Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi. Papar semua catatan

Ahad, Mei 12, 2013

GPS Garmin Nuvi 52LM - Mudah dan praktikal



GPS nuvi52LM untuk mereka yang memiliki bajet terhad

Jika berhajat memiliki alat sistem kedudukan global (GPS) tetapi masa yang sama memikirkan soal harga, keluaran terbaru Garmin bagi 2013 iaitu nuvi 52LM berupaya merealisasikan impian anda.
Nuvi 52LM amat sesuai kepada pemandu yang sekadar ingin membeli-belah barang keperluan dapur dan sekali sekala meninjau bandar di luar Kuala Lumpur.


Ia amat memadai sekiranya anda sedang mencari GPS pada harga murah dan mengelak berbelanja besar untuk memiliki peralatan mahal dan lebih banyak spesifikasinya.

Memang nuvi 52LM adalah peranti yang mudah dan ringkas berbanding produk keluaran Garmin lain.

Namun ia adalah keluaran pertama Garmin bagi 2013 dan terdapat beberapa perubahan supaya orang ramai boleh melihat perbezaan di antara nuvi 52LM dan model lama, 50LM yang dilancarkan sebelum ini.

Rekaan berbentuk bulat di penghujung alat ini tidak lagi kelihatan, sebaliknya ia lebih segi empat tepat.
Berat peranti itu masih dikekalkan iaitu 170 gram dan pemilik boleh merasa lebih ringan berbanding telefon pintar bersaiz 12.7 cm (5 inci).

Paparan 12.7 cm itu adalah ciri yang tidak boleh dipertikaikan kerana saiz lebih besar menjadikan mudah untuk melihat peta dan menu jika kedudukan tempat duduk pemandu jauh sedikit daripada peranti terbabit.

52LM didatangkan dengan bekas pemegang bagi memudahkan kerja melekatkan alat itu di cermin depan kenderaan anda.

Kabel pengecas kenderaan turut disediakan sekiranya ingin mengecas peranti berkenaan.

Jangka hayat bateri pula kira-kira dua jam dan kabel pengecas boleh diletakkan di dalam ruang menyimpan di bahagian depan.

Selain itu, kekuatan nuvi 52LM ialah anda boleh merancang laluan dengan pantas dan mengemudi ke destinasi sambil mengekalkan pelbagai info paparan yang ringkas.

Jika anda pertama kali memasang peranti terbabit, tiada pendaftaran perlu dibuat atau mengaktifkan langkah-langkah.

Peta termasuk tempat menarik (POI) sudah dimuat turun. Pemandu boleh dengan pantas menentukan sama ada mahu merancang laluan atau meneliti peta serta tempat menarik di kawasan sekitar.

Nuvi 52LM sedia maklum lokasi terkini anda dan pantas mengira laluan yang dipilih.

Sementara itu, pemandu juga boleh menambah tempat menarik dalam POI dan boleh mengemaskini peta secara percuma seumur hidup. Paparan peta didatangkan dengan 2-D atau 3-D.

Jika berlaku kecemasan, anda disarankan supaya menggunakan menu “Where Am I?” kerana bukan saja boleh mencari lokasi tepat malah mencari hospital, stesen minyak dan balai polis berdekatan.

Sila layari www.aeco.com.my atau hubungi AECO Technologies (M) Sdn. Bhd di talian 0392858062 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SPESIFIKASI
Dimensi:
13.9 x 8.6 x 2.0 cm
Skrin:
11.1 x 6.3 cm
Resolusi paparan:
480 x 272 piksel
Berat:
180.1 gram
Bateri:
rechargeable lithium-ion
Jangka bateri:
Sehingga dua jam

 
 

Jumaat, Mei 10, 2013

YouTube lancar saluran berbayar


NEW YORK: YouTube hari ini melancarkan saluran langganan berbayar apabila perkhidmatan video milik Google itu membuat perubahan bagi menyaingi perkhidmatan saluran jalur lebar seperti Netflix.

Langkah itu meletakkan Google selari dengan perkhidmatan seperti Netflix, Hulu dan Amazon, yang menarik penonton menerusi siaran televisyen dan kabel.

"Bermula hari ini, kami melancarkan program perintis untuk sekumpulan penonton dengan menawarkan saluran berbayar menerusi YouTube dengan yuran bermula dari AS$$0.99 setiap bulan," berikut kenyataan YouTube menerusi laman blognya.

Laman Youtube : http://www.youtube.com/

- AFP

 

Rabu, Mei 08, 2013

Sony Xperia SP tawar teknologi HD terbaik


Menawarkan pelbagai reka bentuk premium serta barisan teknologi tinggi termasuk skrin berkualiti tinggi, Sony membawakan telefon pintar terbarunya, siri Xperia SP.

Antara kelebihan lain yang ditawarkan adalah pengalaman menonton skrin berteknologi tinggi, aplikasi kamera yang terbaru, sambungan Near Field Communicator (NFC) untuk fungsi satu-sentuhan, ketahanan jangka hayat bateri (Stamina mode) dan juga kelebihan aplikasi media Sony untuk menikmati kelebihan foto, video dan juga permainan.

Bagi mereka yang pertama kali mahu mencuba telefon pintar tersebut, mereka boleh mencuba Xperia E yang lebih kompak, harga yang menarik serta lebih ringkas.

Xperia E juga tersedia dalam versi dual kad SIM iaitu Xperia E Dual.

Menurut Ketua Pasaran Asia Tenggara, Sony Mobile Comunications, Ola Lilja Molén, Xperia SP merupakan pilihan yang amat sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya telefon pintar kelas pertengahan.

"Bagi Xperia E dan Xperia E Dual sesuai bagi mereka yang mahukan telefon pintar pada kadar harga yang berpatutan namun masih mengekalkan kelebihan yang sedia ada," katanya.

Xperia SP direka dengan rekaan premium dan kepintaran berdefinisi tinggi seperti teknologi Sony's BRAVIA® TV yang mana menawarkan paparan skrin 4.6 inci, paparan HD Reality dengan imej yang tajam serta jelas.

Teknologi tersebut membantu melaras kualiti imej secara automatik bagi menawarkan pengalaman menonton yang terbaik. Ini sekali gus menjadikan Xperia SP merupakan antara telefon pintar yang memiliki paparan skrin yang terbaik.

'Enjin' telefon pintar tersebut akan melaras skrin paparan menerusi penambahbaikan ketajaman, pengurusan warna berkualiti tinggi serta pengurangan kekaburan.

Selari dengan teknologi yang ditawarkan, Xperia SP juga memiliki reka bentuk yang menarik dan bergaya bersama kerangka aluminium yang di ukir agar telefon pintar tersebut kelihatan lebih teguh dan kemas.

Bagaimanapun, antara kelebihan inovasi yang ditawarkan adalah elemen transparensi perubahan warna agar pemiliknya mudah untuk menyedari panggilan masuk mahupun sebarang khidmat pesanan ringkas (SMS).

Malah, elemen tersebut juga boleh diselaraskan untuk mengikuti rentak muzik yang digemari.

- UTUSAN

 

Ahad, Mei 05, 2013

Whatsapp dan Twitter saingi SMS



Di awal kemunculan telefon bimbit kita hanya boleh menelefon saja, kemudian memasuki pula era meninggalkan pesanan melalui pager, di mana pengguna menerima pesanan ringkas dan jika mahu mengetahui lanjut perlu menelefon ke pusat panggilan.

