Memaparkan catatan dengan label Permohonan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permohonan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 28, 2011

Permohonan Fasa 1 ke IPTA Sesi 2012/2013 bagi lepasan SPM ditutup 31 Disember 2011

Pelajar yang ingin memohon untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Fasa 1, sesi akademik 2012/2013 diminta segera berbuat demikian kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Kata kenyataan itu, sebelum mengisi borang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor pengenalan yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

"Setelah menyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemohon juga dinasihatkan supaya mencetak maklumat permohonan untuk simpanan dan rujukan permohonan pada masa depan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, pelajar yang berminat boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web www.upu.mohe.gov.my

Jumaat, November 18, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012.

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan kemasukan di bawah:

i) Semenanjung Malaysia >>
ii) Sabah dan Sarawak >>
iii) Sistem Permohonan MRSM (SPMRSM) >>

Permohonan secara on-line boleh dibuat pada 17 November hingga 30 November 2011.


an Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012 Semenanjung

Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2012 Sabah Sarawak

PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT DI:
Sistem Permohonan MRSM (SPMRSM)

Sila gunakan pelayar Internet Explorer 7 dan ke atas

Selasa, Jun 01, 2010

Permohonan Dalam Talian Temuduga Guru Sandaran Terlatih (eGST) Keluaran IPTA 2010

Permohonan Dalam Talian Temuduga Guru Sandaran Terlatih (eGST) Keluaran IPTA bagi tahun 2010 boleh dibuat di:
http://apps.emoe.gov.my/egst/mohon/index.cfm

Tarikh Permohonan : 1 Jun 2010 - 30 Jun 2010

Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja
(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan - ISMP & Diploma Pendidikan - DPLI)

Pemohon boleh menyemak status permohonan dan temu duga mulai 19 Julai 2010 - 23 Julai 2010

1.0 PENGENALAN

Sistem permohonan secara dalam talian bagi urusan pengambilan Guru Sandaran Terlatih diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengambilan guru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan memudahkan graduan pendidikan memohon jawatan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2.2 Umur
Pemohon mestilah berumur melebihi 18 tahun dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.

2.3 Kelayakan
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda beserta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
iii. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannnya.

*Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

3.0 CALON YANG TIDAK BOLEH MEMOHON MELALUI PERMOHONAN SECARA TALIAN TERUS e-GST.

i. Calon yang pernah meletak jawatan dalam Perkhidmatan Awam (lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Suruhanjaya Kehakiman).
ii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma yang mendapat Ijazah Secara Pengajian Jarak Jauh/Program Khas Pensiswazahan Guru/Cuti belajar Separuh Gaji dan lain-lain.
iii. Calon yang sedang berkhidmat dengan agensi kerajaan dan Badan Berkanun.
iv. Calon bekas tentera.

Calon di para 3 di atas hendaklah memohon ke Bahagian Sumber Manusia secara Manual dengan mengemukakan semua salinan sah dokumen berikut:
i. Surat Permohonan calon
ii. Sekeping gambar ukuran Pasport
iii. Sijil Kelahiran
iv. Kad Pengenalan
v. Sijil-sijil Akademik
vi. Surat Pengesahan Senat Universiti (jika berkenaan)
vii. Penglibatan aktiviti Ko Kurikulum
viii. Pengiktirafan Ijazah/Diploma daripada Jabatan Pekhidmatan Awam (jika berkenaan)
ix. Surat Kebenaran Cuti Belajar (jika berkenaan)
x. Kenyataan Pekhidmatan


Dokumen-dokumen berkenaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 - 5 Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
http://www.moe.gov.my

Recent Posts