Jumaat, Julai 04, 2008

Siapa yang anda suka & siapa yang anda cinta?

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan
gembira...

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa
berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma
berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang
kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas
berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta...
Tapi kita selalu
merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan
turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah
menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup
mereka,
Cuma fikirkanlah siapakah yang anda suka dan
siapakah yang anda cinta? ;-)

Khamis, Julai 03, 2008

Jaga lidah bila bercakap!

Seseorang Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pesan Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.

Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga.

Jawab Baginda: “Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.”

Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.”

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.

Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.

Majlis Kenduri Perkahwinan menurut Islam

Bagi setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka.

Majlis kenduri kahwin dianjurkan agama dan hukumnya sunat. Justeru, sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, apabila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat. Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis itu, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara.

Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan.

Gesaan bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud: “Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.”

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat.

“Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram.

“Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya,” katanya.

Mohd Rani menegaskan, walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama.

“Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik.

“Ulama besar yang warak dulu tidak menghadiri majlis kenduri apabila ada bunyi gong atau gendang, kerana mereka tidak mahu dilalaikan benda seperti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila mengadakan majlis kenduri kahwint jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.

“Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,” katanya.

Mohd Rani berkata, masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

“Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat.

“Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,” katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan.

Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.

Sementara itu, menurut Datuk Daud Che Ngah, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan.

“Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk.

“Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk),” katanya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.” (Muslim)

Katanya, dalam perkahwinan boleh mengadakan kenduri tetapi jangan terlalu mewah, bercampur maksiat dan terdedah aurat.

Rabu, Julai 02, 2008

Sifat wanita yang disukai lelaki

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya .

Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Kemampuan berfikir bezakan manusia dengan haiwan

BERSYUKUR atas jati diri kemanusiaan adalah penting. Apabila kita memahami hakikat kemanusiaan yang ada dalam diri, kita tidak mungkin melakukan perbuatan seperti perangai haiwan. Kita berusaha sekuat tenaga supaya bertindak berlandaskan akal dan fikiran.

Menurut falsafah, perbezaan manusia dengan haiwan itu tidak banyak. Manusia adalah haiwan yang berfikir. Oleh itu, daripada segi kemampuan berfikir, sesungguhnya manusia lebih unggul apabila dibandingkan dengan haiwan.

Apabila kemampuan ini tidak digunakan dengan baik, hilanglah keunggulan yang ada pada diri dan akhirnya kita seperti binatang, bahkan lebih buruk lagi.

Allah menganugerahkan pelbagai kelebihan kepada manusia. Anugerah terbesar dimiliki manusia berbanding makhluk lain adalah akal. Dengan akalnya manusia mampu mengambil pengajaran dan memanfaatkan semua kemudahan yang Allah ciptakan di dunia.

Manusia yang mampu menakluk semua makhluk di dunia ini. Allah memberikan pendengaran, penglihatan dan perasaan. Semua itu adalah modal supaya manusia mampu menduduki darjat yang paling tinggi di sisi Allah.

Keunggulan manusia melebihi jin dan syaitan. Oleh itu, janganlah sekali-kali merendahkan diri kita sehingga menyerupai binatang iaitu makhluk yang bergerak dan bertindak atas rasa dan sifat binatangnya.

Binatang, sehariannya hanya sibuk memenuhi keperluan makan, minum dan syahwat. Tidak ada tujuan lain. Pada sebelah pihak lain, syaitan menggunakan seluruh kesempatan diberikan Allah bagi menyesatkan manusia supaya mereka mempunyai teman di neraka. Seluruh waktu syaitan digunakan bagi melakukan maksiat kepada Allah.

Allah menjelaskan dalam mafhumnya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami jadikan neraka jahanam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan bagi memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan bagi melihat (tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan bagi mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 179)

Jagalah imej sebagai manusia. Gunakan kemampuan berfikir. Gunakan akal supaya kita mampu menjadi makhluk paling mulia. Apabila tidak mampu menjaga imej sebagai manusia pasti kemuliaan yang ada pada diri kita jatuh dan berubah menjadi hina.

Rahsia Psikologi Warna

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Reasons Why Life Without A Girl Friend Is Cool??

1. You can stare at any Girl... ... .

2. You don't have to spend money on her.

3. You won't get boring result in ur board papers.

4. No girlfriend, no emotional blackmailing.

5. If u don't have a girlfriend, she can't dump u.

6. Having a girlfriend is hot, not having a girlfriend is automatically cool, and every one loves to be a cool guy.

7. This can be more to life than just waiting for the bloody phone to ring.

8. You won't have to tolerate someone else defining, "right" and "wrong" for u.

9. Girlfriend can get so possessive that you can't do anything according ur wishes anymore.

10. You can buy gifts for mom, dad, sis or grandpa instead of a girlfriend and have a happier family life.

11. You won't have to waste paper writing love letters. No more endless waiting for ur date to arrive at some weird shop place.

12. You can have more friends, as u will have more time for them.

13. You wont have to see boring love stories instead of sports.

14. You wont have to tell lie to anybody and, therefore, u'll sin less.

15. You can have good night's sleep-no need to dream about her.

16. You wont have to fight over having a 'special' friend with ur folks.

17. No nonstop nonsense.

18. You wont have drown in the pool of her tears.

19. No tension.

20. You can be "urself"

21. You wont have to hide your telephone bills... ..

Selasa, Julai 01, 2008

Senyum kambing

Bapa

Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut!

B.I

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan: 'Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah'.

Tiru

Cikgu:Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa:Apa bukti awak?
Cikgu:Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Makan

Si A:dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?

Si B:kau makan ape?

Si A:makan angin...

Si B: ??????

Jodoh kita - cepat atau lambat?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke
seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh
asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan
itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya
apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa
pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti
untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab
ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri
tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum
bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi
yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi keesokan harinya.."

PENDAFTARAN GRADUAN ANAK TERENGGANU

Graduan anak Terengganu yang baru menamatkan pengajian, sila buat pendaftaran di E-SISWAZAH & E-FARM.

Pendaftaran hanya untuk graduan diploma dan ijazah sarjana muda yang dilahirkan di Terengganu atau salah seorang ibu atau bapa dilahirkan di Terengganu (jika lahir di luar Terengganu).

E-SISWAZAH
http://esiswazah.terengganu.gov.my/

E-FARM
http://efarm.terengganu.gov.my/