Mungkin bagi remaja kini, mereka tidak mengetahui mengenai perkembangan telefon bimbit dan sistem pesanan ringkas sebegini kerana teknologi kini menyediakan pelbagai kemudahan perhubungan.

Malah pernah terjadi satu tahap di mana pengguna gemar menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbanding menelefon kerana ia mudah dan menjimatkan.

Itu dulu, jika lihat sekarang ini semuanya masih lagi berhubung melalui telefon bibit tetapi bukan melalui SMS lagi. Pelbagai aplikasi chatting sudah boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Populariti ini sedikit sebanyak mengorbankan SMS. Fakta tersebut semakin diperkuat dengan adanya kajian yang baru saja dilakukan oleh Financial Times.

Dalam kajian tersebut dinyatakan bahawa SMS memang miliki lebih banyak pengguna dibandingkan dengan aplikasi chatting. Namun jika dikira dari jumlah pesanan yang dikirim, aplikasi chatting ternyata jauh lebih banyak.

Melalui kajian mendapati aplikasi chatting mampu mengirim sebanyak 41 bilion pesanan setiap hari. Angka tersebut dua kali ganda dibandingkan pesanan yang dikirim melalui SMS.

Fakta ini juga turut diperkuatkan dari dakwaan pihak WhatsApp yang mengatakan bahawa mereka memiliki lebih banyak pengguna berbanding Twitter. Pihak WhatsApp juga menyatakan mereka mengirimkan pesanan sebanyak 18 bilion sehari, jumlah itupun lebih banyak dibandingkan pesanan melalui Facebook sebanyak 10 bilion pesanan.

- BERITA HARIAN
 
 

Rabu, Mei 01, 2013

Penyimpanan cakera keras tanpa wayar


Seagate Technology mengumumkan peranti mudah alih Seagate Wireless Plus sebagai evolusi seterusnya untuk kategori penyimpanan tanpa wayar.

Direka untuk mengalir kandungan tanpa wayar sehingga lapan telefon pintar ataupun tablet dengan ruang simpanan sehingga 500 filem HD, produk tanpa wayar ini akan melanjutkan lagi gaya gaya hidup mudah alih kini.
Seagate Wireless Plus baru ini mempunyai daya tahan bateri selama 10 jam untuk menandingi tablet dan telefon pintar. Dengan pemacu 1TB yang diintegrasi, anda akan mempunyai semua yang diperlukan untuk hiburan di mana-mana termasuk dalam penerbangan ataupun perjalanan yang panjang tanpa sambungan Internet.


Peranti storan Seagate Wireless Plus ini boleh diakses melalui aplikasi Seagate Media mudah alih untuk Apple IOS, Android dan peranti Kindle Fire HD.

Aplikasi Seagate Media direka untuk semua alat-alat peranti mudah-alih, termasuk Android, Kindle Fire HD, Apple iOS dan juga akan berfungsi dengan mana-mana alat yang boleh disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi.

Membolehkan anda menggunakan Seagate Wireless Plus untuk menikmati tontonan video, foto, muzik dan juga dokumen melalui skrin besar dengan Apple Airplay, DLNA atau aplikasi yang direka khusus untuk televisyen pintar Samsung dan pemain Blu-ray.

Info

- Wireless Plus ini mencipta rangkaian Wi-Fi sendiri - tiada keperluan untuk aliran atau muat turun kandungan dari internet.

-  Direka untuk mengalir kandungan tanpa wayar sehingga lapan pintar ataupun tablet dengan ruang simpanan sehingga 500 filem HD.

- Aplikasi Seagate Media direka untuk semua alat-alat peranti mudah-alih, termasuk Apple iOS, Android, Kindle Fire HD, dan juga akan berfungsi dengan mana-mana alat yang boleh disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi.

- Seagate Wireless Plus adalah pemenang Anugerah Inovasi baru CES 2013.

- BERITA HARIAN

 

Aditif di dalam minyak petrol menghakis enjin?



Setiap syarikat minyak mengadunkan pelbagai pakej aditif (bahan tambahan) tersendiri ke dalam minyak petrol, yang mengandungi kandungan kompaun dan molekul yang berbeza. Bahan aditif boleh memberikan perbezaan ketara kepada prestasi petrol.

Ada aditif dipanggil 'Detergen' dalam minyak petrol menjadi parasit dalam enjin. Aditif ini dalam jangka masa tertentu bertindak 'memakan' minyak enjin sedikit demi sedikit dan merosakkan bahagian enjin tertentu. Adalah merugikan jika aditif itu berguna untuk menanggalkan deposit tetapi mempunyai kesan sampingan sendiri terhadap enjin pada jangka masa tertentu.

Satu-satunya jenama yang menjalankan ujian anti-parasit ini adalah CALTEX yang menjalankan ujian 'No-Harm Test' di Amerika Syarikat. Ujian ini dilakukan untuk mengesan samaada terdapat mana-mana bahan aditif yang digunakan akan menjadi deposit atau tidak selepas proses pembakaran. Juga, ujian dilakukan untuk melihat sama ada aditif berkenaan akan menyebabkan hakisan atau pengurangan minyak pelincir atau tidak.

Hasilnya, terbukti penggunaan Caltex Techron selain dapat membersihkan enjin, ia juga dapat melindungi bahagian-bahagian tertentu di dalam enjin supaya berada di dalam prestasi terbaik. Selain itu, teknologi Techron juga menjadikan proses pembakaran lebih baik di mana kereta mudah dihidup di dalam apa jua suhu.

Pengguna yang sudah biasa dengan Caltex Techron pasti akan dapat merasai perbezaan dan kelebihan minyak ini berbanding jenama lain. Disebabkan itulah Caltex Techron merupakan petrol paling unggul di Eropah.






Isnin, April 29, 2013

Awas! Jam digital kamera 'skodeng'


Setiap kali masuk ke tandas awam atau mencuba pakaian baharu di pusat membeli-belah mata Husna Ahmad pasti melilau di setiap penjuru bilik.

Husna yang baru berumur 25 tahun bukanlah wanita paranoid tetapi dia takut jika ruang peribadinya dirakam lensa kaki intai.

“Bagi saya, semuanya bukan lagi rahsia sekarang, malah setiap gerak geri kita di tempat awam mungkin diperhatikan tanpa kita sedar,” ujar Husna.

Kebimbangan Husna itu berasas sementelah terlalu banyak penganiayaan privasi dilakukan terhadap kaum Hawa. Antara mangsa intipan yang menjadi tumpuan umum ialah kes membabitkan aktiviti skodeng membabitkan model dan pelakon jelita, Nasha Aziz.

Mengikut fakta kes, satu unit televisyen litar tertutup (CCTV) jenis wayarles diletakkan oleh pemilik rumah sewa Nasha di belakang unit pendingin hawa dalam bilik tidur pelakon filem Bara itu.

Bercerita aspek teknikal berhubung kes Nasha tersebut, Pegawai Sokongan Teknikal Ex Molar Enterprise, Mosaidey Mohd. Desa menjelaskan, CCTV tidak semestinya berwayar kerana teknologi terkini membolehkan pemantauan dilakukan menerusi internet.

“Bukan itu sahaja, segala kejadian seperti rompakan, kemalangan atau musibah yang menimpa di kawasan pemantauan CCTV boleh diulang tayang untuk tujuan penyiasatan dan bahan bukti,” jelas Mosaidey.

