Khamis, Februari 28, 2008

Tips untuk berjaya dalam pelajaran

1. Tips Keberjayaan

Apa itu berjaya ?

B - Belajar tanpa jemu

E - Elakkan sikap malas

R - Rajin bertanya

J - Jangan mudah putus asa

A - Analisis kelemahan diri

Y - Yakin anda boleh mengatasinya

A - A ? Pasti dalam genggaman!!


2. Perancangan Berjaya

Rancang dengan baik untuki menghadapi peperiksaan
Jika anda gagal merancang?bermakna anda sebenarnya merancang untuk GAGAL!!


3. Tips Belajar

Ulangkaji Pelajaran -> Faham Dan Ingatkan -> Buat Banyak Latihan -> Skor A Dalam Peperiksaan...

Rajin Dan Konsisten -> Usaha Gigih Dan Jitu -> Tidak Berputus Asa -> Pasti A Dalam Tangan...

Selasa, Februari 26, 2008

Isnin, Februari 25, 2008

Rahsia Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati
bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung takberguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untukmemikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-bukucinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelakiyang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Jumaat, Februari 22, 2008

33 langkah untuk sentiasa bahagia

1. Syukuri semua nikmat.

2. Sabar apabila ditimpa kesusahan.

3. Tawakal apabila mengatur rancangan.

4. Ikhlas dalam segala amal dan perbuatan.

5. Jangan dengki dengan kekayaan orang.

6. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.

7. Jangan goyah oleh fitnah.

8. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

9. Jangan sakiti ayah dan ibu termasuk juga mertua atau saudara mara.

10. Banyak berkunjung ke "rumah" Allah.

11. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.

12. Perbanyakan zikir dan doa kepada Allah.

13. Cintailah suami/isteri atau keluarga seadanya.

14. Hormati semua orang.

15. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.

16. Berlaku adil dalam segala urusan.

17. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.

18. Perbanyakkan hubungan silaturrahim.

19. Tutup aurat sesuai dengan ajaran Islam.

20. Bicaralah secukupnya dan berhenti apabila rasa tidak perlu.

21. Hargai waktu, berdisiplin terhadap waktu dan manfaatkan waktu.

22. Jangan terlalu banyak hutang.

23. Selalu ingat akan kematian.

24. Jangan melukai hati orang lain.

25. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.

26. Laksanakan tugas dengan kesungguhan.

27. Lihatlah orang yang lebih miskin.

28. Jangan pula sombong jika kaya.

29. Jadilah manusia yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

30. Jangan buat orang lain menderita dan sengsara.

31. Berkatalah yang baik-baik atau diam.

32. Sediakan waktu untuk beriadah.

33. Jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Rabu, Februari 20, 2008

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI (KPDNHEP)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:

Jawatan - PEGAWAI PEMANTAU HARGA

Kementerian - Majlis Harga Barang Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Kumpulan - Pengurusan Dan Profesional

Gaji - Gaji Tetap RM 1500.00 Sebulan

Imbuhan/Elaun - Elaun Perjalanan RM 300.00 Sebulan

Syarat Lantikan;

1. Warga Negara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun.
3. Memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf denganya.

Taraf Jawatan - Kontrak

Tempoh Lantikan - 1 Tahun

Diskripsi Tugas;

1. Membuat kutipan harga barangan perlu bagi kawasan dan daerah yang telah ditetapkan.
2. Membuat laporan mingguan mengikut pusat masing-masing dan menyalurkan laporan kepada Urusetia Majlis Harga Barang Negara untuk pengumpulan, penjadualan dan pembangunan pangkalan data

Tempat Kekosongan - Negeri Terengganu.

Pemohon hendaklah hadir sendiri ke pusat temuduga terbuka seperti dibawah;

Tarikh : 4 Mac 2008 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 4.45 petang

Tempat :

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Negeri Terengganu
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
20200 Kuala Terengganu

@

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Cawangan Kemaman
Aras 3, Bangunan Persekutuan
24000 Kemaman, Terengganu

@

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Cawangan Besut
Lot 321 & 322, Lorong 1
Taman Jerteh, Jerteh
22000 Besut, Terengganu

@

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Cawangan Dungun
Lot 7932, Jalan Baru Pak Sabah
23000 Dungun, Terengganu

Pemohon hendaklah membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran (Surat Beranak) dan salinan sijil-sijil akademik serta dokumen lain berkaitan sertakan bersama dengan resume.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini hendaklah dikemukakan kepada:

Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Negeri Terengganu
Tingkat 4, Wisma Persekutuan
20200 Kuala Terengganu
Pejabat Am: 09 6204179 @ 6204181
No. Fax : 09 6237893

Wanita berhak pilih suami

Tidak salah letak syarat dalam memilih calon

JIKA lelaki boleh, mengapa kita menidakkan hak wanita? Mereka juga berhak menentukan lelaki yang bakal mencorak masa depan yang lebih bahagia,” kata Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain mengenai sejauh mana hak wanita dalam memilih suami.

