Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Rabu, Mei 04, 2016

Jangan Keluarkan Perkataan "Bom" Di Lapangan Terbang - Polis


Polis Sepang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun sekadar bergurau ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kerana ia merupakan kesalahan serius.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan klia2 pada tahun ini adalah membimbangkan.

"Sepanjang tahun lepas, terdapat tujuh kes yang melibatkan individu yang mengeluarkan perkataan bom iaitu empat di KLIA dan tiga di klia2. Pada tahun ini sahaja bagi tempoh 1 Januari hingga Selasa (3 Mei) sudah ada lapan kes melibatkan perkataan bom dengan dua di KLIA dan enam di klia2.

"Ini merupakan peningkatan membimbangkan jadi saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan perkataan bom ketika berada di kedua-dua lapangan terbang ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Mengeluarkan perkataan bom walaupun tiada ancaman tetap dianggap satu kesalahan serius, ia tidak boleh diucapkan sesuka hati, tambah Abdul Aziz.

Tambah beliau, individu yang mengeluarkan perkataan bom ketika di KLIA atau klia2 akan ditahan dan dibawa ke IPD Sepang, menyebabkan mereka terlepas peluang menaiki penerbangan ke destinasi yang dihajati.

"Ini akan menyebabkan mereka menanggung rugi apabila tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa membeli tiket yang baharu," katanya dan menambah kes terbaru dilaporkan di klia2 dua hari lalu.

Jelas Abdul Aziz mengikut Kod 92 Aiport Emergency Plan, mengeluarkan perkataan bom adalah dikategorikan sebagai salah satu unsur ancaman dan ia merupakan satu kesalahan serius walaupun dengan niat bergurau atau menunjukkan rasa tidak puas hati.

Katanya, individu yang ditangkap kerana mengeluarkan perkataan bom di lapangan terbang boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelas Abdul Aziz, kesemua 15 individu yang ditahan di KLIA dan klia2 hingga Selasa kerana menggunakan perkataan bom ketika di lapangan terbang atau sebelum pesawat berlepas sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.

"Daripada 15 individu yang ditahan itu hanya dua warga asing, selebihnya adalah warganegara Malaysia.

"Kebanyakan mereka ditahan polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad ketika berada di bahagian pemeriksaan bagasi, manakala seorang warga asing ditahan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas," katanya.

- Bernama

Jumaat, Mei 15, 2015

Polis jadi bidan sambut bayi


Seorang anggota polis wanita menjadi 'bidan terjun' untuk menyambut kelahiran seorang bayi perempuan di perkarangan Balai Polis Kampung Tawas di Ipoh, Perak.

Konstabel Hasliza Abdul Jalil, 25, membantu kelahiran bayi berkenaan di dalam kereta kira-kira 1.15 tengah hari.
  
Difahamkan sebelum itu bapa bayi berkenaan yang berusia 38 tahun membawa isterinya yang hendak bersalin dari rumah mereka di Klebang Putra menuju Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  
Namun mereka dikatakan tidak sempat untuk sampai ke hospital dan terpaksa singgah di balai polis tersebut untuk meminta bantuan bagi membantu menyambut kelahiran bayi mereka.
  
Ibu dan bayi perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut dan kedua-dua mereka dilaporkan selamat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu dan mengucapkan tahniah kepada anggota polis berkenaan yang bersedia membantu orang awam pada bila-bila masa. Berita dan gambar insiden itu turut dimuat naik dalam akaun Facebook Polis Perak.
 

Selasa, September 02, 2014

Pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia



PENGAMBILAN INSPEKTOR DAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS SIRI 3/2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula dari 2 September hingga 6 September 2014.

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA:

- ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 7.80 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

- ELAUN PENUGASAN
• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
Kelayakan:
• Tamat SPM atau setaraf dengannya.
• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.
• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

- KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm
• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg
• Mempunyai penglihatan yang baik;
• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Senarai Pusat-pusat Walk-in Interview adalah seperti berikut:-

Kuala Lumpur
Tel : 03-21460522 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Selangor
Tel : 03-55145222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Johor
Tel : 07-2254222, 07-7722222, 06-9564800
1) 02/09/2014 hingga 06/09/2014
a) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor
b) Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang
c) Ibu Pejabat Polis Daerah Muar

Pulau Pinang
1) 05/09/2014 hingga 07/09/2014
a) Dewan Latihan, IPD Timur Laut
b) Dewan Gemilang, IPD Seberang Perai Timur
c) Dewan Serbaguna, IPD Seberang Perai Selatan