Katanya, tempoh rakaman yang dibuat bergantung kepada saiz simpanan (storage) serta jumlah pergerakan kawasan yang dipantau oleh CCTV.

“Kamera akan berfungsi sepanjang masa tetapi kualitinya bergantung kepada konfigurasi yang dibuat oleh pengguna sama ada rakaman berbentuk rakaman bersambung atau secara berterusan,” ujarnya.

Reka bentuk

Bagi kamera yang bertujuan membuat intipan atau penyiasatan, sudah tentunya bentuk yang direka bukan menyerlahkan ‘identiti’ sebagai perakam.

Hadir dalam bentuk pen, pemetik api, jam digital dan pelbagai bentuk, kamera pengintip sukar untuk dikenal pasti manakala tempoh rakaman yang boleh dibuat menjangkau sehingga dua jam tetapi semua itu bergantung kepada saiz memori kamera.

Biasanya, kamera ini digunakan oleh individu yang ingin merakam imej secara rahsia, membuat intipan malah ada sesetengah pelajar yang menggunakan kamera ini sebagai perakam untuk mendengar kuliah.

Hampir senada dengan Mosaidey, pemilik syarikat Red Sunday Enterprise yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul berkata, kamera pengintip mempunyai pelbagai fungsi bergantung kepada rekaannya.

“Kamera pengintip mendapat sambutan yang menggalakkan kerana senang untuk dibawa dan digunakan.

“Harga seunit kamera jenis itu bermula serendah RM150 sehingga RM700. Semuanya bergantung kepada kualiti kamera,” jelasnya yang memperoleh hasil jualan kamera ini sehingga RM40,000 sebulan.

Sementara itu, Pensyarah Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Syed Agil Alsagoff berkata, nilai positif CCTV tetap tidak boleh dinafikan.

Jelas Syed Agil, penggunaan CCTV di rumah merupakan suatu pendekatan terbaik untuk memantau keselamatan rumah dari semasa ke semasa serta boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

“Kedudukan tempat rakaman CCTV tersebut haruslah menyeluruh, strategik dan tidak dipasang di tempat yang boleh mengganggu ketenteraman atau privasi tetamu seperti dalam bilik air,” jelas Syed Agil yang merupakan ahli Majis Forum Kandungan, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).

Menurutnya, rakaman adegan-adegan yang melampau sama ada secara sukarela atau rahsia untuk disebarkan di internet merupakan satu kesalahan.

“Individu terbabit boleh dituduh dengan kesalahan di bawah Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” jelasnya.

- KOSMO!

 

Ahad, April 28, 2013

Google lancar komputer skrin sesentuh Chromebook Pixel


SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi. Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).

“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.

“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet.

- AFP 

 

Khamis, April 25, 2013

Generasi baru Nokia Lumia


Terus mempertaruh sistem operasi Windows pada gajet selular Lumia, syarikat teknologi Nokia baru-baru ini memperkenalkan dua lagi model terkini untuk platform sama.

Kali ini, Nokia Lumia 720 disasarkan kepada pengguna yang mementingkan pengunaan rangkaian sosial dengan paparan definisi tinggi (HD) manakala Nokia Lumia 520 pula menawarkan pengalaman komunikasi yang ringkas dan sempurna.

Menurut Ketua Pemasaran Nokia, Gary Chan, kedua-dua model berkenaan dicipta dengan prestasi terbaik dalam usaha melengkapi aktiviti kerja dan hiburan pengguna masa kini.

“Walaupun direka bersesuaian bagi pengguna amatur, Lumia 520 masih menawarkan fungsi serta spesifikasi yang sangat kompetitif.

“Bagi Lumia 720 pula menggabungkan gaya dan teknologi sekali gus mampu memberikan kepuasan operasi kepada pengguna,’’ katanya pada majlis memperkenalkan dua rangkaian terbaru siri Lumia di ibu negara baru-baru ini.

Lumia 720 turut dilengkapi paparan skrin 4.3 inci Qualcomm Snapdragon S4 beresolusi tinggi (HD), kamera 6.1 mega piksel optik Carl Zeiss serta memori binaan dalam lapan gigabit (GB).

Ini juga disempurnakan dengan reka bentuk nipis iaitu sembilan milimeter (mm), capaian Wi-Fi serta pelindung paparan Corning Gorilla Glass 2.

Bagi model kedua iaitu Lumia 520 yang turut dibina bersama Windows 8, peranti ini dibina dengan paparan empat inci yang sensitif dengan sentuhan walaupun memakai sarung tangan.

Untuk fungsi pengimejan, Lumia 520 dilengkapi kamera berkuasa lima mega piksel dengan kelebihan pemfokusan auto, berskrin luas serta dijana oleh pemproses satu giga herz Dual Core Snapdragon.

Pengguna Lumia 520 juga tidak perlu risau tentang jangka hayat kuasa telefon kerana ia mempunyai ketahanan bateri maksimum sehingga 9.6 jam waktu berbual.

Di samping itu ia turut menyokong platform pelayaran internet dan akses kepada storan awan dikenali sebagai SkyDrive.

Daripada segi fungsi antara muka utama untuk kedua-dua peranti tersebut, ia tersedia dalam paparan berpetak yang dikemaskini dalam masa nyata dikenali sebagai Live Tiles.

Fungsi tersebut membolehkan pengguna mencapai semua aplikasi seperti laman web rangkaian sosial, mesej, temujanji serta akses foto dan muzik secara lebih cepat dan mudah.

Bagi aplikasi People Hub pula menggabungkan semua kontak pengguna bersama akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Linkedln bagi kemudahan paparan hanya pada satu klik.

Pelayaran Internet juga akan menjadi lebih produktif melalui model-model Lumia ini kerana ia disokong platform Internet Explorer 9 dan pelayar Bing selain aplikasi kerja Office serta Outlook Mobile.

Nokia Lumia 720 dengan pilihan warna hitam, putih, merah dan kuning kini ditawarkan pada harga RM999 manakala Lumia 520 dijual pada harga RM599 untuk putih, kuning, merah dan hitam.

Kedua-dua peranti ini akan mula berada di pasaran pada hujung April. Bagi mereka yang inginkan informasi tambahan boleh layari laman web http://press.nokia.com

- UTUSAN

Khamis, April 18, 2013

WeChat - Tekan Butang dan Bercakap



Ledakan penggunaan telefon pintar turut menukar cara orang ramai berhubung dengan gajet tersebut. Bukan setakat khidmat pesanan ringkas (SMS) atau membuat panggilan, aplikasi-aplikasi komunikasi memudahkan perhubungan. Ia juga percuma kepada mereka yang memiliki pelan data internet mobil.

Aplikasi-aplikasi seperti Line, WhatsApp, Viber dan WeChat mempunyai persamaan iaitu dari segi ruang berbual dan penghantaran fail.

Begitupun, kesemua aplikasi itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan WeChat berbeza dari segi fungsi Push To Talk.

Jika sebelum ini, setiap mesej perlu ditaip namun menggunakan WeChat, pengguna hanya perlu menekan butang, bercakap dan seterusnya mesej dihantar ke penerima.

“Menghantar SMS ketika memandu amat berbahaya tetapi menggunakan WeChat lebih selamat kerana tidak perlu menaip lagi, hanya bercakap dan mesej dihantar,” kata pelakon yang baru memenangi Anugerah Bintang Paling Popular anjuran sebuah akhbar tempatan, Shaheizy Sam.

