Cari Blog Ini

Bantuan Awal Persekolahan RM150 setiap murid dibayar Januari 2024


Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya, berkata BAP akan disalurkan bermula Januari 2024 menerusi sekolah masing-masing sebelum diagihkan secara tunai atau kredit ke dalam akaun setiap murid.

"Kementerian mengambil perhatian kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan BAP dalam Pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

"Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP. Setiap murid dibayar RM150 secara one-off (sekali bayar) bermula Januari 2024 menerusi sekolah secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

"KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lalu kerajaan memperuntukkan lebih RM788 juta untuk meneruskan pelaksanaan BAP berbanding RM450 juta tahun lalu.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak RM788,130,000 diperuntukkan untuk BAP 2024.

Selain itu, peruntukan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut dinaikkan kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Elaun murid berkeperluan khas diperuntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta tahun sebelumnya.

Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi.

Sumber dari Berita Harian

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Halaman

PAKEJ SOALAN PSIKOMETRIK


Untuk mendapatkan Pakej Panduan dan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pakej Ujian Psikometrik

Popular

RAHSIA PENYEDIAAN RESUME


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

INFO JAWATAN KOSONG MELALUI E-MAIL


Untuk menerima Iklan Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta Terkini  terus ke e-mail anda, sila daftar e-mail anda di GROUP GOOGLE

Blog Archive

PANDUAN TEMUDUGA KERJA


Untuk mendapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Klik di sini