Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Universiti. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 29, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK SESI JUN 2013

 

Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2013.

Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT, lulusan Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA, lulusan Matrikulasi KPM dan lulusan Institut Pertanian Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web : https://upu.mohe.gov.my (Lepasan SPM) dan www.politeknik.com.my (Lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti)

Iklan Kemasukan : Klik sini 

Tarikh Tutup :
- Lepasan SPM : 15 April 2013
- Lepasan Diploma Politeknik : 30 Mac 2013
- Lepasan Sijil Politeknik : 15 April 2013




 

Sabtu, September 15, 2012

Keputusan Rayuan Ke IPTA Ijazah Pertama 2012 Boleh Disemak Mulai 15 September 2012 (Sabtu)

Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi, asasi serta setaraf bagi ijazah pertama boleh disemak mulai 12 tengah hari Sabtu, 15 September 2012.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata calon boleh membuat semakan keputusan menerusi laman web - http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.my atau http://jpt.ums.edu.my.

"Calon turut boleh mengetahui status mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi semua talian telefon bimbit dengan menaip UPU jarak RESULT jarak diikuti dengan nombor kad pengenalan, dan hantar ke 15888 atau menghubungi talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777 dan talian am 03-88706755 atau 6766," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata calon juga boleh menyemak dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA mulai Selasa ini, dan rayuan dianggap gagal sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga akhir bulan ini.

Calon yang menghadapi sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88706767 dan 03-88706777.

Jumaat, Julai 13, 2012

38,549 lepasan STPM, matrikulasi ditawar ke IPTA

PUTRAJAYA 13 Julai - Sejumlah 38,549 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi ditawarkan ke 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa berkata, berdasarkan jumlah itu, 21,959 orang (57 peratus) adalah terdiri daripada aliran Sains dan 16,590 (43 peratus) pula daripada aliran Sastera.

"Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak hari ini mulai jam 12 tengah hari melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

"Semakan juga boleh melaui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

- UTUSAN

Semakan kemasukan ke UTM (Lepasan SPTM)

Calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf yang memohon mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi akademik 2012/2013 boleh membuat semakan bermula 13 Julai 2012.

Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar UTM dalam satu kenyataan memberitahu, status keputusan permohonan kemasukan boleh diperiksa mulai 12 tengah hari menerusi beberapa saluran, antaranya hotline 03-88706767; helpline 03-88706777; talian am 03-88706755/6766 serta laman web http://upu.mohe.gov.my dan www.jpt.utm.my.

Calon juga boleh memeriksa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip 'UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888 ataupun melalui e-mel azhara@utm.my, hnoraishah@utm.my, suhaimib@utm.my dan azrulmusa@utm.my.

Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran di www.jpt.utm.my bermula Isnin depan. Mereka juga dikehendaki membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang tawaran dibenar mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan menerusi http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan diumumkan. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari UTM sehingga 30 September, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya.

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/DIPLOMA) SESI 2012/2013

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/DIPLOMA) SESI 2012/2013

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Diploma/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak mulai jam 12 tengah hari 13 Julai 2012 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

UNIT PUSAT UNIVERSITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
http://upu.mohe.gov.my