Dia dan Lisa Surihani ditemui pada majlis pelancaran iklan televisyen versi tempatan berbahasa Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Presiden Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting.

Iklan televisyen WeChat bahasa Melayu mempunyai tiga versi menarik dengan setiap satunya memberi penekanan yang berbeza.

Dekat kepada masyarakat

Sebelum ini, terdapat empat versi iklan berkenaan yang berbeza bahasa bergantung kepada negara sasaran iaitu Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Thailand.

“Kami perlu dekat kepada masyarakat tempatan dengan cara penerbitan iklan dan pelantikan duta jenama,” kata Timbalan Presiden Tencent International Business, Poshu Yeung.

Jalan cerita iklan tersebut menggambarkan keseronokan dan kemudahan pengguna menggunakan WeChat dan mempunyai durasi selama 30 saat.

Setakat bulan lalu, terdapat lebih kurang 300 juta pengguna WeChat di seluruh dunia.

Menurut Yeung, walaupun penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang namun rakyat Malaysia merupakan antara yang paling kerap menghantar dan membaca mesej di dunia.

“Saya boleh melihat dua orang sedang berbual sambil membaca mesej yang dihantar,” ungkapnya.

Tambahnya lagi, platform aplikasi komunikasi akan menjadi sebuah industri yang amat menguntungkan. Justeru, tindakan pihaknya menjalankan promosi WeChat di

Malaysia sangat tepat pada waktunya.

WeChat juga mempunyai akaun rasmi yang boleh diikuti oleh pengguna. Akaun rasmi itu milik selebriti dan syarikat-syarikat terpilih.

Pemilik akaun rasmi boleh memuat naik kemas kini pada masa nyata dalam apa bentuk sekalipun sama ada bentuk mesej, kata-kata atau pun emosi.

Lisa dan Shaheizy mempunyai akuan rasmi WeChat. Menurut Yeung, pihaknya sangat memilih selebriti dan syarikat untuk menyertai akaun rasmi tersebut. Ia disebabkan mereka mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna WeChat.

Ia juga disokong oleh sambungan WiFi, 3G dan 4G serta boleh dimuat turun pada semua sistem operasi seperti iOS, Android, Symbian, BlackBerry selain Windows.

Sehubungan itu, WeChat dapat digunakan oleh semua platform telefon pintar. Bagi pengguna BlackBerry 10 (BB10) pula boleh memuat turunnya dalam tempoh tiga bulan mendatang.

Ia juga mempunyai 17 bahasa berbeza antaranya, bahasa Inggeris, Melayu, Cina, Portugis, Vietnam, Rusia dan Thai.

Ciri-ciri lain yang menarik mengenai WeChat ialah plug-in sosial berdasarkan lokasi iaitu Shake, Look Around dan Drift Bottle.

Ia membolehkan pengguna berkawan dan berbual melangkaui sempadan negara.

- KOSMO!
 

Acer Liquid C1 Telefon Pintar Berkuasa Intel


Jika sebelum ini jenama Acer terkenal dengan rangkaian produk seperti komputer riba serta pembangunan produk ultrabook, kini jenama tersebut mengorak langkah dengan memperkenalkan telefon bimbit pintar yang menggunakan kuasa Intel Inside sebagai pemproses dalaman.

Diperkenalkan sebagai Acer Liquid C1, ia merupakan telefon pintar pertama yang dikuasakan dengan pemproses Intel sekali gus memperlihatkan kelainan dengan mana-mana telefon yang menggunakan sistem operasi Android 4.1 Ice Cream Sandwich.

Menurut Presiden Kumpulan Bisnes Telefon Pintar Acer Inc., Liew Sze Thai, kerjasama yang terjalin bersama Intel Inside menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan pengguna masa kini mampu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Acer dalam aktiviti seharian mereka.

"Dibangunkan bersama pemproses Intel Atom 1.2 giga herz bagi kelancaran operasi, peranti tersebut membolehkan pengguna merasai ciri-ciri responsif beserta kawalan sentuhan dan pembukaan laman web yang pantas.

"Sistem operasi beserta kuasa enjin grafik sehingga 400 mHz amat sesuai bagi main semula video di samping kamera lapan mega pikselnya mampu menampung rakaman lima cetakan sesaat (fps)," katanya pada majlis pelancaran Acer Liquid C1 di ibu negara baru-baru ini.

Daya ketahanan baterinya sehingga sembilan jam memastikan kelancaran ketika penggunaannya sepanjang hari turut ditambah dengan kelajuan operasi Internet sepantas 3G yang beroperasi pada 21 Mbps.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini boleh layari laman web www.acer.com.my dan Liquid C1 kini telah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM999.

- UTUSAN

 

Selasa, April 16, 2013

Buang Timeline dalam Facebook


 SOALAN:

Bagaimana untuk membuang bentuk pandangan secara Timeline di laman sosial Facebook? Kewujudan Timeline ini agak menganggu saya ketika bersosial di Facebook.

JAWAPAN:

Apabila pihak Facebook membuat pengumuman berkenaan reka bentuk baru profil pengguna iaitu Facebook Timeline, keputusan tersebut tidak mengambil masa yang lama bagi pengguna melihat, mencuba dan menguji kesesuaian penggunaannya.

Sehingga sekarang, jutaan pengguna Facebook mempunyai reka bentuk profile Timeline ini. Tidak semua pengguna Facebook berminat dengan reka bentuk profil ini tetapi terpaksa menggunakannya dan reka bentuk profil ini menjadi sesuatu yang mesti.

Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan reka bentuk asal profil Facebook dan membuangnya.

1Terdapat beberapa aplikasi komputer untuk membuang reka bentuk Facebook Timeline ini seperti aplikasi F.B. Purity, TimelineRemove, SocialFixer dan lain-lain.

Aplikasi komputer ini untuk membuang reka bentuk Timeline Facebook berasaskan kepada pelayar web yang digunakan. Aplikasi berkenaan adalah sambungan atau plug-ins bagi sesebuah pelayar web.

2Ada cara manual untuk membuang reka bentuk Timeline ini tetapi hanya boleh digunakan kepada akaun Facebook yang mengaktifkan reka bentuk Timeline itu sebelum pihak Facebook mencanangkannya kepada umum.

Cara membuang juga memerlukan pengguna mempunyai akaun untuk Facebook Developer.

Cara manual membuang Timeline Facebook:

1. Sebelum itu, pastikan mempunyai akaun di Facebook Developers dan buat satu akaun untuk apa-apa aplikasi Facebook.

2. Pergi kepada Facebook Developers, klik butang Edit App. di sebelah kanan.

3. Kemudian, klik butang Delete App yang ada di sebelah kiri muka laman tersebut.

4. Pastikan klik butang Confirm untuk pastikan ia dibuang sepenuhnya.


Isnin, April 15, 2013

TV LCD, LED dan Plasma. Mana lebih baik?


Dengan reka bentuk pintar, inovatif, TV skrin rata hari ini menawarkan pelbagai saiz, teknologi dan ciri-ciri yang menarik. Sebelum membeli pengguna haruslah bijak membuat beberapa pilihan, dalam menentukan apa yang anda perlukan. Berikut adalah panduan ringkas membantu anda membuat keputusan yang tepat.