Menurut penceramah bebas yang juga peguam syarie ini, tidak hanya lelaki malah wanita juga berhak menentukan jodoh.

“Pilih yang sekufu. Sekufu ini timbul apabila wujud unsur wali mujbir (pilihan keluarga) atau dalam erti kata lain, wanita tiada kuasa memilih atau menentukan siapa calon suaminya.

“Keluarga seperti ibu bapa atau datuk harus memilih demi memastikan calon lebih sekufu dengan perempuan. Dalam konteks ini, seseorang calon lelaki yang dipilih itu mestilah menepati kehendak wanita atau perempuan itu,” katanya.

Dalam masyarakat kini, sering dengar cerita lelaki mencari wanita dengan ciri tertentu seperti kaya, cantik dan berpendidikan sebagai tuntutan dalam merencanakan sesebuah rumah tangga.

Namun menurut Zaidi, wanita juga harus meletakkan syarat yang perlu menjadi keutamaan dalam memilih calon bersesuaian dengan diri mereka. Ini dilakukan dengan meletakkan agama sebagai pilihan teratas kerana menerusi pegangan agama yang kukuh saja mampu menjamin masa depan.

“Selain agama, wanita juga berhak memilih lelaki yang mempunyai harta. Bukan kerana mereka bersifat kebendaan tetapi itu tuntutan keperluan hari ini di samping tidak mengenepikan rupa paras. Ini kerana secara nalurinya, wanita juga menginginkan lelaki yang kacak atau sedap mata memandang.

“Wanita tidak harus dipersalahkan jika mereka mengutamakan keturunan yang baik atau tahap pendidikan lelaki berkenaan contohnya lelaki berpendidikan lebih tinggi atau setaraf dengannya.

“Kedua-dua aspek ini ada peranan tersendiri dalam menentukan masa depan yang bahagia. Bahkan Rasulullah saw juga bersabda mengenai perkara berkaitan dengan meletakkan ciri tertentu kepada pasangan kerana faktor yang dikatakan ini ada jaminan kebahagiaan,” katanya.

Baginya, tidak akan jadi baik sesebuah keluarga atau keturunan itu jika harta semata-mata menjadi pilihan dengan mengenepikan aspek yang dinyatakan tadi.

“Kalau dapat yang kacak, mungkin duit tak banyak. Kalau dapat yang kaya, rupa pula tak begitu menarik. Namun kalau ada agamanya, kalaupun tak kaya, tak mengapa. Mungkin ia lebih menenangkan jiwa justeru agama menjadi asas pertimbangan paling wajar dalam hidup berumah tangga.

“Kita tahu manusia tak sempurna namun dalam perkahwinan, mungkin ia dapat diperbaiki dari semasa ke semasa ke arah mencari kesempurnaan itu. Saya dapat katakan, aspek agama dilihat sama ada sebagai kekurangan atau kelebihan seseorang ibarat garam yang bakal melazatkan makanan yang dimasak dalam menggambarkan akrabnya hubungan pasangan,” katanya.

Dia turut mencadangkan supaya pasangan yang sekufu melakukan ‘persyarikatan’ dalam rumah tangga. Dalam erti kata lain, pasangan isteri harus bersyarikat dengan suami baik dari pelbagai segi termasuk idea, minat dan hobi dalam mencari hala tuju bersama.

“Mungkin jika wanita meminati perniagaan, mereka boleh mencari lelaki yang menceburi bidang korporat jika ingin mengikut rentak. Jika minat seni atau dekorasi, hendaklah dicari lelaki yang memang berada dalam bidang berkenaan.

“Tapi itu tak bermakna kalau tak mendapat lelaki mengikut kecenderungan yang dinyatakan, ia berakhir di situ saja. Mungkin wanita mahupun pasangan yang boleh mendorong minat ke arah apa yang disukai pasangan dalam usaha mendekatkan lagi fahaman yang menjadi resipi kebahagiaan,” katanya.

Situasi kini menyaksikan wanita yang memiliki tahap kerjaya lebih tinggi mungkin menjadi punca lelaki ‘takut’ mendekati mereka tetapi Zaidi menolak tanggapan ia menyebabkan peratusan wanita tidak berkahwin semakin bertambah.

