikan ke tenangan? Apakah lagu, lawak jenaka dan seni budaya yang dipersembahkan dalam pelbagai gaya ini memberikan ke tenangan? Nilailah sendiri.

Jika direnung sejenak, inilah bentuk hiburan yang popular pada hari ini dan ia begitu berpengaruh. Ada antaranya dimeriahkan dengan keterlaluan sehingga ada yang sanggup mengetepikan agama dan sopan santun ketimuran.

Malang sekali jika dalam berhibur, kepatuhan kepada agama diambil ringan, waktu solat diabaikan serta berpakaian pula hanya untuk menunjuk-nunjuk. Dari sini mulalah berputik masalah, akhirnya melebar kepada keruntuhan moral.

Apakah corak hiburan yang dipopularkan hari ini tidak selari dengan tuntutan syarak?

Sebagai umat Islam, lunas syariat perlu diambil kira, tidak terbabit dengan pergaulan bebas sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran, menghindari muzik dan tari menari melalaikan serta merangsang syahwat, berpakaian sopan dan menutup aurat.

Bentuk hiburan yang keterlaluan akan melalaikan diri daripada melaksanakan ibadat dan tanggungjawab terhadap Allah, malah boleh membawa kepada syirik sekiranya seni kata lagu misalnya mengandungi unsur pemujaan syaitan.

Fitrah manusia suka kepada keseronokan, hiburan tetapi awas, jangan sampai lupa mengingati Allah, jangan pula kerana terlalu seronok harga diri tergadai.

Berhibur secara keterlaluan akan mengundang malapetaka, tiada lagi erti ketenangan, malah hati menjadi semakin keras, lupa untuk bersyukur kepada Allah, sehingga tanggungjawab juga diabaikan. Justeru, berpadalah apabila berhibur.

Sejarah menunjukkan keruntuhan kerajaan seperti Abba siyah, Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu Melaka dise babkan kemewahan hidup yang melalaikan, sehingga berasa kehidupan begitu selesa dan terlalu menyeronokkan.

Ini menunjukkan mereka yang asyik dengan keseronokan saja akan mengundang kemaraan musuh serta membuatkan diri dan negara terjajah.

Bahkan, disebabkan keseronokan itu juga mereka lupa kehidupan di akhirat, sedangkan akhirat sudah pasti seperti dijelaskan dalam firman bermaksud:

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan per mainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.” (al-An’am:32)

Amalan istighfar sebagai penghapusan dosa

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Demi Allah, jika kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka." - (Hadis riwayat Muslim)

Sudah menjadi lumrah manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu dan godaan syaitan.

Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah.

Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambahlah dosa dilakukan lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.

Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.

Melakukan dosa biarpun yang dikatakan dosa kecil perlu dihindarkan kerana dosa kecil boleh menjadi dosa besar apabila:


Dilakukan secara berterusan dan tidak ada azam untuk meninggalkannya. Oleh sebab itu, ada yang mengatakan: "Tidak ada dosa kecil bersama adanya azam untuk terus melakukan, dan tidak ada dosa besar bersama adanya permohonan meminta keampunan.


Perbuatan dosa besar yang dilakukan sekali dan tidak diulangi, harapan untuk memperoleh keampunan terhadapnya lebih besar daripada dosa kecil dilakukan secara berterusan.


Jika dianggap kecil, tetapi sebaliknya, jika dianggap besar, maka ia menjadi kecil di sisi Allah kerana anggapan besar itu timbul daripada kebencian dan berpaling hati daripadanya.

lSebahagian ulama berkata: "Jika seseorang melihat kebesaran Tuhan yang ia menderhaka dengan melakukannya, maka ia akan memandang dosa kecil menjadi besar, dan bukan sebaliknya."


Jika disertai perasaan gembira dan bermegah dengannya.


Jika menganggap ringan keampunan Allah terhadap perbuatannya, tertipu diri kerana menyangka kebolehannya untuk terus melakukan perbuatannya itu disebabkan pemeliharaan Allah terhadapnya dan merasa aman daripada azab-Nya.


Jika dizahirkan, seperti mengatakannya kepada orang lain setelah melakukannya atau sengaja melakukannya di hadapan orang lain.


Jika dilakukan oleh orang yang berilmu dan diikuti masyarakat. Oleh sebab itu, seorang ulama berkewajipan menjauhi dosa, dan menyembunyikannya jika terlajak melakukannya.

Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

Dalam keghairahan kita mendidik anak-anak..secara sedar atau tidak kita mungkin telah melakukan perkara-perkara yg tidak sepatutnya seperti dibawah. Sekiranya ya, masih belum terlambat untuk kita membetulkan keadaan.

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Recent Posts