LCD atau Liquid Crystal Display menggunakan teknologi sinar cahaya melalui lapisan hablur cecair. Kristal bertindak sama ada menghalang cahaya atau membenarkan bahan itu melalui imej yang terhasil adalah gambar yang dilihat pada paparan tv.

LED dikenali sebagai Light Emitting Diode yang beroperasi menggunakan teknologi yang menyediakan gambar melalui cahaya semikonduktor diod pada skrin.

PLASMA beroperasi dengan teknologi paparan menggunakan sel-sel kecil yang mengandungi cas elektrik gas (xenon dan neon) ter-ion yang dihasilkan, atau apa yang lebih dikenali sebagai lampu pendarfluor.

Dari segi pembuatan TV plasma dikeluarkan oleh beberapa syarikat besar seperti Panasonic, Samsung dan LG. Bersaiz dari 42" hingga kira-kira 65". Panasonic telah mencipta model yang lebih besar bersaiz 150".

TV LCD pula bersaiz dari beberapa inci kepada 80". TV LCD lebih popular dan banyak syarikat televisyen mengeluarkannya. "TV LED" sebenarnya TV LCD, mereka hanya menggunakan LED sebagai sumber cahaya mereka, bukan CCFL tradisional. Kerana mereka cenderung untuk melakukan sedikit perubahan dan dipasarkan cara yang berbeza. Model LED juga cenderung untuk menjadi model akhir yang lebih tinggi kerana kelebihan prestasi mereka.

1. Kecerahan (Brightness)
Pemenang: LED LCD
Pilihan ke2: CCFL LCD

Tak dapat disangkal lagi, LED LCD TV lebih terang. Sesetengah model mampu lebih 100 footlamberts. Sesuai diletakkan dalam bilik teater filem. CCFL LCD tempat kedua. Plasma tidaklah begitu cerah. Plasma tidak "malap," tetapi tidak secerah LCD. Dalam bilik yang terang (siang hari / cahaya matahari) plasma mungkin sukar untuk dilihat. Plasma lebih selamat untuk ditonton kerana disaluti bahan-bahan antireflective atau antiglare dalam pencahayaan bilik.

2.Black level
Pemenang: Plasma
Pilihan ke2: LED LCD

Plasma masih menawarkan tahap terbaik hitam. Kadang-kadang LED LCD boleh mempunyai tahap hitam yang mutlak (dengan mematikan LED mereka), tetapi apabila anda menonton filem, plasma akan kelihatan lebih gelap. Ini berkaitan dengan nisbah kontras...

3.Nisbah kontras (contrast ratio)
Pemenang: Plasma
Pilihan ke2: LED LCD

Sebenarnya, nisbah antara bahagian paling gelap pada imej dan yang terang, adalah salah satu faktor yang paling penting dalam keseluruhan kualiti gambar. Paparan dengan nisbah kontras yang tinggi akan kelihatan lebih realistik, dan mempunyai lebih bersifat virtual "mendalam."

4. Melihat sudut
Penenang: Plasma

Berapa besar bilik anda? Adakah anda atau orang tersayang duduk di satu sudut, menonton TV? Jika ya, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa LCD & LED kehilangan kualiti gambar apabila berada "luar paksi," kecuali  di hadapan skrin. Oleh itu, Plasma ternyata lebih sesuai dilihat dari mana-mana sudut pandangan. Sesuai untuk menonton "live sport".

5. Penggunaan tenaga
Pemenang: LED LCD
Pilihan ke2: CCFL LCD

LED LCD mempunyai penggunaan tenaga yang paling rendah, terutamanya apabila anda menghidupkan lampu latar. CCFL LCD adalah tempat kedua, dengan adendum yang sama.
Plasma, terutamanya apabila anda menghidupkan kawalan kontras (yang anda perlu bagi mereka untuk mencari yang terbaik), tidak cekap jimatkan tenaga. Jika anda ingin panel yang mesra alam dapatkan LCD tLED. Ia adalah lebih mahal daripada TV lain.

6.Harga
Pemenang: CCFL LCD
Piihan ke2: Plasma

CCFL LCD TV paling murah dan mampu beli. Seperti yang disebutkan tadi, LED adalah teknologi masakini yang menawarkan kepada pengguna high-end. Plasma cenderung mempunyai nisbah saiz / harga yang terbaik.

7.Jangka hayat
Mengikut Kajian dengan pelbagai sumber telah menemui TV panel rata amat dipercayai berbanding CRT.

Kesimpulannya, jika anda bergantung kepada keputusan menang-kalah berdasarkan senarai di atas, maka keputusan anda kurang tepat. Ini kerana citarasa seseorang tidak sama. Ada yang membeli berdasarkan faktor kecerahan dan ada pula kerana black level. Jadi jangan dengar cakap-cakap orang "ia paling terang, ia yang terbaik" atau "LCD black level sungguh teruk". Dengan membaca senarai di atas, saya percaya anda dapat membuat pilihan yang tepat. Jadi, jika anda kerap menonton TV di waktu siang, atau mempunyai bilik yang banyak tingkap, LED LCD mungkin yang terbaik. Jika anda menonton pada malam, dan mahu TV hilang dalam latarbelakang, plasma anda pilihan yang terbaik. Tepuk dada tanyalah selera!



http://addnizam.blogspot.com/2012/03/tips-sebelum-beli-lcd-led-dan-plasma.html



 

Rabu, April 10, 2013

Pakej prabayar termurah U Mobile dengan Telefon HTC 8X


Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang inovatif dan dinamik, U Mobile Sdn. Bhd. merupakan antara yang pertama menawarkan telefon pintar dengan platform Windows 8 bersama pakej talian termurah.

Syarikat tersebut turut menawarkan pakej termurah U Mobile bersama telefon pintar HTC Windows iaitu HTC 8X.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, U Mobile, Jaffa Sany Ariffin, pakej tersebut merupakan tawaran bagi peranti terbaru di pasaran berserta pelan pasca bayar yang unik.

"Kami menawarkan sebuah pelan pasca bayar yang termurah namun mampu memberikan perkhidmatan data mobil pada kelajuan tinggi, panggilan suara dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di dalam satu pakej.

"Pengguna juga boleh membawa pulang sebuah telefon pintar HTC 8X dengan kadar serendah RM1,059 bersama pelan pasca bayar U Mobile," katanya.

Jelasnya, itu membolehkan pengguna membawa pulang telefon pintar idaman tanpa perlu berbelanja besar.

HTC 8X dilengkapi bersama pemproses dwi teras Qualcom kepada pengguna untuk melayari alam maya.

Malah, dengan sistem operasi dijana oleh Windows Phone 8 yang mana merupakan operasi sistem peranti telefon pintar terbaik dipasaran, pemilik HTC 8X bakal menjalani pengalaman berhibur dengan peranti terbaru sehingga ke tahap maksimum.

Dalam pada itu, video juga boleh diputarkan dengan paparan imej yang lebih jelas menerusi skrin sesentuh S-LCD2 4.3 inci bersama kelebihan bunyi daripada Beats Audio™.

Bagi melayari alam maya, pengguna boleh melakukannya tanpa sebarang masalah bersama aplikasi Internet berkelajuan tinggi U Mobile dengan kelajuan 42Mbps.

Tambah Jaffa, lambakan telefon pintar dipasaran masa kini menyukarkan pengguna untuk membuat keputusan dalam memilik gajet yang terbaik.