Kedah
Tel : 04-4299222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Perak
Tel : 05-2451222
1) 02/09/2014
a) Bilik Maklumat, Balai Polis Bagan Serai
b) Bilik Mesyuarat IPD Pengkalan Hulu
c) Bunga Tanjung, IPD Tanjung Malim

2) 02/09/2014 hingga 03/09/2014
- Rumah Perkep, IPD Manjung

3) 03/09/2014
- Bilik Gerakan Cawangan Khas, IPD Gerik

4) 03/09/2014 hingga 04/09/2014
a) Bilik Gerakan IPD Kuala Kangsar
b) Bilik Mesyuarat Logistik, IPD Hilir Perak

5) 04/09/2014
a) Kelab Polis, IPD Perak Tengah
b) Bilik Latihan Dalam Perkhidmatan, IPD Selama

6) 05/09/2014
a) Mes Pegawai Kanan IPD Batu Gajah
b) Rumah PERKEP, IPD Kampar

7) 05/09/2014 hingga 06/09/2014
a) Kompleks Latihan Sukan IPK Perak
b) Cawangan Hemodialisis IPD Taiping

8) 06/09/2014
a) Pejabat SSP IPD Sg. Siput Utara
b) Kompleks Perumahan IPD Tapah

Sabah
Tel : 088-450222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Sarawak
Tel : 082-245522 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Pahang
Tel : 09-5902222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Kelantan
Tel : 09-7455622
1)02/09/2014 hingga 06/09/2014.
a) IPD Kota Bharu
b) IPD Machang
c) IPD Gua Musang

Negeri Sembilan
Tel : 06-4842222, 06-4811222
1) 04/09/2014 hingga 6/09/2014
- Dewan Serbaguna, Balai Polis Kuala Pilah

Terengganu
Tel : 09-6354722, 09-6182222, 09-6956222 1) 02/09/2014 hingga 04/09/2014
a) Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun
b) Ibu Pejabat Polis Daerah Marang
c) Ibu Pejabat Polis Daerah Besut

Melaka
Tel : 06-2854222
1) 02/09/2014 hingga 06/09/2014
- Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka,

Perlis
Tel : 04-9082222 Tarikh temuduga akan dimaklumkan kemudian.

Maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my




Temuduga Terbuka Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia - See more at: http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2014/09/polis-temuduga-terbuka-inspektor-dan.html#sthash.Zrnx5xIT.dpuf
Temuduga Terbuka Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia - See more at: http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2014/09/polis-temuduga-terbuka-inspektor-dan.html#sthash.Zrnx5xIT.dpuf
Temuduga Terbuka Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) PDRM di Seluruh Malaysia - See more at: http://jobmalaysia2u.blogspot.com/2014/09/polis-temuduga-terbuka-inspektor-dan.html#sthash.Zrnx5xIT.dpuf


 



Rabu, September 25, 2013

Pengambilan polis wanita ditambah

Pengambilan anggota polis wanita akan ditambah sehingga 30 peratus dalam usaha menjaga keselamatan dan kesejahteraan terutama wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata ketika ini hanya 10.4 peratus atau 11,523 anggota wanita pelbagai pangkat berkhidmat di seluruh negara.

“Pengambilan konstabel wanita sedang dijalankan di seluruh negara selepas pengambilannya terhenti sejak tiga tahun lalu. Pada masa sama, bilangan anggota wanita berpangkat Superintendan ke atas turut ditambah kerana secara keseluruhan hanya 58 orang saja atau 7.4 peratus pegawai wanita,” katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Polis Wanita 2013, di Shah Alam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdulah; Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene dan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan serta Timbalan Pengarah (I), Jabatan Logistik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita, Datuk Zubaidah Md Ismail.

Home guard

Terdahulu, ketika merasmikan seminar itu, Mohd Bakri berkata pembabitan wanita dalam bidang kepolisan bermula sejak 1950, sebelum Malaysia merdeka lagi.

“Dulu mereka bermula dengan ‘home guard’ yang bertujuan menyahut seruan pembabitan orang awam secara sukarela dalam kegiatan menentang pengganas komunis.

“Sejak itu, pembabitan wanita dalam tugas-tugas keselamatan semakin dirasai, terutama apabila pihak pasukan keselamatan memerlukan polis wanita untuk memeriksa penjenayah wanita,” katanya.

Katanya, kesedaran itu beralih menjadi satu keperluan untuk menubuhkan pasukan polis wanita bagi melaksanakan tugas-tugas kepolisan sejajar dengan peruntukan undang-undang.

- BERITA HARIAN


Rabu, Jun 12, 2013

Permohonan Jawatan PDRM Secara Dalam Talian


Polis membuka laluan mudah bagi rakyat Malaysia yang berminat memohon bagi mengisi 4,000 kekosongan jawatan pasukan itu tahun 2013 ini.

