Diskaun saman polis sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

 


Kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), antara yang akan dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat 8 Disember sehingga 10 Disember 2023.

Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).

Program di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menerusi kenyataan di Facebook Malaysia MADANI, ATM akan membawa aset strategik dan kenderaan ringan, manakala APM menampilkan jentera Fire RescueTender (FRT) dan Special Rescue Vehicle (SRV).

JBPM pula akan mempamerkan Water Rescue Vehicle, FRT, Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan bot penyelamat.

Bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), antara pengisian yang akan dibuat ialah aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di reruainya di khemah nombor satu, selain jualan produk Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY).

MOSTI menerusi perkongsian dalam Facebook rasminya, memaklumkan turut diadakan ialah pencerapan matahari menggunakan teleskop, persembahan interaktif Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dron dan robot kancil serta pertunjukan Sains Bara Membara dan Ekplorasi Angkasa From Earth to Universe. 

Sumber dari BERNAMA

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.