Bagaimanapun, di U Mobile, segala masalah tersebut boleh diselesai kerana peranti yang ditawarkan adalah peranti yang terbaru di pasaran.

"Ini di tambah lagi dengan kadar bayaran terendah bagi pengguna talian U Mobile.

"Ditambah lagi dengan pengaktifan jaringan 3G Radio Access (RAN) milik U Mobile yang dikongsikan bersama Maxis, talian ini bakal meningkatkan aktivit perhubungan sesama manusia," katanya.

Telefon pintar HTC 8X dengan pakej termurah yang disediakan oleh U Mobile kini boleh diperoleh di mana-mana pengedar sah U Mobile.

Pelan rangkaian U Mobile ditawarkan semurah RM88 yang mana anda akan memperolehi capaian Internet sehingga 3 GB, 300 minit panggilan dan 300 sms percuma.

Bagi mereka yang dikategorikan sebagai pengguna Internet sederhana, mereka boleh mengambil pakej RM58, data sehingga 2GB dan percuma panggilan selama 300 minit.

Atau, bagi mereka yang benar-benar mahu berjimat, pelan terakhir yang ditawarkan oleh U Mobile adalah pelan RM28 dengan data sehingga 1GB dan percuma 300 sms.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh layari laman web www.u.com.my


 

Khamis, April 04, 2013

Sony Xperia Z - Telefon yang boleh dicuci


Fungsi telefon pintar semakin mengagumkan setiap kali produk baharu dilancarkan, namun kelemahan paling ketara dapat dilihat adalah terlalu sensitif terutamanya apabila terjatuh atau terkena air.

Sony Mobile Communications (Sony Mobile) melancarkan jenama terbaharu telefon pintar, Xperia Z baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Mempunyai reka bentuk keseimbangan omni yang hampir sama pada bahagian atas dan bawah, ia tahan lasak terhadap air dan habuk.

Ketebalannya 7.9 milimeter diperbuat daripada kaca bajaan dengan bahagian hujung yang melengkung diselaputi filem antipecah pada permukaan atas dan bawah.

Jadi ia kalis pada simbahan air atau habuk daripada memasuki bahagian dalam telefon. Oleh itu pengguna boleh mencuci telefon jika kotor mahupun menggunakannya semasa hujan.

Fungsi paling menarik, One-touch (satu sentuhan) yang membolehkan perkongsian muzik, foto dan video daripada telefon ke peranti lain dengan mudah.

Mempunyai pembesar suara, fon kepala dan televisyen, maka pengguna boleh menikmati hiburan pada skala yang lebih besar.

- KOSMO!

 

Rabu, April 03, 2013

Beli barang runcit secara online di tesco.com.my

Selepas penat sehari­an di tempat kerja, beratur panjang di pasar raya semata-mata untuk membeli sekilo bawang pasti mengecewakan.

Itupun jika dapat ke pasar raya sejurus meninggalkan pejabat sebelum terkandas dalam kesesakan jalan raya.

Majoriti kalangan kita gemar membeli-belah hampir setiap hari tapi apabila membabitkan barangan runcit, ramai yang lebih suka melakukannya pada hari cuti atau hujung minggu kerana suasana santai dan lebih mudah untuk memilih produk.

Tapi dengan hanya lima minit di depan komputer, kita sudah boleh membeli beras, ikan dan sayur tanpa perlu bersusah payah memandu ke kedai, berebut mendapatkan parkir dan beratur lama di kaunter pembayaran.

Dengan hanya beberapa klik di tetikus, segala barangan runcit yang diperlukan akan tiba terus di depan pintu rumah kita. Mudah, bukan?

Segalanya mungkin dengan kepesatan teknologi maklumat ketika ini. Bukan hanya baju, kasut, aksesori, buku atau barangan rumah boleh didapati dalam talian malah hampir semua keperluan runcit juga kini boleh diperoleh dengan melayari Internet.

Atas kesedaran itu, Tesco muncul selaku peneraju jualan barangan runcit dalam talian di Malaysia yang menawarkan kemudahan terbabit di laman sesawang www.tesco.com.my.

Menurut Pengarah Grocery Home Shopping, Tesco Malaysia, John Lee, sudah tiba masanya masyarakat di negara ini didedahkan dengan pembelian barangan runcit secara dalam talian susulan perkembangannya di beberapa negara Asia lain seperti Korea Selatan dan Thailand.

“Berjuta penduduk Malaysia kini menggunakan perkhidmatan belian dalam talian, justeru satu langkah tepat untuk memulakan kaedah yang sama dalam jualan barangan runcit.

“Objektif utama pembelian barangan runcit dalam talian ini adalah untuk memudahkan pembeli yang sukar ke pasar raya dan cara ini juga dapat menjimatkan masa berbanding membeli-belah secara konvensional,” katanya.

Di peringkat permulaan, Tesco menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah sehingga 20km dari Tesco Mutiara Damansara dan bakal dikembangkan lagi ke beberapa cawangan Tesco seluruh negara.

“Laman sesawang itu dibina dengan paparan ringkas bagi memudahkan pencarian produk dan menyatakan waktu penghantaran yang dikehendaki mereka. Ia intuitif dan komprehensif.

“Sepanjang tempoh percubaan baru-baru ini, kami mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pengguna. Kini, kami dalam proses membawakan perkhidmatan ini secara menyeluruh kepada masyarakat Malaysia,” ujarnya.

Faktor segar dan berkualiti pasti menjadi isu apabila membeli barangan runcit secara dalam talian. Jelas John, daripada pemilihan produk sehinggalah ke pembungkusan dan penghantaran, ia perlu melalui proses kawalan bagi memastikan kualitinya terjamin.

Selepas pesanan dibuat, barangan akan dipilih oleh staf bertugas (personal shopper) yang kemudian akan mengasingkannya mengikut jenis.

Contohnya jika pesanan itu tertera epal, aiskrim dan Milo, tiga produk itu akan diletakkan di bahagian dingin (epal), beku (aiskrim) dan kering (Milo) sebelum dimuatkan ke dalam van penghantaran.

Apabila dibawa ke van pula, tiga produk terbabit sekali lagi diasingkan mengikut bahagian sama dingin, beku dan kering yang masing-masing mempunyai suhu tertentu.

Ruangan beku ditetapkan kepada -16∞C, dingin pula antara 5∞C hingga paling rendah 1∞C manakala kering sekitar 26∞C.

Setiap staf bertugas itu juga dilengkapi dengan latihan lengkap cara memilih produk yang berkualiti.

“Kami latih setiap ‘personal shopper’ ini memilih barangan seperti mereka memilih produk untuk diri sendiri. Jika mereka rasakan satu-satu produk itu tidak segar atau kurang kualiti, kami tidak akan menjualnya.

“Ia akan digantikan dengan produk yang hampir sama dan jika pembeli tidak bersetuju dengan pilihan itu, mereka berhak menolaknya dan hanya perlu membayar produk yang diingini.

“Selain itu, pembantu penghantaran kami juga bersedia menjawab segala persoalan mengenai produk sejurus ia tiba di rumah.

“Tugas mereka bukan semata-mata menghantar produk tapi berinteraksi dengan pembeli agar dapat membantu pembeli memahami mengenai produk pilihan mereka,” katanya.