Pasukan keselamatan itu yakin dapat mencapai sasaran berkenaan berikutan keputusan kerajaan melakukan semakan semula gaji anggota polis baru-baru ini.

Pengambilan dibuka bagi tiga jawatan iaitu konstable bagi mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kadet sarjan bagi pemegang diploma dan inspektor bagi lepasan ijazah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata, proses permohonan dipermudahkan di mana pemohon yang berminat hanya perlu memohon secara dalam talian melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (www.spa.gov.my).

"Sebelum ini terdapat banyak proses yang perlu dilalui seperti mereka perlu mengisi borang dan pos," katanya.

"Kami akan memanggil calon yang layak untuk menghadiri temu duga sebelum menghantar mereka ke pusat-pusat latihan. Pengambilan dilakukan secara berperingkat.

"Seorang pemegang ijazah boleh memasuki pasukan polis sebagai inspektor berbanding hanya sebagai Kadet ASP sebelum ini.

"Manakala gaji adalah lebih tinggi berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula skala gaji," katanya.

Menurut Mortadza, walaupun bagi pangkat yang lebih rendah, menerusi skim gaji baru yang diperkenalkan, mereka akan mendapat gaji yang lebih tinggi.

Selain itu Mortadza berkata, peluang kenaikan pangkat bagi anggota pasukan itu juga bergantung kepada sama ada kakitangannya lulus peperiksaan jabatan ataupun tidak.

"Sebagai contoh koperal akan dinaikkan pangkat dalam tempoh lima tahun berdasarkan skim berasaskan masa, sementara menunggu keputusan peperiksaan," katanya.

Sebelum ini, peluang kenaikan pangkat mengambil masa lebih daripada lima tahun bagi anggota yang berpangkat koperal atau sarjan.
 


Rabu, Mac 06, 2013

Sumbangan untuk keluarga polis yang terkorban di Sabah



Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan tabung kebajikan kepada keluarga anggota polis yang terkorban atau cedera dalam serangan penceroboh bersenjata di Sabah.

Dalam satu kenyataan, tabung itu diwujudkan selepas menerima pertanyaan daripada masyarakat prihatin yang menyuarakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepada balu dan anak mangsa yang terkorban dan cedera.

"PDRM mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan warga Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan beban keluarga perwira-perwira yang terkorban," kata kenyataan itu.

Kenyataan yang disiarkan laman sosial facebook PDRM menyebut, segala bentuk bantuan boleh disalurkan kepada Tabung Kebajikan PDRM melalui akaun Maybank bernombor 564100004646.

Manakala sumbangan cek dan slip bank boleh dihantar terus kepada Pegawai kebajikan Pasukan Bukit Aman di alamat Tingkat 26, Menara 2, 50560, Kuala Lumpur.

Alamat emel ialah kebajikan_ba@rmp.gov.my atau nombor faks 03-26912501. Sementara sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-22668036/8038.
 


Ahad, Disember 16, 2012

PDRM ambil 4,000 anggota baru

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil 4,000 pegawai dan anggota, tahun 2013 bagi menampung keperluan di seluruh negara.

Ia membabitkan 1,000 pegawai berpangkat inspektor dan 3,000 konstabel di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang dimulakan sejak tiga tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata seramai 2,500 anggota polis menamatkan latihan asas di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di Port Dickson, hari ini.


“Ini kali kedua latihan sedemikian diadakan menerusi kerjasama strategik PDRM dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

“Strategi ini akan diteruskan dengan pengambilan 1,000 pegawai dan 3,000 konstabel,” katanya.

Katanya, menerusi strategi itu, kerajaan berjaya menjimatkan perbelanjaan negara untuk membina pusat latihan baru, selain peruntukan itu dapat digunakan untuk memantapkan pasukan keselamatan.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan masyarakat menghindari amalan politik kebencian yang kini dijaja pembangkang menerusi ceramah mereka terutama menjelang pilihan raya umum.

- BERITA HARIAN

Isnin, Oktober 22, 2012

PENGAMBILAN KONSTABEL SIMPANAN POLIS (SUKARELAWAN) 2012


PENGAMBILAN KONSTABEL SIMPANAN POLIS (SUKARELAWAN) 2012

Pengambilan 10,000 Anggota Sukarelawan Polis bermula. Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia termasuk yang bekerja. Latihan dan tugasan akan diberi mengikut kelapangan masa pemohon. Elaun juga akan diberi berdasarkan jam bertugas. Sila buat permohonan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen atau Pejabat Polis Daerah berhampiran dengan segera.


 


Recent Posts