Khamis, Mac 20, 2008

Tiada manusia terlepas daripada iblis

IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.

Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan supaya memberikan peng hormatan kepada Nabi Adam.

Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga meng ingkari perintah Tuhan, ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya.

Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. “Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.”

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.

“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.”

Allah berfirman: “Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.”

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah me nyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.”

Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat.” (al-Hijr:30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Sesung guhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah mem benci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan ke untungan peribadi sahaja, tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cen dekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan se boleh-bolehnya. Nabi Adam dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan.

Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam, Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf.

Qarun yang kaya-raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi.

Sehingga hari ini apabila terjumpa harta benda di perut bumi, manusia menggelarkannya harta karun sempena nama Qarun.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah dan melanggar segala perintah-Nya sehingga sama-sama memasuki neraka.

“Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.” (al-Hijr:43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya me nyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan.

Dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersolat.

Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.

Tindakan iblis itu menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan, malah disebabkan terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.

Bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya supaya hanya beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri.

Begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami.

Si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasa tidak yakin dengan keadilan Allah.

Mereka yang hartawan juga dipengaruhi kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin.

Pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis. Cuma bezanya ialah se setengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya.

Dealova - Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Selasa, Mac 18, 2008

Apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita

Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/ bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/ kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/ malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak ke tandas pun perlu minta izinnya.

Isnin, Mac 17, 2008

Berdua Lebih Baik - Acha Septriasa

lihat awan di sana
berarak mengikutiku
pasti dia pun tahu

ingin aku lewati
lembah hidup yg tak indah
namun harus ku jalani

reff: berdua denganmu
pasti lebih baik
aku yakin itu

bila sendiri
hati bagai langit
berselimut kabut

berdua denganmu

lihat awan di sana
berarak mengikutiku
pasti dia pun tahu

ingin aku lewati
lembah hidup yg tak indah
namun harus ku jalani

Ahad, Mac 16, 2008

Loghat Terengganu

jauh sapok.....teramatlah jauhnye
panah sang @ panah kettik.........panas yg teramat sgt
sejuk ketto........sejuk yg teramat sgt
comel lote.........comel yg amat
ija naung..........hijau kehijauan
itang lettung @ itang
legang......tersangatlah hitamnya

punoh jahnang......rosak teruk
taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat (hehe..)
kona lepe.........corner di simpang
sampai mencecah tanah
kelecak baghak......terpelanting
nakuk paik.......penakut yg amat sgt
tinggi lonjong....tinggi sgt
nipih nayyang.....nipis sgt
masing pekkok.....teramat masin!

maknga............cuai
babei.............degil
jabir/supik/plastik ghok-ghak....plastic bag je padahal (haha..)
koghok............tengkorak
kehek.............muntahkan semula
puahsang..........boring
meppeh............tak larat
kepeh blepeng.....kempis sgt

lapo perut........lapar
ngatuk mate.......mengantuk
bedooh lalu........melampau sgt
koghok keghing goh....teruk betul kamu (menyumpah)
tadok aghoh........habis ikhtiar
penuh bobbok/rumbu.......penuh sampai melimpah
penuh nembok......penuh sampai melimpah

gemuk debbok......gemuk sgt
kuruh kering.....kurus sgt
botok licing.......botak licin (rambut)
kechok.............jalan terhinjut2
gege..............bising
suke glekek.......ketawe menggelekek
manih leting......sgt manis

dulli mung........tak ambik peduli
musing ketang.....cari di merata tempat
letihsang.........letih sgt
gong..............sombong
srupe tule/supatule.......sama saje
beghak nanang......berat sgt
ringang lepung.....ringan sgt
ketik nnyamuk......digigit nyamuk
makang kkucing (ada sabdu).....dimakan kucing
kattok wong........katak (siap ade bunyi tuu.. hehe)
dop tahu starang.....tak tahu pun

busuk kohong....busuk gile
agah...org yg sombong @ mengacah budak kecik
soheh dok munggg??... kamu ni biar betul!!
apah nyor...... hampas kelapa
angus letong...... sangat hangus
bata golek ..... bantal pelok

Lulus ujian dibalas syurga

SATU keistimewaan yang disediakan Allah kepada ahli tauhid dan mereka yang mengerjakan kebaikan ialah syurga, iaitu tempat kenikmatan bagi orang yang takut dengan sebenar-benarnya akan keagungan Allah, takut berdepan dengan Rabbul Jalil pada hari yang tidak berguna harta dan anak-pinak.

“Hari yang harta benda dan anak-pinak tidak dapat mem berikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang dapat menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik).” (as-Syu'arak:88-89)

Oleh kerana syurga adalah tempat yang istimewa, untuk masuk ke syurga juga bukanlah mudah, malah golongan yang layak masuk juga adalah golongan istimewa, sabar dengan ujian dan menempuh kehidupan dunia dengan istiqamah.

“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga se dangkan belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di kalangan kamu dan belum nyata orang yang sabar.” (Aali Imran: 142)

Selepas diuji, hanya orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang layak masuk syurga Allah. Antara nya yang dinyatakan dalam al-Quran ialah:

Iman - Iman ialah menyatakan dengan lidah, mem benarkan secara yakin dengan hati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian dengan anggota badan, bahawa Allah itu ada, Maha Esa dan Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah dari sifat kekurangan.

