Memaparkan catatan dengan label Keputusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keputusan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 23, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PTD TADBIR DIPLOMATIK



Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) boleh di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia : http://www.spa.gov.my/keputusan_peperiksaan.htm



Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28




 


SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PTD

 

 


 

 

Jumaat, Mei 17, 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PTD



Semakan Keputusan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) 2013 akan diumumkan pada 23 MEI 2013 (KHAMIS) di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia : www.spa.gov.my


Untuk mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Online SPA bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik - PTD Gred M41, sila dapatkan di: http://jvsecurepay.com/affiliates/ptd/28



Khamis, Mei 02, 2013

Keputusan Ujian MUET Sesi Mac 2013 Diumum 6 Mei 2013

Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Mac 2013 melibatkan 40,378 calon akan dikeluarkan pada 6 Mei 2013 ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari berkenaan manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak>RESULT<jarak><Nombor Kad Pengenalan> dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 6 Mei 2013.

Mereka juga boleh bebuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, 6 Mei.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 14 Mei dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM.

Calon yang ingin mengambil semula MUET boleh membuat pendaftaran untuk menduduki MUET Sesi Julai 2013 secara dalam talian melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/online. Tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mei ini.


Ahad, Januari 27, 2013

Keputusan peperiksaan STAM 2012 pada 30 Januari 2013

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan Rabu, 30 Januari 2013.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Malaysia, semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai jam 10 pagi pada hari sama.

Keputusan calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri di tempat mereka mendaftar.

Seramai 8,822 calon menduduki STAM, tahun lalu di 116 pusat peperiksaan seluruh negara. Mereka terdiri dari 3,999 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 2,697 calon Sekolah Menengah Agama Negeri.

Seramai 681 calon lagi daripada Sekolah Agama Rakyat, 1,359 calon persendirian dan 49 calon sekolah menengah swasta.

Menurut kenyataan itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS dengan menaip STAM (angka giliran) ke nombor 15888 mulai jam 10 pagi 30 Januari hingga jam 11.59 malam, 5 Februari 2013.

Rabu, Ogos 15, 2012

Keputusan SPM Ulangan pada 16 Ogos 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2012 akan dikeluarkan Khamis ini, 16 Ogos 2012.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.
Seramai 14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik.

Sebanyak 239 pusat peperiksaan dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara.

- BERNAMA