Buat masa ini, pembayaran hanya menggunakan kad kredit dan dilakukan apabila produk tiba di rumah. Atas faktor keselamatan kepada pembantu penghantaran, wang tunai tidak diterima dan pembayaran menerusi bank dalam talian pula bakal menyusul tidak lama lagi.

- HARIAN METRO


Kelainan Samsung Galaxy S4


Peneraju  global dalam media dan teknologi digital, Samsung Electronics Co. Ltd. baru-baru ini mengumumkan pelancaran Galaxy S4, generasi keempat dalam rangkaian Galaxy S.

Gajet terbaharu itu dibangun bagi melengkapkan keperluan pengguna masa kini yang melihat pembangunan teknologi memainkan peranan penting dalam memaksimumkan perlaksanaan kehidupan harian.

Menariknya mengenai generasi keempat berkenaan, mempunyai paparan Super AMOLED berdefinisi penuh (HD) yang pertama di dunia dan dilengkapi dengan kamera belakang 13 mega piksel.

Selain itu, reka bentuknya lebih kukuh dengan skrin bersaiz lima inci, bateri seberat 170 gram yang menjadikannya tampak nipis sekali gus lebih mudah dipegang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Samsung, Galaxy S4 merupakan telefon bimbit pintar dengan hanya berukuran 7.9 milimeter serta dibangunkan berdasarkan kepada keperluan dan harapan pengguna seluruh dunia.

Menurut Presiden dan juga Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (IT) dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin, pihaknya akan terus menaiktaraf inovasi yang diperoleh daripada bayangan pengguna dan dalam masa yang sama akan menjadikan keinginan mereka sebagai satu kenyataan.

“Galaxy S4 juga dilengkapi dengan teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang tahan lasak dan setiap gambar yang dirakam mampu merekod bunyi yang mampu membuatkan anda mengingati kenangan indah serta berkongsi setiap saat dalam setiap gambar lebih dengan jelas," katanya.

Pada edisi pengenalan sempena majlis pelancarannya baru-baru ini, gajet itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dengan pilihan warna tambahan bakal menyusul akhir tahun ini.

Samsung masih mengekalkan rekaan sama seperti rangkaian Galaxy S terdahulu, S3 dengan bahan plastik premium yang menjadikan model terbabit berjaya dinipiskan dengan resolusi skrin 441 pixel per inchi (ppi).

Selain itu, teknologi Airview juga membolehkan operasi sentuh skrin menumpukan speed dial dengan mengeluarkan gambar dari nombor satu hingga sembilan.

Pada masa sama, fungsi WatchON diperkemas menjadi alat kawalan televisyen manakala album foto memungkinkan pengguna memasukkan audio dalam setiap rakaman yang diambil.

Terdapat dua ciri menarik pada inovasi Group Play yang mana pengguna boleh berkongsi muzik menggunakan pelbagai jenis telefon sebagai pembesar suara selain bermain permainan dalam talian bersama telefon lain tanpa sambungan data, Wi-Fi atau Bluetooth.

Bagi sesetengah pengguna telefon bimbit pintar, kekangan bahasa amat merumitkan namun aplikasi

S Translator yang terdapat pada Galaxy S4 mampu memberi terjemahan segera dengan hanya menggunakan teks atau menyuarakan terjemahan atas permohonan termasuk e-mel, pesanan teks dan ChatON.

Samsung Galaxy S4 kini boleh didapati bermula suku kedua tahun ini secara global dan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan informasi tambahan mengenai gajet ini boleh layari laman web www.samsungmobilepress.com

- UTUSAN

 

Jumaat, Mac 29, 2013

Google lancar laman pilihan raya PRU13 Malaysia


Gergasi Internet Google melancarkan laman web baru Rabu lalu, yang direka khusus untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan apabila sampai waktu pengundian dalam pilihan raya umum ke-13.

Jurucakap Google Malaysia Zeffri Yusof (kanan) berkata, langkah ini diambil ekroan fakta terdapat ramai pengundi muda dan pengundi baru terlibat dalam pilihan raya akan datang dan bergantung kepada Internet untuk sumber maklumat.

"Kami cuba lakukannya di setiap negara yang kami beroperasi sebab kami mahu menyokong pilihan rara secara demokratik," katanya dalam taklimat tertutup bersama media pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Asia Tenggara Google Goh Lih Shiun berkata, projek ini akan menjadi laman web "penuh" untuk rantau ini.

Google sebelum ini melancarkan laman web mini untuk laman web pilihan raya gabenor Bangkok.

Pengguna boleh melayari laman web : http://www.google.com.my/elections/ed/my


 

Khamis, Mac 28, 2013

Pantau Kenderaan Dari SMS

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigKOpEfj95MeuY58gCyYy8AClXJ_S0EYeIKi9qo0skGqaTdrT_u3CateMVEh97E6DEMdyoUEdmINrDrYy-MeF2ICy7D7rkywFOZ1zMspG2797a99RvG6OcWki7wBuABPru3Gj2NgFkCSRP/s1600/pantau+kenderaan+dari+sms.jpg" imageanchor="1" ><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigKOpEfj95MeuY58gCyYy8AClXJ_S0EYeIKi9qo0skGqaTdrT_u3CateMVEh97E6DEMdyoUEdmINrDrYy-MeF2ICy7D7rkywFOZ1zMspG2797a99RvG6OcWki7wBuABPru3Gj2NgFkCSRP/s320/pantau+kenderaan+dari+sms.jpg" /></a>

Kes kecurian kenderaan berlaku di mana-mana sahaja. Bagaimanapun, sesetengah kecurian berlaku disebabkan kecuaian pemilik itu sendiri seperti terlupa mengunci kereta dan meletakkan kereta di tempat gelap dan sunyi.

Malahan, berdasarkan perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 45,707 kes kecurian kenderaan berlaku di seluruh negara dari awal Januari hingga Ogos tahun lalu.

Kecurian yang paling besar membabitkan motosikal iaitu 32,451 diikuti kereta (10,425) dan gabungan van, lori serta jentera berat (2,560).

Menyedari senario itu, Jabatan Pembangunan Reka Cipta Inovasi dan Kecemerlangan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang tampil dengan inovasi aplikasi Sistem Kereta AutoStart Java-Android.

Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh memantau keselamatan kenderaan mereka daripada telefon pintar atau tablet. Ia boleh dipantau walau mereka berada di mana-mana sahaja.

Menurut ketuanya, Sarizan Saaidon, 34, ia mula dibangunkan pada September tahun lalu dan mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan sistem berkenaan.

Apa yang menarik mengenai sistem itu, sekiranya penjenayah telah melarikan kenderaan, sistem itu akan bertindak segera memaklumkan kepada pemilik kenderaan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dalam tempoh empat saat sahaja.

“Pemilik kenderaan akan menerima mesej yang berbunyi alarm triggered. Kemudian pemilik kenderaan itu boleh menghantar kod keselamatan khas iaitu *B1# melalui SMS.

“Justeru, enjin akan dimatikan serta-merta. Kereta akan bergerak terenjut-enjut sebelum berhenti sepenuhnya,” kata Sarizan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau memberitahu, ia berlaku disebabkan sistem telah memutuskan bekalan petrol ke enjin.

Lantaran itu, enjin tidak boleh dihidupkan kembali sehingga pengguna menghantar SMS kod pelepasan keselamatan dengan menaip *B0# bagi menetapkan semula enjin seperti biasa.