Katanya, masyarakat mesti adil dalam memberi persepsi atau mencari punca segelintir wanita tidak berkahwin.

“Mereka dilabelkan sebagai anak dara tua. Secara amnya, semua wanita ada keinginan untuk berkahwin dan hidup bahagia, dikelilingi cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

“Namun banyak faktor mereka tidak berkahwin. Antaranya, mungkin jodoh belum sampai, mengejar cita-cita serta tanggungjawab seperti menanggung masalah kewangan keluarga dan adik-beradik yang masih belajar.

“Untuk itu, jangan cepat melatah atau menuding jari. Siapa yang mahukan perkahwinan separuh jalan? Kes perceraian yang banyak berlaku hari ini antara puncanya mungkin tak sekufu. Oleh itu, tak salah wanita memilih bahkan berhak mencari yang sekufu demi jaminan masa depan terbaik,” katanya.

Mendasari sabda Rasulullah saw, dia merumuskan wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana harta, kecantikan, nasab keturunan dan agama.

“Pilihlah wanita kerana agamanya nescaya engkau akan bahagia,” katanya.

Tip

CIRI lelaki beriman boleh dikenali menerusi ciri tertentu, antaranya:

Secara kasar, keimanan boleh dilihat pada latar belakang pendidikan, baik secara formal atau sebaliknya. Tidak bermakna seorang lelaki beriman itu diukur menerusi pendidikan hingga mencapai ijazah di negara Timur Tengah, sebaliknya ia dapat dilihat menerusi amalan hidup seharian.

Mereka yang mendahulukan solat selain cara hidup yang tidak mengenepikan agama, sering menjadi penilaian wanita.

Mengenal pasti keturunan sesebuah keluarga lelaki yang bakal menjadi pasangan dengan mengenali keluarga dan asal-usulnya. Boleh juga dirisik menerusi rakan, jiran sekampung dan seumpamanya.

Jaminan kebahagiaan bukan terletak pada jumlah harta dimiliki tetapi jika wanita mendapat jodoh lelaki kaya, ia dianggap satu bonus.

Rupa memberi ketenangan. Wanita boleh meletakkan ciri sendiri dalam konteks ketampanan suami kerana ia bersifat subjektif. Apapun, biarlah segala resah, bimbang dan duka si isteri hilang sebaik terpandang wajah suami yang redup dan tenang.

Selasa, Februari 19, 2008

Antara Kawan & Kekasih

Ramai orang mengutamakan kawan dari
kekasih ... dan ada juga mengutamakan
kawan kerana kekasih ... anda tergolong dari yang
mana ... hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan
mengisi kekosongan hati ...
hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ...
berkongsi segala suka duka dan
teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus
kupilih. Kawan pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan.

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus
didahulukan. Kawan tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu.

Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa
kusisih. Kawan menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan.

Antara kawan dan kekasih Keduanya aku
harapkan. Kawan sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui.
Kawan sejujur kata,
Kekasih setulus setia

Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu
kawanku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang
tiada sempadan...

Isnin, Februari 18, 2008

Tanda-tanda wanita terpikat dengan lelaki

"Dia Tidak Senang Duduk"
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

"Tunjuk Minat"
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

"Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya"
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

"Dia Menjual Dirinya"
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

"Bersikap Terbuka"
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan. WOW!

"Membayangi Anda"
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

"Anda Diajak Ke Tempat Lain... "
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya."

Ahad, Februari 17, 2008

10 Laluan Menuju ke.....

10 LALUAN yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya?

1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan teroengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/
kencing)

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau meng! ajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh
Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang
boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Sabtu, Februari 16, 2008

The Value of Life

To realize
The value of a sister
Ask someone
Who doesn't have one

To realize
The value of ten years:
Ask a newly
Divorced couple.

To realize
The value of four years:
Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a stillborn.

To realize
The value of one month:
Ask a mother who has given birth to A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

To realize
The value of one-second:
Ask a person
Who has survived an accident.

Time waits for no one.

Treasure every moment you have.

You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend or family member:
When u LOST SOMEONE...

Doa isteri kunci kejayaan suami

DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

Beliau yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.

Beliau berkata, sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.

“Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.

“Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga,” katanya.

Katanya, fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.

“Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.

“Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga,” katanya.

Menurutnya, mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.

“Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.

“Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga,” katanya.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri katanya ada peranan tersendiri.

Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.

“Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.

“Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.

“Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang,” katanya.

Ustaz Wan Akashah turut menyarankan wanita menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.

Katanya, kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.

“Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.

“Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga,” katanya.

Recent Posts