Tanda seseorang itu beriman ialah hati mereka gementar apabila diingatkan mengenai Allah (iaitu hukum-hukumnya), iman mereka bertambah apabila dibacakan ayat Allah, mereka bertawakal kepada Allah, mereka hanya menyembah Allah serta mampu menegakkan yang hak dan kewajipan.

“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (al-Anfaal:2)

Amal kebaikan - Perbuatan baik atau amal soleh ialah melaksanakan dan memelihara ajaran agama Allah, tidak melakukan dosa dan jika melakukan dosa yang tidak sengaja segeralah memohon keampunan daripada Allah.

“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa mereka selain Allah. Dan mereka tidak menerangkan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui.” (Ali Imran:135)

Soleh ialah orang yang mengerjakan segala amal usaha yang mendatangkan kebahagiaan untuk dirinya, untuk agamanya, bangsanya, tanah airnya, negaranya dan untuk manusia semuanya. Amal soleh ialah segala hal yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

Takwa - Takwa ialah memelihara diri dari sesuatu yang lain atau takut kepada Allah dan beramal dengan mentaatinya. Menurut istilah syarak taqwa ialah menjunjung perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Dengan perkataan lain, takwa bermaksud meninggalkan semua larangan Allah dan melaksanakan segala peraturannya serta selalu taat kepadanya sesuai dengan kemampuan.

Allah memerintahkan hamba-Nya supaya melakukan ibadat untuk mendidik dan membersihkan jiwa dan melarang perbuatan maksiat untuk membersihkan kekotoran jiwa.

“Sesungguhnya orang yang bertakwa itu di dalam syurga (taman-taman) dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi tuhan yang berkuasa.” (al-Qamar:54-55)

Al-birr, iaitu melakukan kebajikan. Ertinya melakukan amal bakti atau kebajikan terhadap Allah mahupun ling kungannya. Orang yang melakukan kebajikan disebut sebagai “abrar”.

Golongan “abrar” mesti mengakui kebenaran wujud pen cipta iaitu Allah sebagai inti rukun iman. Demikian juga membenarkan dengan yakin terhadap rukun iman yang lain.

Al-birr juga bererti taat kepada kehendak Allah, baik melaksanakan perintah mahupun menjauhi larangannya. Ia juga bererti melakukan kebajikan dan derma, tidak berdusta, selalu menepati janji yang dibuat.

“Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas yang campurannya ialah air kapur.” (al-Insan:5)

Kapur ialah nama satu mata air di syurga yang airnya putih dan baunya sedap serta enak sekali rasanya.

Benar - benar ialah jujur atau bersikap benar. Orang yang jujur ialah orang yang menyatakan sesuatu sesuai dengan hakikat sebenar, tidak mengurangi atau menambah fakta sehingga orang yang mendengar akan memperoleh gambaran yang benar mengenai hal yang dinyatakan.

Kejujuran itu adalah kewajipan yang perlu ditaati sama ada dalam hubungan dengan Tuhan mahu pun hubungan sesama manusia.

Menyerah diri kepada Allah, tawakal dan taslim - Mak sudnya ialah menyandarkan diri kepada Allah dalam meng hadapi suatu kepentingan, bersandarkan kepadanya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana dengan jiwa yang tenang dan hati yang tabah.

Dengan pengertian lain - menyerah diri kepada qada' dan qadar selepas berusaha sekuat mungkin, sesuai dengan kewajipannya sebagai manusia.

Sabar - Orang yang sabar ialah orang yang teguh dan tahan menghadapi pengaruh hawa nafsu. Orang yang sabar juga tahan derita ujian dengan reda dan ikhlas serta berserah diri kepada Allah.

Islam memandang sabar adalah tiang iman, hiasan manusia dan jalan yang membawanya ke peringkat kehidupan yang tenang dan tenteram. Sabar adalah satu cara hidup golongan terawal terutama kalangan nabi dan ilmuan.

“Hanyalah disempurnakan orang-orang yang sabar itu balasan mereka tanpa hitung (iaitu syurga).” (az-Zumar:10)

Tanda kekasih curang

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula 'memasang' yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.

Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.


Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.

Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.

Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.

Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.


Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.

Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.


Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.

Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.

Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.

Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.


Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.

Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.


Tidak lagi rajin menelefon anda

Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.

Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.

Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Sabtu, Mac 15, 2008

Cinta dalam hati - Ungu

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kaupun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku...

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...

Jumaat, Mac 14, 2008

Kelebihan Solat Tahajud

SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.

"Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

-Jauh daripada segala penyakit

-Lahir kesan takwa pada wajahnya

-Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

-Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

-Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

-Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

-Dipermudahkan hisab

-Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

-Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."

Khamis, Mac 13, 2008

Rahsia & hikmah sujud

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi.
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan
suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai
kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya
Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.
mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkanpening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya
3) Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur .
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood
circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA
RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta,sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

Rabu, Mac 12, 2008

Cemerlang di dunia & akhirat

MENJADI manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.

Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.

Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Benar ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat.

Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.

Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?

Jawab Umar: Ya, pernah.

Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?

Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas’ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat. Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan.

Pertama: Laburkan masa untuk merancang hidup.

Kedua: Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

Ketiga: Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.

Keempat: Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.

Kelima: Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

Keenam: Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.

Ketujuh: Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

Kelapan: Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.

Kesembilan: Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Recent Posts