“Lokasi kenderaan juga boleh diperoleh dengan menggabungkan aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS),” ujar Sarizan sambil memberitahu, pihaknya akan memasang sistem kod itu ke dalam telefon pengguna.

Dalam pada itu, sistem tersebut dibangunkan menggunakan perisian PIC Microcontroller oleh Microchip Technology.

Malah, sistem itu telah diuji menerusi tiga model kereta tempatan iaitu Proton Perdana V6, Waja dan Satria, manakala Renault Kangoo bagi kenderaan luar.

Pelbagai fungsi

Ia bukan sahaja sekadar menjaga keselamatan kenderaan, tetapi lebih daripada itu.

Sistem Kereta AutoStart Java-Android itu juga mampu menjaga enjin kereta, pendingin hawa, menjaga suhu, kelembapan kenderaan dan memantau keselamatan kenderaan.

Bagi pengawalan enjin kereta, jelas Sarizan, ia sebenarnya bermanfaat kepada pengguna yang sering bertugas di luar daerah dan meninggalkan kenderaan mereka dalam tempoh yang lama.

Pada kebiasaan, kereta yang lama yang ditinggalkan akan mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin.

Namun demikian, jika pengguna mempunyai Sistem Kereta AutoStart Java-Android, mereka perlu menghantar kod yang telah ditetapkan iaitu *21# menerusi SMS.

Justeru, secara automatik enjin kereta akan dihidupkan selama empat minit. Bagi mematikan semula enjin kereta itu tadi, pengguna hanya perlu menaip kod *20#.

Begitu juga dengan menghidupkan pendingin hawa. Jika dibandingkan secara manual, pengguna perlu menghidupkan enjin terlebih dulu untuk menyejukkan kenderaan.

“Ia mengambil masa yang terlalu lama, namun dengan sistem AutoStart Java-Android, ia membolehkan pengguna hanya perlu menghantar kod SMS (yang telah ditetapkan) untuk menyejukkan kenderaan.

“Jika suhu di dalam kereta melebihi 40 darjah Celcius, kesemua tingkap kecuali tingkap pemandu akan diturunkan sehingga empat sentimeter dan kipas akan dihidupkan untuk mengeluarkan udara panas.

“Sebaik suhu berada di bawah 40 darjah Celcius, tingkap tersebut akan ditutup secara automatik, enjin dan pendingin hawa akan dihidupkan,” jelasnya lagi.

Apabila selesai, pengguna akan menerima satu SMS yang memaklumkan kereta tersebut telah sejuk.

Oleh itu, sebaik pengguna menghidupkan kenderaan, kesemua inovasi itu akan dimatikan dengan serta-merta selepas kunci dimasukkan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Sarizan mengakui penciptaan sistem keselamatan kenderaan itu memberi pelbagai manfaat selain meyakinkan pengguna sewaktu meninggalkan kenderaan mereka.

Apatah lagi, dengan hanya menghantar SMS untuk mengetahui status kereta, anda akan berasa lebih selesa untuk menjalankan tugas harian.

“Malahan, sistem ini bukan sahaja untuk kegunaan kereta, tetapi boleh digunakan untuk keselamatan rumah, pemantauan sistem saliran untuk mengawal limpahan air banjir termasuk sistem pemantauan pengudaraan di dalam sub-stesen penjana elektrik.

Walau bagaimanapun, sistem itu digunakan menerusi SMS dan Sistem Komunikasi Global (GMS).

Operasi

Sistem itu beroperasi mengikut kepada kehendak pengguna itu sendiri sama ada untuk tempoh 24 jam sehari atau sebaliknya.

Lagipun, alat keselamatan itu sesuai dihidupkan jika pengguna tersebut meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang sunyi, meninggalkan kenderaan dalam tempoh yang lama.

“Terdapat satu suis khas di sekitar sistem itu bagi membolehkan pengguna mematikan dan menghidupkan sistem berkenaan,” katanya sambil menyifatkan penggunaan sistem itu sangat ringkas.

Menurutnya lagi, sistem tersebut akan diletakkan di bawah tempat duduk penumpang atau di bawah papan pemuka (dashboard).

“Ia bagi mengelakkan penjenayah mengetahui kenderaan tersebut dipasang sistem keselamatan kenderaan,” tuturnya lagi.

Menyentuh mengenai perancangan ILP, beliau berkata, jika mendapat sumber kewangan atau geran penyelidikan, pihaknya merancang untuk membangunkan pelbagai sistem yang menarik.

Antaranya, pengesan alkohol yang tidak membenarkan pengguna memandu sekiranya melebihi paras yang dibenarkan, memberi maklum balas jika suhu enjin panas dan memberi maklum balas jika lampu terbakar.

Selain itu, pihaknya juga bercadang membangunkan sistem untuk mengesan kenderaan yang telah dicuri oleh trak tunda dan menghidupkan sistem pendingin hawa tanpa menghidupkan enjin kereta bagi mengurangkan pembaziran bahan bakar.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada sistem AutoStart Java-Android telah dikomersialkan, beliau berkata: “Kami sedang menunggu kelulusan untuk mendapatkan dana prakomersial daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),” jelasnya.

Sehubungan itu, pihak ILP Kepala Batas mengalu-alukan mana-mana pihak atau syarikat berkaitan permotoran yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam mengembangkan teknologi tersebut.

- KOSMO!


Selasa, Mac 26, 2013

Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar 'Halal Square' dan 'Halal Inside' Boleh Kesan Premis Makanan Halal

Umat Islam kini boleh mengesan premis yang memiliki sijil halal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi 'Halal Square' dan 'Halal Inside'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sistem itu memaparkan carian status halal syarikat, produk, premis makanan dan menu yang tersenarai dalam direktori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)serta lengkap dengan tarikh luput sijil halal.

"Ia mampu memberikan maklumat dimana nak cari restoran dan juga premis makanan yang bukan sekadar halal tetapi ada sijil halal dari JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu di sini, Selasa.

Pengguna telefon pintar berasaskan Android, ios dan Windows Phone 8 boleh memuat turun aplikasi itu secara percuma bermula Selasa.

Aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama strategik antara JAKIM dan syarikat reka bentuk litar elektronik, Malaysia Microelectronic Solutions Sdn Bhd (My-MS).

Jamil Khir berkata pelaksanaan aplikasi itu dilihat dapat merancakkan industri halal dalam negara.

"Siapa yang dapat sijil halal ia semacam diiklankan pula dalam telefon bimbit yang ada aplikasi Halal Square dan Halal Inside dan ini merupakan satu peluang tambahan kepada peniaga," katanya, sambil berharap My-Ms dapat memperluaskan penggunaan aplikasi itu meliputi produk farmaseutikal dan barangan kecantikan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif My-MS Sdn Bhd Amirul Syafiq Ali berkata aplikasi Halal Square adalah berasaskan teknologi 'near field communication' dan 'geo location' yang berupaya menunjukkan arah dan jarak perjalanan ke premis makanan halal terbabit.

"Manakala Halal Inside pula membolehkan pengguna mengemas kini status dan berinteraksi sesama rakan mengenai premis halal terbabit secara 'real time'," katanya.

Amirul Syafiq menambah pengguna aplikasi terbabit boleh menggunakannya di seluruh dunia bagi mencari premis makanan halal yang disahkan oleh badan atau agensi Islam yang mempunyai hubungan dengan JAKIM.

- BERNAMA


Recent Posts